Hari-hariku di Sekolah



Sudah menjadi perkara biasa, di musim peperiksaan di sekolah saya, saya akan menjadi translator. Bukan translator Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu, tetapi Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris.



"Teacher, what is tikar?"


"Tikar is a mat.."


"Ooooo...."


Perkataan-perkataan lain :


1. Empangan
2. Penginapan
3. Denai
4. Beca
5. Pengangguran
6. Kebajikan
7. Musuh
8. Mengkuang

9. .......
10. .....
11. .....


Dan banyak lagi perkataan. Secara tidak lansung vocab Bahasa Inggeris saya secara paksa rela 'ter'bertambah, haha.


Serius! If u translate it in english, they can understand. But if in Malay, lambat sikit la mereka nak pick up. Sama la jugak kalau marah diorang guna bahasa Melayu, mesti tak jadi apa. Tapi bila marah dalam Bahasa Inggeris boleh pulak faham. Adehhh, dah la cikgu dia ni tak pandai omputeh, kekeke.

Tapi yang ku pelik sangat, cakap BI memang macam air, tapi bila nak jawab soalan sains berterabur pulak. Better la cikgu dia ni, kekekeke.


Apa-apa pun, i appreciate them very much. My english is quite better now than before. They help me a lot, walaupun mula-mula dulu malu jugak. Tapi kubuat selamba saja.


"Sorry, i'm not very fluent in english. Ur english is much more better than me".


"It's ok teacher. At least u try. And your english is not so bad actually!". Kata seorang anak didik saya suatu hari semasa dia bertanyakan soalan science. Memang dia selalu tanya soalan pun. Saya hari-hari kena bersedia.


Tiada benda mahu diceritakan ni. Itu yang membebel kesah sekolah. Saya sendirian di rumah sewa ni, geng yang lain semua sudah balik kampung siang tadi selepas sekolah. Saya tumpang kereta Cikgu Nurul, sekolah dia tak cuti pulak esok, maka hamba terpaksa la juga menunggu beliau. Apa-apa pun beliau la harapan hamba untuk balik kampung :p


Kadang-kadang timbul rasa fed up being a teacher, mungkin sebab bebanan tugas yang ntah-hape-hape itu. Susah mahu cakap. Orang luar mesti ingat keje che'gu senang. So tak payah cakap la. Sesapa che'gu mesti paham.

Tapi bila dapat sesuatu dari murid, biarpun hanya baris kata-kata, ia bagaikan ubat yang boleh sembuhkan sejuta rasa kudis dalam hati.


And i love the title "Cikgu" as they alwez call me.. :)

Esok saya balik kampung. Kita sambung blogging di kampung pula yer ;)

11 comments:

Anonymous said...

Slmt balik ke kg cikgu dan slmt hari raya yek! maaf zahir dan....tidak di zahirkan :P

by :)

Anonymous said...

dayah..

selamat hari raya..
maap zahir batin..

jaga diri-diri ek ;)

Anonymous said...

Xingat la dah ucap ke tak. Selamat hari raya Dayah. Maaf zahir batin ye if ada salah silap. Kiter paham sgt pasal bebanan tugas yg tah pape tu. Bak kata lain tugas2 extra selain yg asas mengajar tu hehe. Mak kiter cikgu. Kdg2 dia dok mebebel2 la rasa fed up dia tu. Sabar ye Dayah. Ouh ye hati2 di jalan raya. Have fun! :D

Ina

Anonymous said...

cikgu..
selamat hari raya..

kita nk biskut gajus tu..
nmpk sedap!!

Kemat said...

selamata balik ke kg.. hati2 dalam perjalanan
salam aidilfitri

sherrina said...

Slamat hari raya cikgu, jangan menyesal jadi cikgu....pahalanya banyak tidak terkira :)

kakLuna said...

akak nak sangat jd cikgu..
sbb cikgu best...hehehe

dayah, raya ni dtg le ke romah..

Anonymous said...

best jd cikgu sbb ada org appreciate..x macam kami yg kja mcm ni..so, jgn la mngeluh..BI pun dh leh improve.hehee..selamat hari raya..aku x smpt nk hntr kad raya la..tahun ni..aku nk kutip alamat dulu..tahun dpn aku pos kad2 tu ek..kad raya mmg dh ada..free lagi tu..berlambak2..cuma mls nak sms tnya alamat.kekekeh;p "SLMT HARI RAYA..MAAF ZAHIR BATIN"...kim slm kat nurul esok!!

wasabe said...

selamat ari ghaya maaf zahir batin.
ada apa-apa plan untuk 'mengegho' ke rumah sesapa belah-belah sini ke? Bila lagi nak melagham ngan baju berlabuci itu...

Anonymous said...

selamat hari rayaaaaa ..

minta maaf apa2 silap dan salah ..

Anonymous said...

Cikgu Dayah.. Selamat Hari Raya.. Anak murid pegi rumah tu bagi duit Raya banyak2 yer..

Harap dimaafi segala silap dan salah yang tersengaja atau pon tidak..

Followers