Huhuhu

Oppss, cuti sekolah dah tamat. Hari ni pun hari kedua persekolahan. Masa hari pertama tahap gaban punya malas. Muka cam hampeh je gi sekolah, hehe. Tak patut betul cikgu ni, hehe.

Saya balik awal ke KL. Jumaat dah balik. Pasal apa? Pasal saya nak marking kertas percubaan PMR. Hari Isnin dah nak markah. Adoi la. Sampai KL pukul 8.30 malam. Sampai rumah sewa, mandi, solat, terus menanda kertas depan tv. Sempat habis satu kelas. Semua ada 3 kelas tingkatan 3 yang saya ajar.

Sambil menanda, otak dok pikir apa aktiviti untuk Sabtu esoknya. Bosan juga kalau dok menanda kertas jer. Terus saya sms Bull.

"Bull, jom kuar esok. g klcc. lgpun lm dh x jumpe ko".

Lama baru Bull ni reply.

"takleh la. esok kna g ganu. kna wat sampling".

Adoi la. Payah betul kalo dapat membe saintis ni. Dok makmal, wat sampling la ape la. Sms Ina plak lah...

"Ina, jom kuar sok nak?"

Tapi tak mengharap sangat. Pasal dah paham. Minah ni mesti dah berjanji dengan pakwe dia. Amat jarang dah dapat kuar dengan dia ni. Ina reply:

"Esok aku ada xm SPA sampi ptg. So, sowy...ehe".

Hmmm, dah agak dah. Minah ni tak abeh-abeh attend interbiu, attend KPLI punye xm, attend macam-macam xm lagi. Katanya tak pueh ati dengan kerja sekarang. Hmmm....

Apa nak wat esok ni??? Otak ligat memikir. Tiba-tiba rasa nak pergi ke satu tempat. Aritu dah bagitau mak. Tapi macam tak nak pegi pasal memikirkan kerja menanda paper xm ni tak selesai lagi.

Terus kol Akmal.

"Mal, aku nak gi la JB sok. Aku nak gi la training tu. Tapi aku nak balik esok juga. Tolong beli tiket untuk aku ek. Kul 3 pagi ke".

"Mana ada bus dr JB ke KL kul 3 pagi. Tapi nanti aku try cari. Tak pun lepak je la sini dulu. Nanti aku carikan tempat untuk ko".

"Tak nak la, nak marking paper. Ahad tu leh lagi aku marking kalo balik".

"Ok lah, ape-apa hal kol aku".

Esok pagi, selepas subuh saya sambung menanda lagi kertas. Siap satu kelas. Tinggal lagi satu kelas. Ok, bersiap-siap, packing apa patut, terus keluar ke Pudu. Osmet tanya nak ke mana. Saya jawab nak ke rumah makcik je, ehe. Malas nak gebang panjang :p

Sampai Pudu. Bus Transnasional ke JB dah habis, yang ada pukul 4 petang. Saya cari bus lain. Dapat la satu bus ni, pukul 1.30. Turun ke platform, tengok-tengok takde pun bus yang sama plate number macam yang dalam tiket tu tulis. Ni dah kena kencing la ni. Tiba-tiba brader atas bus tu tanya nak gi mana. Saya jawab JB. Ok, naik. Kata dia. Seriau pulak aku, tiket lain, bus lain. Saya naik dan duduk kat seat single. Untuk kepastian saya tanya brader belakang tu. Dia kata bus ni gi JB dan dia pun tak tau napa tiket lain, bus lain.

Tak sempat panas bontot, driver minta saya pindah ke seat depan sekali pulak. Pasal ada satu family bawak anak naik. Nak bagi diorang duduk sebaris. Saya tak kesah, so pindah ke seat belakang driver. Lepas 2 jam perjalanan, pakcik driver ni tengok saya melalui cermin dia.

"Hai, tak tido ke?"

"Tak ngantuk". Jawab saya. Pendek. Memang saya jenis yang payah nak tidur kalau dalam journey. Sepanjang 4 jam setengah ke JB tu saya tak tidur lansung. Pakcik driver tu pulak tanya macam-macam. Terpaksa la layan dia bersembang. Adehhh... Sepanjang perjalanan hujan pulak tu. Sejuk beku rasanya.

Sampai JB, terus call Akmal. Kena nunggu dia neh dekat 40 minit jugak.

"Lapor tak?"

"Lapor la. Aku mana makan lagi dari tadi".

"Aku pun. Jom la gi Singgah Selalu kat Danga Bay".

Saya on je. Makan-makan kat Danga Bay sampai pukul 9 sambil nunggu Farhan, Jali, Ismad datang. Lepas tu gerak untuk attend satu training. Sebelum tu pegi amek Ila. Training apa? Rahsiaaaa...haha. Sekarang saya ada koloni baru untuk projek The Secret, hehe.

Abeh training, saya kena segera ke Hentian Larkin. Tiket bus saya jam 1 pagi ke KL. Sampai kat hentian, cari bus, hulur tiket kat brader tu.

"Ni bukan bus ni".

"Aik? sini tulis bus ALISAN".

"Pergi tanya kaunter. Tapi tiket ni bukan bus yang ni". Kata dia lagi.

"Wei farhan, dia tu kata tiket ni bukan. Camne ni? Aku nak balik ni".

Kami segera ke kaunter tu. Dah tutup. Hampeh. Saya pergi balik kat mamat bus tu.

"Bus ni ada kosong tak?"

"Ada. Awak beli tiket baru la".

"Ok, no hal".

Lega dapat tiket dan boleh balik. Saya ucap tima kasih pada Farhan n Jali yang anto saya kat stesen bus. Lepas saya dah naik bus diorang pun beredar. Farhan kata esok dia nak gi belasah kaunter penipu tu, heh! Tak lama lepas bus bergerak Akmal call.

"Nanti kat Pudu jangan duduk bawah. Duduk atas, dekat balai polis tu. Dah sampai bagitau aku".

"Oraittt!!!"

Tak penah saya buat keje gila macam ni.Hehe. Pegi JB 1.30 petang Sabtu, balik ke KL semula 1.30 pagi Ahad. Saya sampai Puduraya jam 5.30 pagi. Takut jugak.Turun bus, amek taxi. Sampai rumah, masuk bilik, call Mal bagitau dah sampai. Dengar azan subuh. Lepas solat saya terus bummm tido sampai jam 12 tengah hari. Syiok! :D

Kadang-kadang memang best buat keje giler. Lepas ni nak buat lagilah! Hukhuk!




________
Isnin depan cuti Merdeka + Puasa pertama. Apa lagi, kita balik kampung lagi la jawabnya. Yabedabedooo!!!

5 comments:

Kopi Suam said...

nasib baik dayah ada ramai kawan2 yang boleh diharapkan..specially geng lelaki...

memang syok sesekali buat kerja giller camni ngan kengkawan. Selagi masih bujang and blum ada commitment belasah aje...dah kawin kena tutup buku laa..

asalkan kerja giller yang kita buat itu kerja yang baik2 belaka dan diredhai ALLAh on aje la..tak kiralah naik bas kul 1.20 pagi pun kan heeh heehh..

Intanaziela said...

lain kali turun shah alam la..jumpa kak intan...

kakLuna said...

ingatkan sad ending tadi sbb tajuk entry 'huhuhu'


ok la..selamat pegi dan selamat balik...lenkali pun wat camtu tau! dah sampai dok dkt2 balai polis..insyaALlah selamat ..hehehe

hayad said...

kopi suam--> tu la, sementara ni kita belasah je wat keje giler :D

intanziela--> ok2 kak, berehhh...aritu dua kali dah saya trn shah alam :)

kak luna--> baik kak luna, akan ku ingat pesan mu itu,hehe

jeff said...

tak ade keroje caghi keroje .. udah dapat keroje .. buat keroje gile ..

Followers