Di"gerit" Cik Ti

Seperti yang saya tulis di fesbuk :

"Habis madu sepah dibuang. Dapat fesbuk, blogspot ku bersawang".


Tak tau nak tulis apa sebenarnya. Kebanyakan benda yang saya nak tulis saya laporkan pada fesbuk saja. Tapi hati tetap sayang pada Cinta Pertama, [baca : blog :p ]

Cuma nak cerita kat sini, Hari rabu, pukul 2.30 pagi sedang nyenyak tidur, tiba-tiba terasa macam kaki pedih. Saya pun bangun la. Pasang lampu, dan tengok kaki kanan berdarah. Ada kesan gigitan, macam 2 taring yang menyengat saya. Saya rasa tak sedap hati, takut lipan atau paling mintak simpang la.. Uuu..Uuuu...lar. Saya masuk bilik air dan basuh.

Lepas tu saya masuk bilik semula. Saya selak-selak cadar saya. Hujung kaki saya ada bantal lebihan. Saya angkat bantal tu. Sekali tu dia, nampak seekor tikus. Dia duduk atas raga hujung katil saya tu. Elok nampak saya, dia terperanjat, saya pun terperanjat, haha. Dia lari lintang-pukang masuk ke rak buku saya.

Lepas tu saya kata kat dia, " Keluar! Keluar!". Masa tu pintu bilik memang saya dah buka siap-siap lepas ke bilik air tadi. Dia dok kelam-kabut cari jalan keluar, akhirnya dapat la keluar ikut pintu bilik saya, menyelinap ke arah dapur, lepas tu saya dah tak amek tau dah. Asalkan dia keluar.

Sebelum tidur letak minyak Franch Oil then buat simple dressing. Masa tidur semula kaki rasa macam lenguh-lenguh. Risau juga, sebab terpikir, yang gigit tu tikus. Tikus ni bahaya la kan? Flat ni memang ada tikus. Masa bulan Ramadhan aritu takde plak dia muncul. Beribadat sepenuh hati agaknya.

Lepas tu tak tau nak pegi klinik ke tak esok. Kalau pergi mesti saya tak ke sekolah. Kena amek MC lagi. Kang apa pulak kata orang, macam reason tak kukuh je. So esok paginya saya pergi sekolah macam biasa.

Pukul 9 lepas kelas, lepak-lepak dengan membe dalam bilik guru, saya cerita kejadian sebenar yang berlaku. Lepas tu diorang semua kata kena pegi klinik, dapatkan injection. Lepas tu Kak naily temankan saya jumpe Pengetua untuk minta izin keluar ke klinik sebab saya takut kalau saya pergi sorang, Boss tak bagi keluar.

Rupa-rupa, lepas bagitahu, boss suruh pergi klinik cepat.

"Pergi pergi pergi. Bahaya tu. Pergi klinik cepat". Semangat dia cakap masa tu.

Saya pun minta izin untuk ajak Nora temankan saya ke klinik. Mula-mula kami pergi klinik kerajaan di Tang Ling. Masuk, bagi IC, tunggu untuk pendaftaran. Lepas bontot dah tak senang duduk pasal nak daftar pun tak panggil-panggil lagi. Saya cakap kat Nora nak ubah plan. Saya pun pergi ke kaunter semula, cakap tak jadi, ambil IC dan blah. Terus ke klinik depan rumah saya ni je. Kalau dari awal-awal pergi sini kan senang.. Klinik kerajaan memang la ramai..

Doc bagi injection dan ubat antibiotik sapu. Kena RM30. Hopefully takda apa-apa dah. Sampai sekolah, diorang gelak-gelak je kat saya bila saya masuk bilik guru. Heboh cik dayah kena gigit dengan tikus.

Kak Naily kata nasib baik dia tak gigit tang molot. Saya cakap, kalau tang molot, dia gigit, saya cium terus jadi Putera Raja la, hahahaha.




8 comments:

TEACHER OF SOMEONE said...

dah lama tak singgah ke sini
dah tukar rupa..hehehe
mesti kejadian kn gigit tikus akn diingt smpai bila2...hehehe

hayad said...

teacher of someone--> hehe, mmg jd fobia lak bila tgk tikus la ni. tuka rupa, tp ayam seberang titi ttp ada sbg trademark. so pengunjung takkan keliru, kekeke

Nadia Yuna said...

nadia penah kene jugak. mase u die baru nak geget. nadia tnampak die kat kaki. terus lompat dan

larikkkkkkkkkkkkkk

hehe
ai takut tikus =p

Abang Long said...

Nasib baik di gigit kaki. Hmmm ... musykil ni ... cuba letak racun

achik said...

uish, siap ada lagi atas katil tu yg menakutkan tu..

dulu penah gak kena gigit.. tp jari kiri yang kena gigit.. sampai skang ada kesan.. huhu..

Disturbia said...

bahaya gak tikus ni.. kaki orang pun dia nak gigit ek...

keri said...

bestnye ade boss baik gini.
bukan boss je, sume cikgu2 lain pn macam caring gile. hehehe.
seb baik tikus rumah.
kalu tikus tanah yang besar mcm arnab..
pengsan saye. hehehe

hayad said...

nadia--> tak sempat gigit takpe la :)

abg long--> mmg lps ni nak beli racun la abg long.

achik--> oh, dayah ada geng kena gigit tikus rupanya, hehe

kak disturbia--> tikus zaman modennnn, hehehe

keri--> boss ada masanya je baik :D

Followers