Do u know how was Tsunami!!

captured by a satellite near indian ocean...

Walaupun topik tsunami ni dah kira lapok mengalahkan cite ct nurhaliza kawen dato K, tapi saya ttp gak wat entry psl tergezut nengok gambo satelit nih!
Klik untuk lihat ia lebih besar...

K-A-W-E-N

Kadang-kadang saya tension beserta sedikit jeles bila tgk kawan-kawan kawen :p semalam saya surf friendster saya, ade antara kawan-kawan dan kawan kepada kawan saya post gambo2 terbaru diorang masa majlis kawen. Amatlah comel mereka berpasangan. Ada yang masih belajo, tapi dah kawen, dua-dua blajo lg pun ade..aduhh. Ada yang masih menunggu posting macam saya juga..huhu

Tapi saya amat tertanya-tanya kalau dua2 masih belajo mana dpt duit utk kawen? Zaman sekarang plg kurang mau ada rm20 ribu ++ utk majlis kawen. Ramai juga kawan saya di U masa semester akhir kawen, ada yang nikah gantung, ada yg nikah tak gantung terus kenduri. Paling saya pelik dua-dua masih belajo. Oh, tolong la bagi tahu saya macam mana anda dapat duit sebab saya pun nak kawen juga,hahaha.

Ataupun saya yang tak reti menyimpan duit?? Korang dapat duit dari mana. Korang pun tak keja lagi sama macam saya. Duit PTPTIPU? duit loan? duit biasiswa JPA? KPM? MARA? Duit FAMA (father mother)? Duit2 loan ni bukannya banyak sangat pun :p

Tapi eloklah kawen, dapat elak maksiat. Ada senior saya sebulan kenal, terus dapat rombongan peminangan. Ada pula rakan saya kenal 3 minggu trs dpt rombongan merisik trs bertunang. Senang aje jodoh mereka. Teringat kata-kata dr.fadzillah kamsah masa dtg U saya jd panel Forum Mencari Cinta, dia kata Allah tahu sama ada seseorang hambanya tu dah bersedia untuk jadi suami or isteri. Allah tahu yang terbaik buat diri kita, Dia tahu kita dah bersedia ke belum untuk pikul tanggungjawab. Sebab tu ada org cepat jodohnya, ada yg lambat sikit. Oleh itu kena buat diri kita bersedia untuk kawen, baru la jodoh itu senang.

By da way, rasa macam nak wat kad kawen macam ni je nnt :p
(klik jika kurang jelas)

Petua Dan Tips Daripada Dr.fatma..

Untuk yg berhajat: (percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh,dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka,diampunkan dosa dan sebagai nye):

* Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah masuknye waktu Maghrib.
* duduk menghadap kiblat
* lakukannye dgn khusyuk dan yakin yg Allah akan membantu kita
* Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang sepanjang-panjang kita duduk
selepas sembahyang asar sehinggalah masuknye waktu maghrib.
* Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala the first "Allahuakbar" dilaungkan, terus lah angkat
tangan dan berdoa kepada Allah yg MAHA berkuasa dgn apa yg dihajati.
* Buat sebanyak 3 Jumaat berturut turut.

Mintak lah yg baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah. Wallahualam.

Notes taken from Ustazah Fatma's last lecture session taken by her closest friend, Ani:-

Untuk awet muda both internal & external.
1.Zikir - Baca
" Ya Badiyah " 1 x
" Ya Nur " 1 x
" Ya Hadi " 1 x
" Ya Allah " 3 x

Baca dan tiup ke tapak tangan dan sapu ke raup muka kita pada tiap hari.

2.Baca ayat Al Waqiah , ayat ke 35,36,37 dan 38, pada tiap selepas sembahyang subuh ke air dan minum. (air rawatan dalaman to look young and feel young inside)

3.Baca Al Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur kita akan kaya dengan ketenangan jiwa.

4.Baca Al Waqiah Ayat 19 untuk yang selalu sakit kepala. Moga-moga boleh menghilang/meredakan

Sepetang di Kuala Sepetang

Petang tadi saya, emak, abg faizul ngan encik mat pegi Matang,Taiping sbb mak nak g kilang yg wat kerepek ubi, nak borong banyak untuk jual kat koperasi sekolah. Lps beli tu trs pegi Kuala Sepetang. Kononnya nak beli ikan fresh tapi sampai2 jer tokei2 ikan tu kata arini diorang tak ke laut. Last2 beli udang kering jer.


Kawasan jeti Kuala Sepetang ni mostly chinese yang tinggal. Segala ikan kering, udang kering, sotong kering sumernya made by chinese. Masa kami merayau-rayau kat kawasan jeti ni ada sekumpulan cina lelaki yg tak trn laut tgh main mahjung. Ade plak sekumpulan pomp tgh tampi udang kering. Ada yang potong kepala ikan nak wat ikan kering. Budak-budak baya sek rendah pun tlg, yg muda-mudi pun bekeje. Terpikir lak, tak mcm budak lelaki melayu. Ptg2 abis sekolah melepak je pandai. Tambah2 ujung minggu. Entah la..nak kutuk pun bangsa sendiri. Tapi bila tgk cina2 tu bekerja mmg bersungguh2, mmg cari duit...buat duit. Nampak sengkek je tp duit berkepuk!

Kat Kuala Sepetang ni ade satu gerai mee udang yg femes. Jadinya kami pun pegi makan sbb kena blanja abg faizul yg sudi drive dan encik mat yg jd tourist guide bwk saya dan mak ke kilang tu. Diorang dua ni rakan sekerja mak. Mula-mula saya nak order bihun udang. Sekali dgr encik mat order laksa udang. Dgr je laksa saya trs teruja sbb saya ni hantu laksa. Rupa2nya kat gerai ni order je ape pun dia akan bubuh udang. Sepinggan laksa udang rm5 ade 15 ketul udang yg sederhana besaq. Mmg puas hati..

Abis makan kami pun balik. Makanya petang yg sepatutnya saya spend masa untuk cabut KEMUNCUP dah dihabiskan kat Kuala Sepetang...

Jeti Kuala Sepetang


Cuba Teka Apa Bendanya?


Cuba teka apakah benda alahnya yang bila kita ingat kita tak bawak, tapi bila kita tak ingat kita bawak? Masa dapat soalan teka-teki ni jenuh saya pikir ape la bendanya... Last2 serender jer la. Jawapannya KEMUNCUP. Memang betul pun, masa kita ingat kemuncup ni takde la melekat kat kaki seluar ataupun kain yang dipakai.

Dan inilah masalah yang melanda halaman rumah saya yang berumput. Tak sampai sebulan mesin rumput, mula la kemuncup ni meninggi balik. Tumbuh bagai cendawan lps ujan,huhu. Setiap kali saya sapu daun-daun kat halaman, pastinya kaki seluar saya penuh dgn kemuncup ni. Terpaksa la terkial-kial buang satu demi satu. Amatlah membuang masa.

Ptg tadi lps aje sapu daun-daun, saya mencangkung dan cabut satu demi satu pokok2 kemuncup ni. Halaman umah saya ni luas la jgk..x abis pun cabut td. Kenalah disambung esok dan esok lagi. Harapnya dgn mencabut sampai akarnya, kemuncup tu takde la tumbuh lagi. Terpikir jugak xde ke advantages kemuncup ni? Mcm kacip fatimah tu ke, pegaga ke..kan ke berkhasiat. Kalau la betul ada khasiatnya, tentu saya boleh buat duit dengan menjadi pembekal kemuncup :p

Tandatangan Kita Diperlukan

Pagi tadi buka YM dapat offline msg :

For All The Muslims : Tolonglah Bantah Penubuhan IFC

Sape2 yg belum menurunkan petisyen membantah
penubuhan IFC, tolong berbuat demikian secara
online di www.myislamnetwork.net selewat2nya 4/8 ni.

Tolong sebarkan sebanyk mungkin msg ni kpd
saudara-saudara kita. Sasaran kita 1 juta. Setakat ni baru
30 ribu. Tolong sgt2.-TOLONG 4WADKN MSG INI

Jangan salahkan OIC atau PBB kerana tidak
mengambil tindakan tegas terhadap kekejaman
Israel. Salahkan diri sendiri, kerana kita juga
ada kuasa untuk membantu rakyat Palestin dan
Lubnan. DOA adalah senjata paling utama. Doakan
kemenangan rakyat Palestin dan Lubnan. Doakan
kehancuran tentera pengganas Israel dan sekutunya.
BOIKOT barangan serta syarikat Israel atau secara
langsung dan tidak langsung menyumbang kepada
rejim zionis.

Saya kira tak susah pun. Klik pd URL, then klik pada Petisyen Online, isi nama, ic dan emel. Itu saja...

Hari-hari


Takde cerita hari ni, hari-hari rutin yg sama saya buat. Bgn pg kdg2 lps subuh tido balik. Kalo tak tido saya trs kemas umah. Dah kemas dalam umah, pegi sapu daun-daun kat laman umah plak. Masuk umah, mandi. Then dalam pukul 10 saya mengadap intenet sambil sarapan. Kalo terasa rajin nak masak, saya masak. Yang sebetulnya saya mmg tak pandai masak :p Mmg mak dah bising dah.

Aritu pegi pasar malam, jumpe dgn pakcik kantin sekolah dulu. Dia tanya dah abih blajo ker? Sudah saya kata. "Haaa..boleh la kawen". "Nak kawen tapi mak tak bg la pakcik..hehehe". "Dia masak pun tak reti!!". Adeh, kena sebijik ngan mak. Bukan saya tak reti masak, cuma tak terer jer. Tunggu la suatu masa nanti, pasti malatupsss..heh heh..

Khamis yg lps pegi kursus ukiran buah, ada jgk la xtvt dari saya takde buat apa. Ntah ape la jd kt buah tembikai tu. Abih saya kerjakan. "Ni bukan ukir ni cik adik oii, ni korek namanya", kena sound ngan pakcik yg tukang ajo tuh. Nasib ko la tembikai. Saya budak baru blajo =)

Semalam dah dapat surat pengesahan convocation. Lega rasa hati. Kwn2 lain sumer dah dapat, tinggal saya je tak dapat lagi. Lambat dapat sbb saya kena repeat paper.

"Dengan ini dimaklumkan bahawa Majlis Peperiksaan Universiti mengesahkan anda telah lulus peperiksaan akhir, memenuhi semua syarat pengijazahan dan layak dianugerahi Ijazah : SARJANA MUDA SAINS DENGAN PENDIDIKAN [KEPUJIAN]"

Pointer saya takde lah tinggi mana pun. Malu pun nak didedahkan. Teringat kata-kata sorang coursemate. "Biaqlah pointer aku rendah pun, janji gaji sama ja". Oh, entahlah..sesetengah orang memandang pointer. Kalo tinggi org tu pandai, kalo rendah tak berapa pandai. Saya mengaku sememangnya saya jadi pemalas bila masuk U. Tak tahu kenapa. Mungkin sbb kursus yang saya harapkan tak dapat saya ambil. Jadinya saya belajar semata-mata memenuhi syarat pengijazahan.

Benda dah lepas, biarlah. Sekarang kalau dah keje nanti saya seharusnya keje dgn ikhlas. Yer, saya mesti ikhlas. Kalau ikhlas rezeki berkat, insya allah.. Ok lah, saya kena ambil mak saya kat sekolah ni. Cau cin cau :)


Followers