Dah Balik Dah

Gr*nd C*nt*nent*l tu tak berhantulah!

Saya bukan pergi bercuti, tapi pergi berkursus. Tapi saya selalu je anggap berkursus tu bercuti. Best ape pegi kursus :D

Image Hosted by ImageShack.us

Ini adalah kursus yang ke-6 saya hadiri sepanjang saya mula kerja awal tahun dulu. Tapi kursus kali ini melibatkan semua guru satu sekolah.

Kalau dah namanya bercuti-cuti, kalau dah ada peluang tu pergilah meronda-ronda. Kami sampai hotel pukul 7 malam. Habis saja ice breaking pukul 11, saya pun meronggeng cari ikan bakar yang dikatakan femes. Pergi makan ikan bakar di Umbai. Takde la sedap benor. Sedap osmet saya buat lagi,hehe.


Nasib baik la tunang osmet saya berbesar hati sudi bawa kami jalan-jalan cari makan. Mungkin nasib kami kurang baik dapat kedai yang kureng sedap kot. Walaupun tak berapa sedap tapi tetap licin licau dimakan.


Ikan buntal yang comel. Rasa nak curi jerrr....


Malam terakhir selepas slot terakhir malam itu, kami sekali lagi keluar. Tapi kali ini ke Pantai Puteri. Makan-makan di bawah bulan purnama.

Kalau jabatan nak panggil saya pergi kursus lagi pun takpe. Silibus dah habis. Paper xm dah marking. Budak-budak datang sekolah buat bising. Saya pun dah pening...



6 comments:

hafiz238 said...

best nyer dapat pergi berkursus...lepas ni bolehlah jadi cikgu cemerlang kan ;)

akirasuri said...

Rasanya macam kakak saya pergi berkursus di tempat yang sama dengan dayahlah..

Oit!
Makan dah ajak..
he he he..

hayad said...

hafiz238--> insya allah ;)

akirasuri--> ye ker? cuba tye dia blk

jeff said...

hantu tu ada tapi kamu tak nampak dia. hehe

hayad said...

jeff--> sebab saya tak seksi,keke..tu psl tak nmpk :p

banat @ hazwani said...

akak..cikgu2 baru mmg selalu kene g kursus ea..

huhu~pegi apply la kt pengetua, mintak dak2 tu bercuti awal

xpun, akak g apply kt GPK nak gi kursus smpai akhir tahun...muehehhehe

Followers