Shit!

Disebabkan ramai yang dah bising saya tak updet, maka saya updet la ni wei. Haha, macam ramai je yang suruh updet. Perasan!

Yang best sekarang cuti sekolah. Juga musim mengawan kawan-kawan, haha. Hari ini pun ada jemputan kawen dari membe orang Kedah. Kalau la sekarang ni saya ada sebijik Toyota Harrier, terus je saya pegi. Bukan jauh sangat pun Kedah tu kan. Kalau naik bus memang la terasa jauh.

Saya balik kampung hari jumaat malam. Lepas maghrib terus chow. Tumpang membe yang balik ke Kedah. Adoi la, bila la nak ada kereta sendiri ni? Hehe.

Tapi sebelum balik kampung ada peristiwa tak best berlaku. Elok bunyi loceng pukul 12.30 hari terakhir persekolahan tu, saya dapat panggilan dari pengetua yang nak jumpe saya. Urgent katanya. Saya segera turun, cepat settle, cepat saya balik. Saya membayangkan mesti hal berkaitan Kad Ceriathon. Sebab saya salah seorang guru yang terlibat untuk menguruskan projek kad bodoh tu, huhu.

Elok masuk je, saya dipersilakan duduk.

"Tadi awak tak mengajar kan? Masa kelas Kimia".

"Yer, saya. Budak datang berapa orang je *** *****. Macam mana saya nak mengajar". Jawab penuh yakin.

"Yer, saya tahu, tapi awak kena bagi kerja juga".

"Hari ni ramai je cikgu-cikgu lain tak mengajar, tapi kenapa saya je kena panggil?"

"Awak jangan tiru orang. Orang tak mengajar, awak pun tak mengajar". Ok, saya boleh terima, memang salah saya.

"Awak tahu tak budak kelas awak susun kerusi sama tinggi dengan aras koridor, dan duduk atas kerusi tu. Kalau jatuh macam mana?".

"Ooo, saya tahu tu. Umar yang wat gitu. Saya dah marah dia. Pastu saya tak tau la ada pulak yang buat lagi". Kelas tu memang macam setan.

"Saya cakap ni demi untuk kebaikan awak. Kalau budak tu jatuh, masa tu awak ada dalam kelas, macam mana?"

"Pengurusan kelas awak lemah" Awak itu awak ini..bla bla bla...awak tak tegas, awak tak pandai handle kelas, awak tu, awak ni...bla bla bla...".

Dalam hati, kalo jatuh padan muka ko. Sapa suh wat benda orang bodoh buat. Pelajar jatuh dari tingkat 4 semasa guru ada dalam kelas. Perghhhh!!! Gerun siot! Hahaha. Budak-budak tu yang tak sayang nyawa. Tapi itu la antara risiko jadi guru. Budak melayang nyawa, guru yang kena. Siapa kata jadi guru ada jaminan masa depan. So korang tak payah la susah-suah nak apply KPLI, hentak-hentak kaki nak jadi guru jugak, haha.

Bila masa kita dihargai, kita akan dijulang setinggi langit. Tapi bila sedikit kesalahan yang dilakukan, sekelumit jasa kita pun takkan nampak. Puas saya membela diri depan *** *****, tapi biasa la, boss tetap salahkan guru.

"Lagi satu, saya banyak kali nampak awak duduk dalam kelas masa mengajar".

Zuppp!!! Dengan tak semena-mena darah muda saya dah menyirap ke kepala. Ini dah melampau beb! Banyak kali duduk dalam kelas??? Ini dah melampau.

"*** *****, sepanjang bulan lepas, kelas saya banyak kat makmal. Macam mana saya nak duduk dalam makmal?"

"Ok, dalam makmal memang awak tak leh nak duduk, tapi saya banyak kali tengok awak duduk semasa mengajar dalam kelas". Pulak, macam mana pulak nampak saya duduk dalam kelas sedangkan sepanjang sebulan saya banyak buat kelas di makmal.

Saya dengar tuduhan dia sambil geleng-geleng kepala. Memang tak masuk akal. Mana mungkin saya mengajar sains dan kimia sambil duduk. Macam mana saya nak melukis segala covalent bonding, ionic bonding, orbital-orbital elements, graf-graf cooling and heating tu duduk atas kerusi sambil goyang kaki? Nonsense!!!

"Saya mungkin ada duduk, tapi dalam 10 minit sebelum kelas tamat. Dalam kelas saya biasanya buat latihan. Saya takde masa pun nak duduk pasal budak asek bertanya group by group".

Tapi Cik Puan Boss ni tetap menyalahkan saya. Biasa la, konsep boss is always right. Konsep kuno, huhu.

"*** *****, mungkin la saya baru je duduk, tak panas bontot lagi, pastu *** ***** lalu. Padahal sebelum ni saya dah jenuh berdiri ke sana ke mari dalam kelas. Sama juga kalau kat jalan raya. Masa kita ikut peraturan takde pulak polis kat depan tu. Masa kita silap sikit je, ada pulak polis. Jadi *** ***** tak boleh la menganggap setiap kali kelas, saya duduk". Saya cakap dengan sangat tegas. Lantak la. Dah saya tak bersalah.

"Lagi satu, kawalan kelas awak lemah. Budak selalu keluar kelas, awak tak perasan. Bla bla bla".

"Memang la saya tak perasan. Ambil contoh kelas pandai yang saya ajar tu, pantang bagi latihan, banyak yang bertanya, yang kerumun saya. Macam mana saya nak sedar ada 2,3 orang pelajar nakal yang keluar ikut pintu belakang. Ok, saya tau itu kelemahan saya, so *** ***** ada idea or solution tak?".

Bila saya mintak solution, takde pulak bagi idea yang bernas. Asek nak salahkan cikgu je. Asek-asek ulang perkara yang sama. Guru kena tegas, guru kena pikir macam mana nak selesaikan. Sepatutnya dia dah berpuluh tahun mengajar bagi la idea pada kita yang baru setahun setengah mengajar ni. Huh! Ntah-hape-hape-ntah.

"Ok lah *** *****, saya boleh terima kesalahan dan kelemahan saya tak kawal kelas tadi, budak keluar tanpa saya sedar, tapi saya tak boleh terima *** ***** kata saya duduk dalam kelas. So lepas ni kalau saya duduk saya suruh budak bagitahu *** ***** terus yang cikgu hidayah duduk!".

Saya capai beg, terus keluar. Membe pun dah lama menunggu dalam kereta tu. Saya sebak. Air mata ni tahan-tahan je jangan keluar.

Nampaknya lambat lagi la saya sah jawatan, hahaha. Dan mungkin nanti boss komen, guru ini kuat melawan, hahaha. Dulik apa aku!

Saya memang rasa ini semua fitnah. Memang tak masuk akal sepanjang masa saya mengajar saya duduk. Tak logik. Yang menuduh tu pun kena la tengok betul-betul. Mungkin masa dia lalu kebetulan saya duduk. Sabau je la. Lantak lah nak kata apa pun. Yang penting saya berani melawan pasal saya benar.

Saya cerita pada mak. Mak kata, lenkali boss panggil, kamu jangan menjawab sepatah pun. Diam je. Wat bodoh je. Dia lagi sakit hati kalo kamu tak menjawab sepatah pun.

Oooo ye ke? mana saya tau. Lepas ni nak wat bodoh je la. Tapi tahankah saya? Tegakah saya mendiamkan diri dari mempertahankan diri yang tak bersalah? Ceh..ayatttt :p

__________
Manusia..manusia. Suka sangat dengki-mendengki.

14 comments:

cikgu jawe said...

aku kesian kt ko dayah. sabar je ye. gitu le adat orang keje. bukan cikgu aje. semua keje pun mcm tuh. ada je salah boss nampak kt kita.

errr.. sesekali tegakkan kebenaran juga perlu dayah. lawan boss dgn tegas, hormat dn sopan.

kalau tak mampu, ikut mcm mak kata: diam aje [buat2 pekak, sambil ko nyanyi2 riang ria dlm hati].

bila dh abes, ucap terima kasih kt boss. biar dia tercengang2.

Anonymous said...

aku setuju dengan mak ko..duduk diam wat tak tahu atau wat bodoh...selalunya aku mcm tu...cuma sekali hari tuh aku sepak mesin potostet depan dia lepas dia marah aku...ekeke

hayad said...

cikgu jawe--> tu la, sian kat aku kan? asek kena je kat sekolah. naseb badannnn...hahaha

hayad said...

anon--> ko ni sape? kasik la tau nama :) pasni aku nak sepak mesin fotostat jugak lah. bior jahanam,hehe

13may said...

laaaa....duduk pun takleh???


dasat betoi.....aku baca, rasa mcm nak sepak ajer puan bos tuh...!

Kopi Suam said...

ala kesian kat cikgu dayah..iskhhh ada aje yang tak puas hati kan...memang le manusia ni kan penyakit hasad dengki tu ada jek dok bersarang dalam hati...

apa-apa pun bawak2 bersabar yek cikgu...insyALLAH yang benar kan tetap benar

akak baru aje balik dari Kedah...best

Ezad said...

salam cikgu
mungkin cikgu terlupa

manusia ni memang hidupnya mencari kesalahan org lain. fitrah manusia, dia aje yg betul, org lain tak betul

selamat hari guru

eh?!

arsaili said...

salam..semoga akan lebih baik

ina said...

siapala yang cakap jd cikgu senang kan? kdg2 nyampah giler dgr org suka-suki komen psl profesion cikgu even diri ku bukanlah cikgu. masa mak dtg ritu kan dia pun komplen psl pengetua dia yg jenis kalau dia buat boleh tp org lain buat xboleh huhu. tp mak pun dh senior so dia pun otai jugak bolehla 'mengajar' pengetua balik.

sabar ye dayah. betul tu apa mak dayah cakap. lain kali senyap je (susah nak buat ni kan?). pastu senyum cakap mekasih! mesti membara2 pengetua tu :D

chieffy said...

dayah...kalau aku jadi hg aku pun akan lawan...aku x leh org main sedap2 tuduh ja ni...aku sokong tindakan hang..at least pasni boss hg tu beringt sblum nk tegur2 hang atau cikgu2 lain..aku kenal hang..mustahil hang duduk smbil mengajar..aku tahu kesungguhan hg sbgai seorang cikgu..so,jgn la rasa sedih.biaq pi la dia tuduh camtu..kita ja tau siapa diri kita ni..betul x..so pedulikan...lainkali kalau dia tegur lagi hg duduk dlm kelas, hg suh dia tarik balik and simpan semua kerusi2 cikgu dlm bilik dia..puas hati:p

Mazarina said...

hhehee..mcm2 mslh jdk cikgu...penin2...lama lg nih...58 taun br bersara kita neh...bnyk lg pengalaman pelik2 lepas nih..chaiyok!chaiyok!

Pa'chik said...

ko dok dendiam je, pas tu senyum-senyum sambil bayangkan tengah duk suping ke, jompa boipren ke, tengah buli anak dia ke, tengah tonyoh-tonyoh muka dia kat lantai jamban dan mangkuk tandas setesen bas...

Superb GURU BaniHassim said...

aku terbayang camne agaknye kalau aku dlm situasi ko...
musti panas je tinge nih dgr...

akan aku ingt petua mak ko tu...org lain pun dok bg petua cm mak ko..

kalau boss marah ke hape, diam je...
jgn melawan smpai lebam...

achik said...

adeh.. susahnya la jadi cikgu skang.. duduk pun jadi isu besar ek.. huhu..

Followers