Diari Ramadhan 3

turutt!! turutt!! <-- ni adalah bunyi talian tetap di rumah saya.

"Helo... Aaa, mak lang............................ Mak ada, Kak Yong pun ada......................... tgh wat kueh.................... Kak Yong! Mak Lang nak ckp dgn kamu!".

"Yup, Mak Lang..."

"Bila balik kampungnye?"

"Semalam....".

"Banyak ke wat kueh?"

"Ada la jugak orang tempah".

"Cikgu sekolah kamu yang tempah ke sekolah mak kamu?".

"Sekolah mak. Sekolah orang, tahun depan aru nak mula projek, hehehe".

"Eeee, boleh tak kepala otak tu tak pikir bisnes?".

"Mana boleh. Orang nak jadi Siti Khadijah! Bisneswoman! Hehe..".

"Nak jadi Siti Khadijah kena pakai unta la," jawab Mak Lang.

"Takpe, Siti Khadijah ni nak beli unta 4 roda, ehe.."

"Cikgu sorang ni laaa.... Ok lah, bagi Mak Lang cakap dengan abah kamu kejap".

Selepas gagang bertukar tangan saya pun sambung kerja saya. Saya kini ada di kampung. Menyambung tugasan saya. Tapi tahun ni tak puas la berniaga. Sempat buat sikit je. Kalau macam tahun lepas saya masih penganggur terhormat. Maka lebih banyak masa untuk saya buat biskut raya.
Saya kena buat sendiri dua jenis biskut ini sebab mak saya kurang arif untuk bentukkan doh biskut gajus tu. Saya pula tak pandai nak buat tat. Pasal jari saya akan tenggelam terus dalam acuan tu. Al-maklumla, punya tangan yang comel kan, nak buat macam mana :p

Tahun ini modal semua mak yang keluar. Saya nak keluar modal pun macam alang kepalang je. Bukan saya boleh buat tiap-tiap hari.

"Mak, berapa ni nak bagi saham?"

"50 cukup ler... ".

"Aaaa?? Mana aci. Modal balik kampung ni lebih 50 hengget tau".

"Kamu bukan keluar modal pun". Kata mak sambil gelak-gelak.

"Mak tau tak, tol dari Jalan Duta tu ke Ipoh pun dah Rm26.70. Tol dari Ipoh ke Kuale plak 3.50. Pergi balik dah lebih 50 tau.."

"Eh, mana bolehhhh nak upah banyak-banyak."

Hampesss.... Sebenarnya saya tak kisah pun. Ambil kat mak semua pun takpe. Saya buat tahun ni cuma tak nak pelanggan yang memang dah biasa beli tu lari je. At least diorang masih boleh dapat biskut yang diorang nak.

"Tahun depan beli oven sendiri. Nanti bawak je balik kampung biskut yang dah siap". Kata mak.

Memang cadangnya begitu la. Tapi larat ke saya? Nak sekolah lagi. Tapi tak kira, boleh punye! Malaysia kan boleh, haha.

Dah pukul 6.40. Setengah jam lagi nak berbuka ni. Dalam pukul 9 nanti saya nak balik KL. Bukan saya yang nak balik lewat. Tapi si nurulsensei yang nak balik selepas berbuka. Saya ikut jer :D

14 comments:

chieffy said...

dsyt sungguh hang...dlm masa 2 hari ni..pulun sakan buat kuey, nmpk cam best ja kuey2 tuh...aku baru habih tlg mak aku msk. weekend dpn baru mula buat kuey...hmm...serabut ja rasa bila ingat nak bersila atas lantai and duudk berjam2 dpn oven..maybe sbb aku x mkn kuey raya kot..hahah.xpalah..demi perut2 kluarga aku..aku rela;)

ku said...

uikk..ko punya gmbr2 tu cam dah bukak kilang kuih je,hehe..

aku kagum,aku kagum... :)

zwitterion said...

geram akak tgk tart nanas..x pandai sgt buat tart...huhu

Alex Lacey said...

waaah...canggih Dayah nih..betul la, cam dah ada kilang kuih ajer...bestnyer...

Ni cuti lama mana ni?

Ainul said...

dayah..macam nak tempah..terime lagi ke??huhu..
dayah ni buat org terliur time pose2 ni..sedap2 sume kuih die..

achik said...

wah2 dasat.. cayalah!!! tabik spring.. ;p

hafiz238 said...

hebat sungguh. sanggup balik ke kuala nak buat kuih. semoga bisnes tahun ni pulang modal yer :)

Anonymous said...

Dayahhh feveret kiter tu kuih tart nenas dgn almond london! Kalau ada kt sana mmg konpem aku dh tempah sedozen dgn ko! Kalo la boleh nak je suh Dayah wat hantaran ke Jepun ni hehe. Tapi kang dah jadi biskut 'habuk' la plak namanye huhu.

Ina

Pa'chik said...

oit.. talian tetap tu benda? kekekek...

ada bunyi turut!! turut!! eh...

akirasuri said...

pergh!
hang memang otak biz betul..
sabas sabas :D

Gg said...

heBat La cikGu nih~ mengaja bOLeh, bisnes pOn bOLeh, bRaVo!
=)

ad3ck said...

dah macam diari ramadhan rafique plak hehe. selamat hari raya!

jeff said...

wah lama tak ke sini rupanya sudah bergelar puan maxis. dan rupa2nya sudah ke temu duga 19 sep. oooo pandai merahsiakannya ya ? nanti ku semak result kamu ahhaaha.

kuih kuih raya tu. teruja betul di siang hari puasa ni.

kakLuna said...

ala...kalo tau mak kamu terror buat tat gulung, tingin gak nk order..huhuhu

Followers