Bilik Guru Kena Rompak!

Hari Khamis, pagi, masuk bilik guru, mula-mula tak perasan, sebab tempat saya elok aje seperti biasa. Tiada yang berubah. Lepas tu baru perasan, ada meja-meja rakan seangkatan yang bersepah bekas digeledah.


Meja Kak Siti yang teruk digeledah, mentang-mentang jadi Bendahari PIBG, hehehe. Penyamun tu tau je plak mencari mangsa-mangsa yang tepat, kekekeke. Tapi takde duit pun Kak Siti kan? Sumer sudah masuk itu bank ;p

Pencuri tu masuk melalui tingkap ni. Dibukaknya kaca ni.

Lepas tu elok je dia letak cermin kaca ni kat bawah. Ape-ke-punyer-bodoh kan?

Sebab lepas tu polis just cari thumbprint pada kaca tu je la.


Haaa, kan dah dapat thumbprint!

Kak Jan muka kegirangan kerana tempat beliau juga digeledah. Apa-apa pun, yang penting happy, hehehehe :D

Dan yang paling miracle! Tempat saya dan rakan-rakan jiran saya yang duduk di kawasan ini adalah selamat. Bersih dan suci. Tanpa sebarang penggeledahan. Sangatlah ajaib. Kerana mungkin kami berenam yang duduk di sini mempunyai pendinding yang tak bisa ditembus oleh penyamun ataupun perompak. Kami semua adalah golongan yang tulus, mulus dan halus, wakakaka!




*** Pada saya, bilik guru adalah tempat yang paling semak sekali di kawasan sekolah :p


6 comments:

Ah Win said...

memang betul..kenkadang..rasa malu nak suruh budak hantar buku ke meja.
sebab mcm tempat lambakkan kitar semula aje

hayad said...

nik awin--> hehe, tu la pasal. setuju :)

Abang Long said...

Rasanya inilah perompak yang paling bodoh dalam dunia. Perompak Otak Terompah

achik said...

cam tau2 je tu meja bendahari PIBG..

chekgu Bani Hassim said...

apela punye pencurik, kalau nak rompak, rompakla offis ke...

buduh...

pendinding korg pakai bomoh siam ke??
hehe

hayad said...

abg long--> hehe, dia tak mahir lg tu nk merompak.

achik--> itu la pasal.

chekgu BH--> kitorang ada pemanis, tu psl dia tak usik, cheewah! ;p

Followers