Edisi Lepas-Raya-Kena-Kerja


Sekarang jam 12.46 tengah malam, dah masuk hari Selasa. Saya baru aje lepas semak kerja kursus Geografi. Dah lenguh-lenguh pankreas saya mengadap folio bebudak tu. Ada 77 folio kena semak. Baru dapat semak 15 buah. Itu pun pasal esok kena attend mesyuarat PBS Geografi. Kena bawak beberapa kerja kursus budak yang sudah disemak :D


"Hidayah, are u ok?". Tanya Ketua Panitia Geografi siang tadi. Dia tahu saya kena pergi mesyuarat tu.

"Ya, i'm ok. Kalo cakap tak ok pun, who will care, rite?"

"Jangan cakap macam tu.. we all care for u..."

Hahahaha, sengaja je saya cakap macam tu. Memang dah tau, tahun depan saya pasti kena ajar Geografi juga walaupun ia bukan option saya. Tapi takpe, saya enjoy mengajar Geografi. Lagipun ada certain-certain part yang relate dengan science jugak. Lagipun, subjek Geografi macam banyak guna common sense aje. So ringan la sikit kepala hotak saya. Cuma yang kurang suka bab kena marking kerja kursus la. Adoi la!!!

Sebelum puasa dulu kena pergi Kursus Peningkatan P&P Geografi. Best tengok cara Guru Cemerlang tu ajar Geografi. Patut pun dapat anugerah Guru Cemerlang. Guru paling muda dapat anugerah Guru Cemerlang tuuuu...So try to be like him. Kan best muda-muda dah jadi Guru Cemerlang. Dapat DG48. Baru la nikmat hidup! kekeke

Ok lah, nak masuk beradu dululah! Esok dah la meeting sampai 4 petang. Spoil lagi waktu beradu gue petang-petang :D

Eh, eh! Macam mana nak jadi guru cemerlang ni? Asek tido je yang lebih? Ada hati nak jadi cemerlang kononnnn... Piiiirah mabok!

2 comments:

AinulMalik said...

wah..kite doakan awak akan berjaya jadi guru cemerlang suatu hari nanti..kene rajin2..caiyok2..tapi yg paling penting guru cemerlang yg berkesan adalah guru yg sentiasa di hati anak muridnye..

Anonymous said...

Kalau dlu Dayah pun minat Geog sure enjoy nyer ngajar hehe. Geog mmg best kiter suka sgt. Kalau student dh tau teknik yg betul nk blaja sure diorg dpt score punya. Sbnrnya taklah susah mana tp kene rajin mengingat n phm je kan. Hehe dah lama tak dgr perkataan DG48 pe sumer tu. Bukan paham apa pun. Dgr mak berckp aje. Papepun all d best Dayah!

Ina

Followers