Genap 3 Tahun



21 Februari 2007 - 21 Februari 2010. Genap 3 tahun saya jadi guru di sebuah sekolah di Kota Lumpur ni :D


Ada 31 tahun perkhidmatan lagi. Saya sign pencen sampai umur 58 tahun. Giler koje sungguh! Hahahaha.


Tapi saya sangat mengidamkan retire young and retire rich macam tajuk buku Robert T.Kiyosaki tu. Tapi keluk-keluk jalan untuk itu sangat susah saya rasa.

Tahankah saya? Mampukah saya? Huhu.


Annual Dinner sekolah saya tahun 2009. Kami semua adalah batch yang sama dipostingkan dalam tahun 2007 :) [kecuali yg berantai macam tasbih tu, hehehe. dia posting selepas kami] :p

Berbekam?


Yes! Berjaya mencabar diri berbekam. Dari dulu teringin nak buat bekam. Tapi tak jumpe tempat yang sesuai. Tengah hari tadi saya pergi berbekam di Stokis HPA kat Bandar Diraja ni.

Saya baru nak search apa kebaikan-kebaikan berbekam ni. Tapi yang surenya berbekam ni sunnah Nabi kan.

Sakit tu sakit la jugak. Tapi takde la sampai beraduhhhh aduhhh. Masih boleh ditanggung rasa sakit tu :) Sekarang ni dah tak sakit tapi belakang badan rasa lenguh-lenguh sikit. Saya bekam 11 cawan tadi, hehehe.



Ok lah, dah keluar darah kotol yang ketul-ketul tu and now let the bone marrow produces the new red blood cells for me :)

Reunion Semarakian Batch 1996-2000


15 Februari -- reunion batch SMK Tun Perak (1996-2000). Ni reunion percubaan je. Tak ramai yang dapat datang. Dan jemputan pun melalui facebook aje. Nasib le sesape yang tak aktif facebook tu, hahaha.

Kata deme nak buat lagi nanti. Nantikan aje le. Dan for surenya aku akan disuruh jadi AJK. Dan tengok dulu, kalau ramai nak bekerjesama, aku on. Kalau bertolo-tolo (kata orang perak) nak terima tugas AJK, aku senang je. Chow! Tak payah buat terus. To make something serius, everyone must take part and be serius. Aku serius neh! Heh heh!





Nota kaki : Belakang saya sakit ler. Ni akibat berenang aritu kot. Tak kesah la. Yang saya tau, saya nak belajar berenang sampai kuasai semua skill :p Esok tengah hari nak pergi berbekam kat Stokis HPA :)

Sukan Sekolah Kali ke-15

Sekarang sudah berada di kampung. Tumpang Azwa sampai Ipoh, tidor umah dia semalaman, hari Ahad saya naik bus ke Kuala Kangsar. Saya tak sempat lansung nak pegi beli tiket, sibuk semedang, hehehe.


Sebulan lebih sibuk menguruskan sukan sekolah. Tahun ini tahun terakhir saya jadi Ketua Rumah. Lega kepala otak. Tapi masih belum boleh lega selega-leganya sebab bulan 4 ada Merentas Desa dan bulan 6 nanti ada Karnival Sukan. So juara tahunan sukan akan diumumkan bulan 6 nanti. Setakat sukan minggu lepas, rumah Kuning saya dapat tempat ke-4 daripada 5 buah rumah. Haishh! Penat yang rasanya tak berbaloi lansung. Hopefully atlet-atlet saya dapat buat yang terbaik untuk merentas desa dan Karnival Sukan.

Layan gambo je la yer. Tapi banyak gambar yang diupload ke facebook.

Perarakan rumah-rumah sukan. Ada 5 buah rumah. Kuning, Merah, Ungu, Hijau dan Biru :)


Atlet rumah saya, kategori Perempuan C. Giler laju lari. Dah la muka ala-ala Ashwaryarai. Cun wooo. Saya masukkan dia masa 4x400 m kategori perempuan A. Dia boleh potong semua seniors form 5 tu. Dan team rumah saya dapat Johan. Hehehe.


Terbanyak pulak gambo. Saje je nak update blog. Nak elakkan bersawang. Badan tengah sakit-sakit neh. Adehhhh..gara-gara pi belajor renang la ni. Konon nak menambah skill dalam hidup la, hahaha. Trainer kitorang kata, tak susah nak ajar saya dan Azwa sebab kami dah sedia tau asas-asa berenang. Ni la berkat jadi budak kampung yang dah biasa terjun sungai masa kecik-kecik :D

Ahad Yang Tak Cuti :)

Semalam ada sekolah ganti. Maknanya hanya dapat cuti Hari Ahad ajer. Tak kesah la. Paling seronok, semalam, kedatangan para pelajar memberi markah pada rumah sukan masing-masing dan kedatangan ahli rumah kuning adalah yang paling ramai yakni seramai 141 orang + 10 markah untuk kedatangan guru-guru rumah sukan. Menurut kak S rumah saya leading sehingga hari semalam.


Tapi semalam juga ada 6 acara padang. So markah akan bertambah lagi. Semua rumah akan berubah markahnya. Berdebar jugak ni. Semuanya akan tahu esok pagi semasa perhimpunan. Ada majlis penyampaian hadiah sekali. Fuh! Saya sangat berdebar. Berdoa sangat supaya kedudukan rumah Kuning saya masih di tangga teratas.


Pagi tadi pulak saya ke Kajang. Ada Hari Kesihatan. Cek darah, kolestrol, tekanan darah, gula dalam darah, analisis kesihatan dan biological age masing-masing. Free ajer. Yang bestnye berat saya dah turun 2.5 kg. Yeay! Dalam masa tak sampai 3 minggu consume functional food ni dah menampakkan kesan yang sangat best. Patut la minggu ni saya rasa badan saya sedikit ringan. Ada orang yang kata, saya dah kurus, buat apa nak turun berat lagi. Yer, memang saya tak gemuk or obes tapi tetap ada lemak tepu dan kolestrol yang melekat di mana-mana bahagian badan kan.


Memang rasa sangat badan dah ringan. Bila bergerak rasa smooth dan tak penat. Tambah-tambah musim sukan ni. Saya masih lagi boleh ke kelas, naik-turun tangga, bergegas pulak ke padang melihat atlet. Petangnya stay back pulak. Dari minggu lepas jarang ke kantin. Tapi tetap cukup nutrient walau tak bersantapkan nasi sepinggan dengan lauk-pauk bagai, hehehe.


Lagi satu yang best, masa buat analisis badan tadi, biological age saya dah turun 2 tahun muda. Yeah! Lepas ni pasti ia turun lagi. Biological age should not be to much older than your own age. Sangat memalukan kalau usia muda tapi usia dalaman dah tua. Adoi la ;p





___________
Esok dapat tahu markah terkini yang terkumpul untuk semua rumah sukan. My friends, please pray for my Rumah Kuning. Kami mahu jadi juara!

Bonda dan Ayahanda


5 Februari 1957. Hari ini mak dah 53 tahun. Sayang mak sangat-sangat. Bila la dapat memberikan kesenangan pada kedua-dua orang tua ku ini. Makan gaji memang rasa macam hampeh. Tak dapat nak bagi yang hebat-hebat. Malu betoi la rasa.


18 Januari 1957. Hari lahir abah. Aritu tak publish di blog sebab masa tu tengah mengalami writer's block, hehehe.


Ya Allah Ya Tuhanku, panjangkan usia kedua orang tuaku dalam keadaan sihat selalu, ampunilah segala dosa mereka serta kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani aku ketika aku kecil.

Amin Ya Rabb.





Breaking Down The Writer's Block!


At last, I need to write something here. Something that I can share and let all my readers know. And I'm not sure enough if I have any followers or blog readers anymore since I'm not writting since 15 January. I felt like having the writer's block. Got many things to write, to tell and to share, but when signing in to blogger, and clicked the "new post" everything is gone.

Hurm, nak cakap Melayu la pulok! Haha

Sekarang musim sukan. Walaupun sukan sekolah, ianya tetap memberi tekanan. Tambahan pula bukan pelajar-pelajar jer yang berlawan, bertaruh, berperang, tapi guru-guru juga. Guru-guru pulak kadang-kadang lebih teruk perangnya. Yakni perang mulut. Mulalah nak terasa tang sini, tang situ. Saya juga tak terkecuali. Membuat orang terasa dan diri sendiri juga ada terasa juga, hahaha.

[bukan ada yang menganggap sukan sekolah ajerrr, tak berbaloi nak pening kepala. But I tell you, walaupun sukan sekolah ajer, tapi ia tetap memerlukan komitmen guru yang sangat tinggi. Guru segala-galanya bagi pelajar. Segala apa yang berlaku, diorang akan minta guru solvekan jugak].

Ok la tu kan. Kita kata orang, orang kata kita balik. Ok la tu, hehehe. Setakat pagi tadi rumah Kuning di tempat ke-4. Rumah Biru 205 markah, Rumah Ungu 204 markah, Rumah Merah 200 markah, Rumah Kuning 197 markah dan Rumah Hijau 182 markah. Selepas acara padang petang tadi, semua rumah akan bertambah lagi markahnya.

Saya berdoa sangat-sangat supaya Kuning dapat kembali ke kedudukan yang tinggi semula. But a bit regret dengan sikap guru-guru Rumah Kuning. Ada yang tak datang turun padang tengok atlet rumah bertanding. Atlet pun tanya saya, "mana cikgu-cikgu Rumah Kuning lagi cikgu? We need support". Apakan daya saya, takkan nak paksa cikgu-cikgu tu stay.

Mungkin saya sendiri sebagai Ketua Rumah agak kurang bagus. So biarlah. Nanti orang kata tunjuk bagus pulak kalau lebih-lebih. Yang penting sekarang ni kena bagi semangat pada atlet-atlet Rumah Kuning.

Dalam seminggu ni saya tak sempat nak makan pun. Makan pun macam kurang selera jer, cheewah! Nasib baik saya ditemukan dengan satu produk functional food yang sangat sangat sangat bagus. 4 thumbs up [dengan ibu-ibu jari kaki sekali, hahaha]. Jadi saya tetap dapat nutrient yang lebih lengkap berbanding makan yang memang selalu tak seimbang itu. Saya rasa tak semua orang dapat consume or mendisiplinkan diri untuk makan dengan seimbang. Takde maknanya, hahaha.

Saya consume functional food itu pagi, petang dan malam. Ditambah juga dengan minuman soya berlecithin dan juga minuman collagen. Walaupun banyak keje, saya masih lagi tak rasa penat dan dah lama tak tidur petang. Selalunya balik sekolah, lepas solat mesti tidur petang. Sekarang tidak lagi. Mata segar je rasa. Even tidur tetap juga masih lambat, hehe.

Selalu tu bangun tidur mesti rasa mengantuk. Lepas mandi, solat Subuh, sementara tunggu osmet siap, saya mesti melelapkan mata semula. Tapi sekarang tidak lagi! Ikhlas cakap, seronok sangat consume menatang nih, hehe.

Harap dapat rezeki lebih nanti, dan belikan juga untuk mak, abah dan adik. Nak sangat diorang pun rasa ke'best'an produk ni dan menjadi sihat.

Eh, dah banyak pulak cerita bercampur-aduk ni. Ni la akibatnya bila lama meninggalkan buah hati pengarang jantung si blog ini :p





_______________
Muslim yang sihat dan kuat lebih baik daripada muslim yang lemah dan malas. Is it?

Followers