Kerja Sukarela

Okeh! Disebabkan ramai sangat yang bertanya, (ramai la jugak pasal dah lebih dari seorang) maka saya secara sukarela dan berbesar hati untuk membuat satu entry khas yang akan memberi impak yang amat besar kepada salah satu syarikat gergasi di Malaya ini dan bakal menjadikan pemiliknya yang sudah sedia kaya menjadi bertambah kaya-raya. Dah la umahnya yang dalam pembinaan kat atas bukit sebelah sekolah aku tu dah macam tahap mahligai!

Begini ye Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian. Untuk menyertai Maxis Broadband yang macam bagusssssssss je menyebutnye nih, anda perlu la mendaftar dulu. Bila dah namanya daftar tu kena la mengeluarkan sejumlah wang hasil tulang empat kerat anda tuh! Anda boleh mendaftar di Maxis Centre ataupun di mana-mana cawangan maxis yang terdekat dengan anda. Kalau rajin nak pergi yang jauh pun takpe. Takde sapa larang.

Anda akan dikenakan cas sekali seumur hidup sebanyak RM188. Cas ini meliputi cas activation sebanyak RM100 dan juga cas installation sebanyak RM88. So jadi la RM188. Takkan tu pun tak reti nak kira kan? RM188 ni sekali je bayarannya. Bayaran tiap-tiap bulan pula bergantung pada jenis pakej yang anda ambil. Macam saya ni saya ambil pakej yang paling murah, RM68 sebulan.

RM68 ni meliputi kos sewa modem sebanyak RM18 dan selebihnya adalah access fees.

Image Hosted by ImageShack.us

Ini la ghopenye modem tu

Premium Package pula berharga RM98. Tinggi sikit la kelajuannya, 768 kuasa kuda. Kalau nak lagi laju (kudaku lari gagah berani) boleh la ambil USB modem dengan bayaran RM138 sebulan. Comel aje modemnya takde la besor gedebuk seperti gambar di atas. Tapi modem yang atas ni pun takde la besor gaban. Sedang-sedang aja.

Image Hosted by ImageShack.us


Seluruh KELANG VALLEY didapati mempunyai wireless broadband coverage. Untuk memastikan tempat tinggal anda mendapat coverage atau tidak, silalah bertanya pada maxis.

"U tinggal flat tingkat berapa?"

"Tingkat tiga..."

"Ok. Pasal ini wireless sampai tingkat 4 saja.."

Sekali lagi untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi orang-orang suruhan maxis.

Image Hosted by ImageShack.us

Modem akan dicocok pada laptop ataupun pc anda. Jangan risau, segala process installation akan dilakukan juga oleh orang suruhan maxis. Dia akan datang mengetuk pintu rumah anda. Tapi sebelum tu jenuh la jugak anda kena explen kat orang suruhan tu tang mana rumah anda. Abeh kredit gue!

Oh ya! Anda juga akan diberi telepon yang bernombor 012. Kalau nak guna telefon ni sambungkan aje pada modem, terus boleh call out and call in. Cas dia memang murah la. 15 sen seminit ke nombor-nombor maxis.IDD call pun murah. Malas nak citer pasal call2 nih, pasal jarang guna. Untuk 6 bulan pertama maxis dengan berbesar hati tidak mengenakan bayaran sewa ke atas telefon ini. Baiknyeeee maxis kan? kan? Baik la sangatttt....

Image Hosted by ImageShack.us


Untuk mengelakkan telefon ni selalu diguna oleh saya secara membuta tuli saya telah meletakkan telefon ini di bawah katil sehingga dihinggapi habuk. Kalau perlu aje baru saya guna. Baik kan saya? Seorang pengguna yang bijaklah kiranya.

Wah wah wah!!! Saya telah berjaya menjadi ejen maxis yang buat kerja secara free off charge! Memang buat kerja bodoh namanya nih,haha. Tapi takpe la, demi memenuhi pertanyaan kusanggup buat kerja sukarela nih. Mudah-mudahan dapat pahala, wakakaka!

12 comments:

Unknown said...

berapa speed?

Orang sekeliling pun boleh connectlah ye kalau dorang pun ada laptop yang ada wireless?

Boleh jadi slow tak kalau cenggitu?

Anonymous said...

rasa macam mendengar iklan radio .. (promosi bagus dan berkesan la maknanya tu)

achik said...

senang maxis kalau ada ramai promoter cam dayah.. ;)

Acaii Jawe said...

waaaa, cikgu ni dah majula guna "takde wayar" punye teknologi,hihi..sy ni yg keje bahagian CIT pun takde internet connection kat umh,muahahaha...:P malas nak masukkan, kang adik tak blajo asik nak surf je,huhu..tunggula dia besau skit..

emm tak surelah mana lagi murah nak compare ngan wireless jaring tu..tapi member ramai yg pakai jaring tu..:) nnti org check balik..

Anonymous said...

Mmg senang sgt guna Broadband ni. Kalau kt sini mmg dh so common. Laju ya amattt, heaven! Kiter guna benda yg sama la kt rumah. Smbg tepon skali sbb xde hp haha. Skali aritu xde letrik haa dah sudah penin sekejap xleh guna tepon. Hopefully by d time kiter blk makin byk la option broadband provider ni. So masa tu sure lagi murah n speed pn makin laju hehehe :D

Ina

Anonymous said...

amacam kalo donlod laju x?

DeeN said...

hak hak hak .. bagus, bagus. Promoter yg up2date. Lepas nih ko terang pasal broadband celcom plak. Aku nak tengok terer ka dak hak hak hak ..

Thanks for sharing togeder2 hehehe

Anonymous said...

kat lenggong ada tak connection maxis broadband ni? rasa mcm berminat ler plak. Nak isis masa lepas SPM

hayad said...

aminbakish--> speed utk pakej 68 ni 384kbps. mcm sm je dgn speed stimix dayah kt kg yg bayor rm88 sebulan tuh.

org sekeliling tak boleh access. bende ni kena install and set kat laptop kita dulu. so kalo osmet yg ada laptop nk try cocok modem tu ke laptop dia still tak leh jgk rsnya, psl process activation and installation tu maxis buat utk laptop kita je..

jeff--> saya memang seorang promoter yg hebat dan bagus :p

achik--> aku jgk yg tak senang,haha

faisal--> dah pnh tye jaring, tapi tempat tinggal sy skang tak dpt connection jaring. tp tak tau la mn satu lg murah..

Ina--> jepun mmg maju, kt kg pun leh dpt wireless..

fiq--> setakat ni aku donlod lagu ke ok je..tp donlod citer korea ke jepun tu tak tau le, psl aku tak reti bab2 donlod mendolod neh

nur@addeen--> kena tunggu aku stop gna maxis ni dan bertukar ke celcom la baru aku leh citer :p

khainaj--> tak tahu la pulak.seperti yg saya maklumkan, silalah bertye pada org suruhan maxis yg bertauliah. sy ni hanya buat keje amal je,hehe

Pa'chik said...

mahal ahh sewa modem.. baik ko beli je...

baik ko pakat ngan jiran-jiran.. kongsi router, amek pakej yang paling laju.. kekekek... aku kat sini, jiran sume tak main intenet...

hayad said...

pa'chik--> ku tak suke pakat2,kongsi2, menyusahkan jerk,haha

Unknown said...

kalau tak silap harga modem wireless modem tu bawah 200, a'ah, tryla donlod cite, laju tak?

rasanya kawan2 yang ada laptop wireless boleh connect, try suruh deme check kat apa ya... ala kat "connect to"

tapi kalau dorang boleh connect, tapi sorang2 kena bayar bil, parah juga... hihi :D

Followers