Tadi di sekolah saya baru perasan bahawasanya handbag yang saya baru beli 2 minggu sebelum raya tu dah terkoyak di bahagian tepinya. Selalunya saya dapat pakai lama satu-satu handbag tu. Kali ni cepat pulak jahanamnya dan seperti biasa saya hanya akan menukar handbag bila benda tu jahanam atau rosak sahaja.
Agaknya masa raya hari tu banyak sangat benda saya letak. Kalau hari-hari sekolah pulak, segala pensel, pen, pembaris, pemadam, liquid paper pun ada semua. Malas nak keluarkan. Kadang-kadang stapler dengan penebuk lubang pun ada dalam handbag tu.
Saya hanya membawa handbag semasa ke tempat kerja, pergi kenduri dan open house. Kalau masa saya keluar beronggeng, lebih selesa membawa beg sekolah sandang belakang. Senang nak letak semua benda dan mungkin sekali lebih selamat dari handbag yang dikepit di ketiak. [Prevention is better than cure].
Walaubagaimanapun, penah dimarah oleh seorang makcik saya kerana katanya saya tak pandai bergaya sebab saya bawa beg sandang belakang semasa jalan-jalan. Atau dengan kata lain kurang ayu.

Seorang perempuan yang bawa handbag kepit di ketiak itu lebih anggun, ayu, dan jelita ea? Hmm, ada saya kesah? :p
6 comments:
rilex sajo bawak backpack. stylo per bawak beg camtu.
ada aku kesah!
haha. ku setuju dgn your last statement.
yg penting kita kena confident dgn apa yg kita pakai dan guna. janji kita selesa dan selamat.
self esteem tu perlu.
toi dak??
ha hayad.. salam ziarah kembali,
kalau cerita pasal beg tangan.. saya memang minat. Saya dulu ada banyak sangat beg tangan dalam pelbagai kaler dan bentuk.. saya tak tahu kenapa saya suka banyak2.. sampailah satu hari...... jeng jeng jeng....
satu hari sumi saya belikan saya satu beg yg sangat bagus (cantik, praktikal dsb), dan semenjak itu saya rasa saya tak perlukan semua beg lain yg saya ada tuh.
Macam tuh lah gamaknya org laki yg suka girlfriend banyak kan? Dia tak akan puas hati sapai dia jumpa satu yg dia berkenan,terus mengubah hidup dia..
opps sorry terpanjang lak cerita handbag.
najmi--> yer, mmg stylo :0
ruru--> yg selamat paling penting aku rasa.
kak ellies--> oh, kalau suami belikan mst yg terbaik pd kita kan :) thanx for dropping by kak :)
nadia tak boleh ade hand beg
huhu
leh buat satu entry ni
pinjam idea ye my dear
mintak izin ni
huhu
nadia--> amek la nadia. hehe
Post a Comment