Majlis Kawan Sekelas

Menghadiri Majlis Perkahwinan kawan baik di kampung. Kami dah berkawan hampir 14 tahun. Satu kelas dari darjah 6 sampai Ting.5 :)

Sepatutnya hari Sabtu (hari ni) ada Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) di sekolah. Saya dah tulis surat rasmi pada Pengetua, siap pegi jumpe, serah sendiri surat tu dan bagitahu kenapa tak dapat datang. Itu pun Pengetua cakap, nanti dapat Pengetua baru jangan buat gini.

Ceh! Pesanan gitu patutnya cakap pada orang yang tak pernah datang LDP lansung atau pada yang jarang-jarangggg tunjuk muka masa LDP. Saya ni bukan la nak bangga diri, tapi tak penah miss datang LDP ok! Lagipun saya dah cukup 7 hari tempoh kursus setahun. Dah memenuhi syarat pun.

Itu lah, kadang-kadang jadi jujur pun payah. Kita konon berbudi bicara la bagitahu sebab tak dapat datang. Ada sesetengah tu siap tak datang tanpa bagitahu pun dan cakap Pengetua dah nak pergi sekolah lain, so tak perlu risau.

Kesimpulan yang dapat saya buat, kadang-kadang pihak pentadbir ni hanya nampak orang yang buat kesalahan atau yang tak bagi komitmen sekali-sekala berbanding dengan yang selalu atau kerap buat kesalahan dan tak bagi kerjasama banyak kali. [just my 2 cents]

Ahhh, malas la cerita pasal kerja. Point utama adalah cerita Walimah Surina dan Hafriz :)

Ina nikah kat masjid depan rumah saya ni je. So saya pun pergi la menghadirkan diri. Lepas majlis nikah saya terus ikut family ina balik rumahnya.

Kawan-kawan sekolah tak ramai yang hadir. Saya dan Zila saja yang hadir. Ada yang ada hal lain, so tak dapat hadir. Ada juga yang katanya nak hadir di kenduri sebelah Hafriz di Banting.


Malisa kata gambar ni macam saya jadi orang ketiga, hahaha :p


Saya dah kenal Hafriz masa diorang jadi pasangan couple lagi. Saya suka jika asben kawan-kawan saya jenis yang boleh 'in' dengan senang. Boleh bersembang dan bergelak-ketawa. Takdelah kekok rasanya kan. Dan kita pun Insya Allah tak terputus hubungan dengan kawan-kawan kita...


Doa saya semoga Ina dan Hafriz berbahagia hendaknya hingga ke Syurga sana :)


_____________
Selesai 1 jemputan, 3 more to go :p




4 comments:

Anonymous said...

wei dayah..syoknye pegi kenduri kawen best siotttttt!!!pekabar saje kacau. lama dah rasanya tak bersua. macam sombong pulak saya ni kan. maaflah sibuk sesangatlah la ni.

hayad said...

anonymous ni sape? bg salam tidak, knlkan diri pun tidak.

Pa'chik said...

biasa la weh.... selalu yang kena saman... orang biasa-biasa yang nak pegi keja, balik keja...
mat rempit mana tak pulak kena saman...

tapi... tak rugi jadik orang baik dan jujur... tuhan kan ada... :P

hayad said...

Pa'chik--> itu lah, kdg2 aku rasa mahu berhenti jadi jujur bile mengenangkan jujur ku itu tiada gunanya..hehehe.

rupa2nya aku lupe, tuhan itu saksi segala, huhu

Followers