Secawan Kopi, Secebis Kenangan

Riak muka saya sedikit berubah sebaik saja air teh itu terkena pada lidah. Terpaksa juga saya meneguk habis secawan teh itu walaupun lidah saya merasa teramatlah perit. Hati tuan rumah perlu dijaga. Adat orang melayu kan. Sebetulnya saya ini tidak kuat manis. Mungkin sebab itu muka saya pun kurang manis,haha.

Di kampus dulu rakan-rakan selalu komplen kalau saya buatkan air. Kadang-kadang jadi ok, manis-manis buah. Kadang-kadang pula dikatakan tak manis lansung. Jadi senang cerita, saya tak buat dah air, serahkan saja pada yang pakar :p

Lagi satu, kalau saya buat kopi ataupun nescafe, (nescafe ni jenama kan?) dikatakan pahit pulak. Tapi saya sukakan rasa yang manis-manis pahit. Fuh! baru la nikmat menikmatinya.

Image Hosted by ImageShack.us

Saya memang gemarkan kopi berbanding teh. Kadang-kadang dah jadi addicted. Sehari tak dapat, rasa macam tak sihat badan,ehe. Nasib saya baik sebab saya tidak alah pada kafein. Kalau saya minum segelas kopi pun, bila mata dah ngantuk saya tetap boleh tidur dengan nyenyak. Kalau minum teh pula, tak lama lepas tu mesti saya asyik nak ke toilet aje. Rasa macam teh yang saya minum tu tak boleh lekat lama dalam badan. Lepas minum otomatik mesti bagi keluar,haha.

Mungkin kopi dan saya terlalu akrab kerana ada sejarahnya. Menurut mak, semasa dia mengandungkan saya dia terlalu gemar minum kopi. Padahal sebelum ni dia tak suka kopi. Setiap masa dia nak minum kopi. Akhirnya bila saya lahir, semua orang yang melihat macam tak percaya.

Jiran sebelah katil mak bertanya, "Betul ke ni anak kamu. Jangan-jangan doktor tersilap, tertukar tak?". Mak kata ramai yang ingat saya anak india. Oh, sadisnya...sob sob. Kesian saya. Sudah la saya ini lemas semasa dalam kandungan. Lepas lahir kena tebuk kepala pulak.

Dalam nada bergurau saya cakap pada mak,"Tu la mak, orang masa mengandung minum susu, minum soya, madu, bagi kulit baby putih. Ni mak pi minum kopi plak. Bukan salah ibu mengandung ke atau memang salah ibu mengandung ni? Hehe.. "

Mak saya gelak aje...

Beza pula dengan adik saya. Semasa mak mengandungkan dia, mak tak suka kopi sebaliknya suke gilerrrr minum susu. Hasilnya adik saya tu orang ingat anak cina. Kadang-kadang saya sedikit terasa bila ada sedara-mara yang membandingkan kulit kami berdua. Tapi saya untung sebab ada opah yang selalu bela saya ;) Semua orang akan senyap bila opah start bela saya,hehe. Jangan jeles.

Penah suatu hari semasa saya di tadika, ada rakan yang mengejek saya hitam. Esok pagi opah tunggu bas sekolah sama saya, elok saya naik dia pun naik.

"Mana budak yang mengata cucu aku itam haaa??", dengan muka bengis ni tau :)

Padahal opah tau sapa yang kata saya tu. Terus takut budak tu nak kata saya dah. Budak tu Shida namanya. Shida ni pun satu, tak sedar diri tu pun gelap juga, sesedap pulak nak mengata orang :p Tapi itu kisah lama. Kami masih kamceng setiap kali bertemu pada aidilfitri. Dan setiap kali jumpa juga, cerita lama ini pasti terkeluar, maka berhamburlah gelak tawa kami, mengenang zaman hingusan kanak-kanak dulu :)

Disebabkan kemanjaan saya dengan opah lah, saya dipanggil opah dengan nama Manje. Atau singkatannya Anje. Sampaikan tak ramai ahli keluarga yang tahu apa nama sebenar saya. Bukan setakat ahli keluarga, jiran tetangga satu kampung ni pun tak tahu. Hanya Manje nama panggilan saya hingga kini.

Opah pun sudah tiada, dia meninggal semasa saya darjah tiga. Sangat sedih masa itu. Nasib baik saya sudah pandai baca Quran. Di sisi jasad opah saya duduk, saya sedekahkan bacaaan Yassin.

Kalau ingin mencari saya, jangan sebut ," kenal hayad?". Sebut aja, " mana rumah si Manje?". Pasti semua orang tahu :p Oppps, hampir terlupa. Ada lagi sorang yang tak tahu nama panggilan saja Anje. Beliau adalah Abang Posmen nan seorang yang malu-malu kuceng itu,hehe. Dia tetap akan mengenali saya dengan nama betul saya :) Kalu tidak, tak dapat la saya apa-apa surat pun ;)

Akhir kata, "Jom minum!!" ;)

22 comments:

Pa'chik said...

manjeee... haha...

err.. apa nama abang posmen tu?

INDERA KENCANA said...

Ada kena mengena ke minuman dan makanan dengan warna kulit anak yang dikandung..??

hayad said...

pa'chik--> ceq tak tanya laa :P

indera kencana--> ada la kot, kan sumer yg ibu tu mkn, akan smpai ke tali pusat trs ke baby..so be careful!! hehe

zwitterion said...

mesti manja ni

yana said...

mak dayah minum kopi o kot.. eheheh.. tp ada je yg suka minum kopi, mkn kicap, dodol.. suma yg gelap2 la.. anak kuar putih gak.. so xde le tepat sgt menda2 ni..
and, bukan salah ibu mengandung.. hang mengandung nanti hang tau la buleh tahan2 ke tak kalo dah nak satu benda tuh.. yg penting anak tu sihat, sempurna.. dah syukur dah.. :)

hayad said...

kak zwitt--> mana ada manja lor...

yana--> hehe...jgn ngidam mkn sabun sudah :P

akirasuri said...

oh budak manje rupanya dayah ni..ha ha ha..

"manje!!!kau semunyik kat mane tu.."

achik said...

hi manje... jom minum nescaffe ;p

13may said...

hi manje... jom minum nescaffe ;p

hahahhaha:D

'nAYZEra' said...

saya dah reply comment awak utk entry "something about me" kat blog saya.do drop by,kay..hurm,actually,cara pemakanan kiter xde kena mengena dengan baby kat dlm perut ni cuma kena make sure kita makan healthy food.mind setting org2 melayu kiter yg penuh dgn pantang larang je menyebabkan bayi2 kita dilahirkan macam tu.baby dalam perut faham perasaan kita dan dia faham apa yg kita fikir.I've read it somewhere.Cuba tgk omputih,baby diorang kiut-miut dn sehat walafiat tanpa perlu berpegang pada apa jua pantang larang.Lagi satu,we r in d same cup,hayad.Saya pon slalu kena compare ngan adek2 saye yg berkulit cerah.Diorang sebenarnya jeles tgk kulit kiter camni.Nak tau tak,omputih suka pompuan yang kulit tanned macam kita sbb they think we look sexy.Ahaks!!!Kalo tak,takkanlah omputih tu sanggup nak berjemur kat tengah2 panas semata2 nak tanned kan kulit diorang tu.

just remember this:
"HITAM ITU MENAWAN..DAN MANIS JUGA"

^_^

hayad said...

akirasuri--> saya bkn budak manja, hanya gelaran semata :P

achik + 13may--> nescafe pahit tau, baru den nak

nayzera--> oo yeah, i agree wif u...hitam itu menawan, and black is SEXY!!! muahahahha :P

ayaq masak said...

Hitam itu Perrylis.

Kalu minum kopi taim ngandung dapat anak kale cekelat gelap, pastu kalu minum susu plak dapat anak kale putih, kalu minum ice blended mocha dapat anak kale karamel la ye.

Sekian terima kasih.

*tak paham komen sendiri*

kakLuna said...

akak suka teh tarik :P

fiq said...

anje je je anjelina jolie. xp hahahha gurau je

lindosh said...

hi manje.. jom minom milo plak :P

tuan tanah said...

Manje?

Apasal pulak terngiang2 iklan "Manja..." kat telinga saya ni? Adehhh laaa....

hayad said...

ayaq--> ahhh..merepek je ko ni ayaq

kak luna--> heh,teh tarik mamak ar?

lindosh--> saya tak sue milo :)

tuan tanah--> iklan mana yang ada Manja ek?

khairnaj said...

BLEH LER PANGGIL KAK ANJE EK?

ruru said...

ko sama mcm aku la,
suka minum nescafe ngan teh
aku pun sehari tak minum nescafe
cam hape ntah rasa bdn ni..
tp aku besh sket..
nescafe + milo = NESLO
superb sedap..
ehehhehehe...

hayad said...

khairnaj--> aah,bulih bulih :p

ruru--> aah,btul2, nescafe+milo pun sodap!! ;)

khairNAJ said...

hi kak anje........

nana cs said...

anje..
hehehe..

Followers