Entry ini tiada tajuk

Geee...Geee...

Nak tau apa sudah jadi pada gigi saya. Dentist tanya mahu cabut atau mahu tampal?

"Which is better for me?"

"It's up to you".

"Ermm... Tampal je lah!"

Dentist pun mencocok ubat bius. Sesambil tunggu tu dia pi buat apa ntah? Lepas tu dia pun menggerudi gigi saya sesuke ati bapak tiri dia. Memang sejibik macam bunyi blender. Betoi kata Dr.Hafiz :p Tetapi ketakutan saya kepada blender lebih dulu dari ketakutan saya pada dentist. Macam mana tu? Haha.

Lepas dah setel semua dia cakap ape nak tau?

"In case u rasa sakit,u come here again, itu gigi kasi cabut. Kalau tak sakit aaa, u datang juga maa..kasi tuka itu tampal tuka sama permanent punya".

What the h**l is this?

Untuk memastikan sekali lagi saya tidak salah dengar saya ucapkan kembali apa dentist tu kata. Dia pun mengiyakannya.

"Nanti tampal yang permanent kena bayar lain la?"

Dentist tu mengangguk.

Apa kejad**nye tak tampal yg permanent terus kat aku tadi? @#%^$!

"Then kenapa doc tak tampal yang permanent aje tadi?"

"Nanti u rasa sakit...cabut saja la...itu pasai tampal sementara saja dulu".

Apakah konsep yang digunakan oleh dentist ni pun saya tak tahu lah. Sudah la terbang rm51 hengget masa tampal tu. (sape suh datang kat swasta, padan muke!) Nanti nak kena tampal yang permanent pulak. Tak penah pulak zaman sekolah dulu ada tampal-tampalan sementara ni. Sampai sekarang memang saya tak rasa sakit gigi, tapi tak tahu la sampai bila tampalan sementara ni boleh bertahan. Geramnya hati. Saya punya la pujuk hati sendiri jumpa dentist tu, siap rasa nak patah balik je bila sampai depan pintu klinik tu. Kenapa tak tampal permanent je? Kot sesapa faham konsep gigi-gigi ni sila la beri penerangan pada daku. Isk..isk..

Kak Luna

Terima kasih kak luna kerana sudi mencemar duli datang ke teratak hamba. Jumpa juga akhirnya ye :P Sorry la jika layanan tidak memuaskan. Tak ada makanan pun, teruk betul! :D

SIARAN TERGENDALA SEKALI LAGI... HARAP MAAF

Seperti yang sepatutnya terjadi, siaran dari blog ini akan mengalami gangguan satelit sekali lagi.

Bila la nak dapat gaji ni :-w PULANGKAN DUIT KAMI!!! KAMI MAHU KEADILAN!!! KAMI PERLUKAN WANG!!! KAMI TIDAK SANGGUP BERHUTANG LAGI!!!

Menurut mereka yang bertanggungjawab, 25hb ini duit masuk. Ye, saya tunggu, saya akan lihat, saya akan cek di akaun maybank saya. Saya akan cocok kad tu ke mesin. Err....tapi...saya dah lupa la paswed kad maybank tu. Apa ye? Maklum la sudah hampir dua tahun akaun tu kering. Ooooo ye sekarang saya sudah ingat! No. paswed ATM card saya adalah ******;)

Perkara pertama saya akan buat jika duit masuk adalah membayar hutang pada Ah Long. Eh, bukan! Pada mak saya. Tetapi mujur ada diskaun ;;)

Tak nak balik! Tak nak balik kolumpo! Uwaaaa... bencinyeee :(

"Malasnyer nak ngajo semula...".

"Malasnyer nak blajo semula...". Sahut adik saya.

Rupa-rupanya kedua-dua belah pihak ada vitamin M. Ini semua gara-gara cuti lama sangat la,ehe.

Tetapi disebabkan saya sudah menyanyikan lagu :

Kami guru malaysiaaa....
Berikrar dan berjanjiii....
Mendidik dan memimpin....
putra putri negara kitaaaa....
ooo ooo .. shalalalala... ooo yeahhh! --> sound effect!

Maka dengan ini, saya terpaksa pergi dulu untuk menjalankan amanah. Sehingga bertemu lagi :-h


15 comments:

Hafiz said...

owh, takut blender lebih daripada doktor gigi lah ek...tak tahu macam mana nak explain pula :)

tak tahu sangat bab gigi ni. Kena cari siapa2 yang arif mengenai dentistry....

Kalau cikgu malas nak mengajar, apatah lagi murid-muridnya :D....Selamat mengajar yer cikgu.

zwitterion said...

dayah, rajin2 mengajar ye..hehemoga terus bersemangat.

me3n said...

hehe da nak start skolah balik sok kan? selamat ngajo. ;p.

Anonymous said...

dayah. jangan diucap malas mengajar tu nanti tak berkat. ingat masa belum dapat posting dulu, hari hari nunggu surat.. kan?

selamat balik KL.

Anonymous said...

sound effect yang bagus

kakLuna said...

ha..dah dah..jgn malaih2..babap baru tau!

DeeN said...

He he he .. len kali ko gerudi balik gigi dentist tuh! Aisey dah balik ek. Apa pun Selamat mengajar.

Oit, oit! Jangan malas-malas. Nak kena rotan ngan cikgu disiplin ker ha ha ha .. Dah sampai KL, jgn lupa mai umah aku neh..!! :)

Anonymous said...

hhui hui. dapat gaji belanja den. ha ha ha.

Pa'chik said...

adik aku hari tu... start bulan satu, sebelum cuti sekolah ari tu baru dapat.. hehe...
ko bawak je molotov koktel gi jumpa orang yang meneij duit gaji tuh...

achik said...

saya pun sudi dibelanja.. hehe ;p

Taiko said...

Salam hayad..

Maaf mengganggu.. boleh bagi saya 5 minit?

Anda dijemput ke http://bajukerja.blogspot.com untuk menjawab beberapa soalan survey mengenai pakaian yang anda pakai.

Keikhlasan anda amat saya hargai :)

Terima Kasih

13may said...

salam cikgu...
gigi dah baik??

hahha

Kemat said...

kat sekolah cikgu tak der perkhidmatan check gig student ker..tumpang sekali jer la kat saner..senang dan jimat masa

Unknown said...

aku pong sakit gigi neh... berlobang.. ngah pk nak tampal ke cabot neh.. isk risau2

Sunan_Jati said...

weh... slamat bertugas...

Followers