Amalan Saya Yang Suci Lagi Murni

Masa saya kecik, saya telah diasuh untuk menabung, suatu amalan yang sungguh murni gitu! Amalan yang sungguh suci dan murni itu telah berlanjutan sehingga saya memasuki sekolah rendah. Jika ada duit poket lebih, pasti dimasukkan dalam tabung. Tabung saya dibuat daripada buluh. Ya, tabung buluh namanya yer tuan-tuan puan-puan sekalian.

Image Hosted by ImageShack.us

Belanja sekolah saya hanyalah 60 sen ketika itu. 20 sen tambang bas. Pergi 10 sen, balik 10 sen. 40 sen guna untuk beli makanan minuman. Biasanya memang sentiasa ada baki. Dan baki itulah saya masukkan dalam tabung buluh yang dipaku pada dinding di belakang almari. *kasi sorok sket ar, belakang almari kan, untuk keselamatan :p*

Saya tak ingat la pulak berapa lama masa yang diambil untuk tabung buluh tu penuh. Tapi yang saya ingat jika dah penuh, mak akan ambil parang dan belah buluh tu. Pastu kira-kira, hantar masuk bank. Suatu masa yang sedikit ke depan, tabung buluh saya telah berevolusi menjadi tabung berbentuk harimau... Aaauuuummmmm!!!! Tabung harimau saya ini amatlah user friendly kerana bila perutnya sudah penuh, kita hanya perlu ambil kunci, dan setelah kunci itu mengorek-ngorek bontot harimau tersebut maka berhamburlah duit syiling saya. Pastu kira-kira, hantar masuk bank.

Suatu masa pula, saya sekali lagi menggunakan tabung buluh, tapi kali ini tabung itu bersaiz lebih besar dan lebih panjang. Maka masa yang diambil untuk memenuhkannya juga terlalulah lama selaras dengan perkembangan otak saya yang sentiasa bertambah neuron-neuronnya dari semasa ke semasa. Sehinggalah suatu hari neurotransmiter otak saya memancarkan impuls supaya saya menjadi sebegitu kreatif sekali.

Kekreatifan saya itu adalah pada skill saya mengorek tabung buluh saya. Maka sejak dari hari saya menjadi sebegitu kreatif, tabung buluh saya itu tidaklah pernah penuh-penuh malahan bertambang susut nilai matawangnya. Wang hasil korekan tabung itu saya salurkan pada cina yang saya dan rakan-rakan gelar Po Kim yang akan lalu setiap petang menjual berbagai-bagai hasil dagangan dari kilang-kilang junk food. Tidak cukup tabung sendiri saya korek, tabung buluh adik saya pun saya sapu,hahaha. Padan muka dia! Saya memang kaya terlampau pada masa itu.

Tatapi!! Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Harapkan pagar, pagar makan padi. Ambil galah tolong jolokkan. Eh, ini takde kena mengena! Rupa-rupanya aktiviti jenayah saya itu telah berjaya diskodeng oleh makcik saya. Dia telah mereportkannya kepada polis antarabangsa. Maka apa lagi saya telah dimarahi oleh emak saya baik punyaaa. Tapi apa saya kisah. Benda sudah berlaku. Dan hasilnya pun dah lama saya tuai,muahahaha!!

Sejak peristiwa itu saya sendiri sudah tak ingat adakah amalan murni menabung itu masih saya teruskan ataupun tidak. Saya blur pulak. Memang tak ingat apa jadi lepas tu. Dan sekarang di alaf 21 ni saya masih lagi tidak menabung. Jangan salah sangka, kerana saya sendiri belum ada income tetap tiap-tiap bulan, macam mana mahu menabung. Mengepow lagi adalah!

Namun begitu sehingga kini saya masih menyimpan setiap baki wang syiling dalam bekas seperti gelas ataupun dalam botol. Dan pukul 10 ni saya akan ke KL. Saya dah kira wang syiling saya ni. So sekarang saya mahu tukar dengan wang kertas di kedai runcit. Oh, sadisnya saya,hahaha :p

Image Hosted by ImageShack.us

**Saya ke KL untuk ambil surat di jabatan rabu ini dan terus ke sekolah. Juga akan mencari-cari tempat berbumbung untuk berteduh. Saya sudah dapat tahu di mana saya harus mengajar. Sekolah mana tu, biarlah rahsiaaaa...

Ayat-Ayat CINTA

Image Hosted by ImageShack.us

Syukur saya diberi sedikit rezeki yang akhirnya saya mampu membeli buku ini. Err, takde la mahal sangat. RM22.90. Tak mampu memberi sebarang synopsis, tambahan pula saya memang tak pandai membuat synopsis. Secara tidak lansung mengakibatkan karangan rumusan semasa PMR saya selalu saja melebihi jumlah patah yang sepatutnya.

Saya tahu, saya sedikit terlambat untuk membaca buku ini padahal ramai yang sudah membaca. Semoga penulisnya, Habiburrahman El-Sherrazy dilimpahi berkah atas hasil tulisan beliau ini.

Saya amat terkesan membacanya. Sehingga terbawa-bawa ke alam mimpi. Memang itu pe-el saya. Kalau membaca buku yang terkesan tu, sampai terbawa dalam mimpi. Sama macam mimpi jumpa Laksaman Awang dalam Enrique Mengundang Jauh dan Laksamana Sunan dalam novel Bagaikan Puteri :p

Tapi AYAT-AYAT CINTA tidak sekadar untuk dibawa mimpi, tetapi harus saya jadikan panduan. Novel ini sarat dengan ilmu dan teladan. Semoga saya dapat memanfaatkannya. Ameen...

Ayat-Ayat CINTA

Sebuah Novel Pembangun Jiwa

Itu yang tertulis pada cover depannya

Saya Yang Kejam

Pagi ni rasa kurang best pulak. Selalunya lepas mak, abah pergi kerja, adik pegi sekolah, saya akan start buat kerja rumah. Mula-mula buat kerja dalam rumah lepas tu sapu daun-daun kat laman. Lepas tu mesti saya rasa happy. Tapi pagi ni macam tak happy.

Ni mesti gara-gara pagi tadi bertengkar dengan adik pasal saya malas hantar dia ke sekolah.
Memang hari-hari dia naik bas, jarang-jarang amat minta saya hantar naik moto.

"Eee..malas la! Kamu naik bas je la!"

"Aku nak beli nasi lemak sebelah belakang klinik tu", jawab dia.

"Suruh la kawan kamu Raja tu. Dia dok sebelah klinik. Ada kawan tu la gunanya kawan!"

"Pintu kat belakang klinik tu dah tutup, bukak kecik je, tak muat nak lalu. Raja keluar pintu depan klinik", dia menjelaskan.

Kadang-kadang tu dia suruh hantar, saya hantar jugak tapi mulut tak henti-henti membebel. Pagi tadi saya terus kata malas nak hantar. Tapi akhirnya saya buat keputusan nak hantar juga walaupun hati penuh ketidakikhlasan. Tapi dia dah siap-siap pakai stoking nak pergi naik bas.

"Ala...merajuk la tu! Aku anto la kamu"

"Tak payah, kamu pegi le tido balik!"

Alahai, dalam hati kesian la pulak. Lepas dia keluar dari rumah lagi saya tambah kesian. Ntah angin apa datang pagi tadi. Masa sapu daun-daun kat laman, masih terasa menyesal lagi. Dah la tu je adik nan seorang. Kadang-kadang memang sakit ati, ye la, kalau dia mintak tolong bukan main manis lagi. Cuba kita mintak tolong dia...jenuh nak suruh. Tapi saya ni tak pandai nak berdendam. Kadang-kadang tu kata, "Ni last aku tolong kamu. Esok-esok jangan harap!"

Tapi tak lama, baik balik. Ntah-ape-ape-ntah. Nama lagi adik-beradik kan. Memang betulkan, kita akan gembira bila kita buat orang lain juga gembira. Takpelah, dia balik sekolah nanti pi belanja dia makan laksa!

Ku Telah Jatuh Cinta!!

Sejak seminggu dua minggu ini saya giler! Ya, saya sedang giler! Oh, jangan salah sangka. Saya bukannya gila mental bahkan juga bukan gila kentangggg... !! Jauh sekali gila meroyan tetapi gila duit itu selalu.

Saya sekarang sedang gila makan petai. Bayangkan, benda yang saya tidak suka tiba-tiba saya jadi suka. Nak mati ke aku ni. Oh, jangan! jangan! Amal ibadat saya masih kekurangan. Ke mengidam? oh, tidak sama sekali. Saya masih suci,haha!

Jangan terlalu membenci sesuatu kelak kamu akan terlalu suka. Itulah yang terjadi antara saya dan petai. Saya sudah jatuh cinta samanya. Saya memang tidak suka ulam-ulaman yang pahit-pahit, tak macam emak, lagi pahit lagi dia suka. Padahal pahit itu adalah ubat. Nah, sekarang saya memang jatuh cinta dengan penangan si petai. Kalau dulu saya merasakan ia amat pahit tetapi sekarang tidak lagi. Saya merasakan ia amatlah lemak manis santan kelapa muda. Ber"krup"-"krup" bunyinya bila gigi geraham nan gagah perkasa itu menghancurkannya.

Image Hosted by ImageShack.us

"Mak, makan petai boleh awet muda tak?"

"Bulihhhhhh....."

Wow! Bagus-bagus. Nampak tua adalah suatu ketakutan bagi wanita,hehe. Harap petai dapat membantu :p

Untuk menambahkan semangat patriotik saya memakan petai, saya berusaha menggoogle khasiat petai. Hasilnya...wow!!! :O Amat memberansangkan lagi saya untuk makan petai :) Jangan tak tahu, petai mampu merawat stress, anemia, tekanan darah tinggi, ulser, stroke, mampu mencuci buah pinggang, sembelit, mual di pagi hari, baik untuk saraf, serta mengatur suhu badan. Untuk perempuan yang selalu nak marah-marah sekali dalam sebulan tu pun elok makan petai yer! :p

Untuk yang terlalu ekstrim nak kurus tu, tak perlu susah-susah, makan aje petai, boleh mengawal kegemukan wooo.. Menurut sumber yang saya google, petai mampu menolong orang berhenti merokok. Err, ni macam tak boleh jalan je. Bapakku makan petai juga, tapi tarak jadi apa pun. Maka, kesimpulannya yang dapat Prof. Hayad buat adalah, petai tak dapek nak nolong selagi tuan punye badan selaku perokok tak nolong diri sendiri. Harap maklum!

Lagi satu, kalau kena gigitan nyamuk, boleh je tenyeh kulit petai tu pada kulit yang kena gigitan. In case terdesak la ni. Kalau ada krim gigitan nyamuk , sapu je la krim tu. Buat apa susah-susah cari petai pulak kan. Gilo apo???

Last but not least, petai can boost your brain power. Waa waa waa waa... Tak payah susah-susah beli B complex lagi,haha. Jimat duit.

Walaubagaimanapun, tabiat memakan petai perlulah diatur dengan sebaik mungkin untuk mengelakkan bau-bau yang tidak sepatutnya semasa waktu-waktu yang memerlukan kita bercakap dengan banyak di khalayak yang ramai ;) Tapi kalau guna ubat gigi jenama DECTOBACGEL, it's ok! Nyah bau dan juga menguatkan gigi.*ops! sory, terkeluar topik sikit ;)*

Image Hosted by ImageShack.us
Akhir kata dari Prof Hayad, marilah kita beramai-ramai makan petai dengan motonya
"A Petai A Day, Keeps The Doctor Away" :)

Saja-Saja...

Saya berjalan-jalan di kebun pisang depan rumah. Dah lama saya perasankan ia. Ia tumbuh dengan aman dan damai di situ. Sejenis tumbuhan renek batang tidak berkayu. Saya tanya mak, boleh makan ke? Tapi mak pun tak tahu. Saya penah nampak ia dijual dalam peket di TESCO penang. Mahal pulak tu! Kalau dekat mahu saja saya petik dan bekalkan pada TESCO. Tak ke boleh jadi kayaaaa tuuu :p

Image Hosted by ImageShack.us

Secawan Kopi, Secebis Kenangan

Riak muka saya sedikit berubah sebaik saja air teh itu terkena pada lidah. Terpaksa juga saya meneguk habis secawan teh itu walaupun lidah saya merasa teramatlah perit. Hati tuan rumah perlu dijaga. Adat orang melayu kan. Sebetulnya saya ini tidak kuat manis. Mungkin sebab itu muka saya pun kurang manis,haha.

Di kampus dulu rakan-rakan selalu komplen kalau saya buatkan air. Kadang-kadang jadi ok, manis-manis buah. Kadang-kadang pula dikatakan tak manis lansung. Jadi senang cerita, saya tak buat dah air, serahkan saja pada yang pakar :p

Lagi satu, kalau saya buat kopi ataupun nescafe, (nescafe ni jenama kan?) dikatakan pahit pulak. Tapi saya sukakan rasa yang manis-manis pahit. Fuh! baru la nikmat menikmatinya.

Image Hosted by ImageShack.us

Saya memang gemarkan kopi berbanding teh. Kadang-kadang dah jadi addicted. Sehari tak dapat, rasa macam tak sihat badan,ehe. Nasib saya baik sebab saya tidak alah pada kafein. Kalau saya minum segelas kopi pun, bila mata dah ngantuk saya tetap boleh tidur dengan nyenyak. Kalau minum teh pula, tak lama lepas tu mesti saya asyik nak ke toilet aje. Rasa macam teh yang saya minum tu tak boleh lekat lama dalam badan. Lepas minum otomatik mesti bagi keluar,haha.

Mungkin kopi dan saya terlalu akrab kerana ada sejarahnya. Menurut mak, semasa dia mengandungkan saya dia terlalu gemar minum kopi. Padahal sebelum ni dia tak suka kopi. Setiap masa dia nak minum kopi. Akhirnya bila saya lahir, semua orang yang melihat macam tak percaya.

Jiran sebelah katil mak bertanya, "Betul ke ni anak kamu. Jangan-jangan doktor tersilap, tertukar tak?". Mak kata ramai yang ingat saya anak india. Oh, sadisnya...sob sob. Kesian saya. Sudah la saya ini lemas semasa dalam kandungan. Lepas lahir kena tebuk kepala pulak.

Dalam nada bergurau saya cakap pada mak,"Tu la mak, orang masa mengandung minum susu, minum soya, madu, bagi kulit baby putih. Ni mak pi minum kopi plak. Bukan salah ibu mengandung ke atau memang salah ibu mengandung ni? Hehe.. "

Mak saya gelak aje...

Beza pula dengan adik saya. Semasa mak mengandungkan dia, mak tak suka kopi sebaliknya suke gilerrrr minum susu. Hasilnya adik saya tu orang ingat anak cina. Kadang-kadang saya sedikit terasa bila ada sedara-mara yang membandingkan kulit kami berdua. Tapi saya untung sebab ada opah yang selalu bela saya ;) Semua orang akan senyap bila opah start bela saya,hehe. Jangan jeles.

Penah suatu hari semasa saya di tadika, ada rakan yang mengejek saya hitam. Esok pagi opah tunggu bas sekolah sama saya, elok saya naik dia pun naik.

"Mana budak yang mengata cucu aku itam haaa??", dengan muka bengis ni tau :)

Padahal opah tau sapa yang kata saya tu. Terus takut budak tu nak kata saya dah. Budak tu Shida namanya. Shida ni pun satu, tak sedar diri tu pun gelap juga, sesedap pulak nak mengata orang :p Tapi itu kisah lama. Kami masih kamceng setiap kali bertemu pada aidilfitri. Dan setiap kali jumpa juga, cerita lama ini pasti terkeluar, maka berhamburlah gelak tawa kami, mengenang zaman hingusan kanak-kanak dulu :)

Disebabkan kemanjaan saya dengan opah lah, saya dipanggil opah dengan nama Manje. Atau singkatannya Anje. Sampaikan tak ramai ahli keluarga yang tahu apa nama sebenar saya. Bukan setakat ahli keluarga, jiran tetangga satu kampung ni pun tak tahu. Hanya Manje nama panggilan saya hingga kini.

Opah pun sudah tiada, dia meninggal semasa saya darjah tiga. Sangat sedih masa itu. Nasib baik saya sudah pandai baca Quran. Di sisi jasad opah saya duduk, saya sedekahkan bacaaan Yassin.

Kalau ingin mencari saya, jangan sebut ," kenal hayad?". Sebut aja, " mana rumah si Manje?". Pasti semua orang tahu :p Oppps, hampir terlupa. Ada lagi sorang yang tak tahu nama panggilan saja Anje. Beliau adalah Abang Posmen nan seorang yang malu-malu kuceng itu,hehe. Dia tetap akan mengenali saya dengan nama betul saya :) Kalu tidak, tak dapat la saya apa-apa surat pun ;)

Akhir kata, "Jom minum!!" ;)

Selamat Hari Lahir Mak

Hari ini, 5 februari 2007, hari lahir emak. Genap juga usia emak 5o tahun, sama macam abah.

Image Hosted by ImageShack.us
Tengah posing2 semasa aidilfitri '06

Saya hanya buat kek buah pasal itu feveret emak. Semoga emak panjang umur dan murah rezeki selalu.

"Kamu dah posting, takde dah la orang amek mak balik keje. Kena naik bas balik la.."

Adeh, mak saya dah buat ayat sedey plak daa....hohoho


Nota tambahan : rupa-rupanya Tuan Tanah dan emak saya satu spesies. Selain daripada spesies Homo sapien , mereka juga dilahirkan pada tarikh yang sama. Ya, Tuan Tanah, mak saya cool juga orangnya. Tapi kalau sekali dia hot lebih baik diamkan diri masuk bilik :p

I'm Speechless...

Perasaan saya teramatlah kurang enak tika ini. Segalanya bercampur baur, menjadikan hati saya tidak tenteram. Saya pun tidak tahu kenapa. Sepatutnya saya bergembira. Ya, gembira kerana setelah lama menunggu akhirnya bulan jatuh ke riba. Tapi saya kira saya dapat bulan yang gelap. Oh, mentang-mentanglah saya lahir waktu bulan gelap!

Jika ramai mereka yang menangis dihantar ke sabah/sarawak, saya pula menangis kerana ditugaskan di tempat yang amat tidak hingin saya jejak. Lihat saja screenshot ini.

Image Hosted by ImageShack.us

Anda tahu ape yang terbayang dalam kepala hotak saya? Bayangan RM RM RM.... Ah, kota yang semuanya perlu duit!! Saya benci!!

Nampaknya pilihan pertama saya untuk ke sabah tidak tertunai...

Oi..oi cik adik! Tu kira bagus le ko dah dapat posting! Tak dapat posting bising, dah dapat pun bising jugak??!! Nak penampo????


Saya redha, saya tidak bisa menolak takdir ketentuan Ilahi. Yang tersurat semestinya sudah tersirat sedari awal lagi. Saya harus percaya pada qada' dan qadar yang Esa. Wahai hati, tabahlah... Allah knows best for you.

Ya Allah, berilah yang terbaik buat aku. Mohon dengan sangat...

Mengapa Cincin Pernikahan Harus Ditaruh di Jari Manis??

Saya menonton Cari Menantu malam tadi. Saja suka-suka tengok sambil meng'usha' bakal somi orang,haha. Mohsen itu cute, tapi sayang sudah terkeluar bersama pasangannya,hehe. Saya bukan mahu bercerita pasal Cari Menantu, tapi ingin berkongsi satu rahsia dengan anda. Sebelum itu kredit pada ~Nana KE???~ sebab saya ambil rahsia ini dari blog beliau :)

Rahsia ini berasal dari kutipan Cina.

Ikuti langkah berikut ini :

Image Hosted by ImageShack.us
  • Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah ditekuk ke dalam (lihat gambar).
  • Kemudian, 4 jari yang lain dipertemukan hujungnya.
  • Permainan dimulai, 5 pasang jari tetapi hanya 1 pasang yang tidak terpisahkan...
  • Cubalah membuka ibu jari anda, ibu jari mewakili orang tua, ibu jari bisa dibuka kerana semua manusia mengalami sakit dan mati. Dengan demikian orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.
  • Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereka memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.
  • Sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak2. Cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan kita.
  • Selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana kita menaruh cincin perkawinan anda, anda akan heran kerana jari tersebut tidak akan bisa dibuka. Kerana jari manis mewakili suami dan isteri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain.
Real love will stick together ever and forever

Thumb represent parents
Second finger represent brothers & sisters
Centre finger represent own self
Fourth finger represent your partner
Last finger represent your children

ps: Jangan sampai terpeleot jari anda sudah...

Followers