Terimalah Nikmat Yang Ada Dan Manfaatkanlah


Kadang-kadang saya rasa terpukul bila tahu ada di antara rakan-rakan yang berjaya dari saya, sedangkan masa sekolah mereka tidaklah se'terer' mana. Bukan niat hendak mengata tetapi sebagai manusia yang banyak kerkurangan kadang-kadang perasaan iri hati dan cemburu itu tetap wujud walaupun sekelumit cuma. Tapi segera saya tepis supaya sifat mazmumah itu tidak terus terlekat dan bertapuk di hati saya. Teringat saya yang nabi penah berkata, hasad dengki dan iri hati itu umpama api yang membakar daun-daun kering, sama seperti ia membakar segala amalan kita. Jika saya salah tolong betulkan ya! Sudahlah amalan tidak seberapa, tak pasal-pasal zero jadinya.

Petikan kata-kata Profesor Datuk Dr. Hashim Yaacob, Naib Canselor Universiti Malaya :

"Sewaktu saya remaja dulu, sewaktu di bangku sekolah, saya bercita-cita untuk menjadi doktor perubatan kerana minat yang sangat mendalam. Saya tidak berpeluang memasuki kursus perubatan, dan saya rasakan dunia menjadi gelap-gelita kerana hasrat dan cita-cita saya tidak kesampaian. Takdir menentukan saya menjadi doktor pergigian. Takdir jugalah hari ini menentukan saya menjadi Naib Canselor Universiti Malaya. Maka saya mengimbas kembali cita-cita dan impian saya untuk menjadi seorang doktor perubatan sewaktu saya masih remaja dulu itu. Apakah kalau saya menjadi doktor perubatan seperti yang diimpikan itu, maka hari ini hidup saya boleh menjadi lebih berjaya? Cita-cita dan impian remaja kadangkala bukanlah penunjuk sejati ke arah kejayaan sewaktu dewasa. Yang penting ialah bagi kita menguasai ilmu, walau dalam apa jua bidang. Penguasaan ini hendaklah di tahap yang perkasa lagi tinggi".

Sehingga sekarang saya masih menyimpan keratan akhbar kata-kata beliau ini, kerana saya juga pernah seperti beliau, dari remaja bercita-cita menjadi doktor perubatan. Tetapi saya juga tidak berjaya seperti beliau, bahkan lansung tersasar ke bidang yang tidak pernah sama sekali saya impikan. Takdir telah menentukan saya di bidang yang lain. Bukankah Allah telah mengingatkan kita dalam surah al-Baqarah yang maksudnya lebih kurang begini : "Mungkin sesuatu yang tidak kamu sukai itu adalah lebih baik bagi kamu, sedangkan sesuatu yang kamu sukai itu adalah tidak baik bagi kamu". Allah lebih mengetahui sedangkan saya sebagai manusia lebih banyak bersangka-sangka. Saya sering mengingatkan diri saya supaya sentiasa bersangka baik dengan Allah kerana segala urusan hidup saya, rezki, umur, hidup mati saya dan segalanya sudah Allah suratkan.


"Di setiap tempat,
Pasti anda temukan kegelapan dalam kehidupan anda..
Kewajipan anda hanyalah menyalakan lampu untuk menerangi anda sendiri"

"Berapa banyak nikmat yang tak dapat dipancing dengan mensyukurinya kepada Allah ternyata tersembunyi di balik hal-hal yang tidak disukai"

4 comments:

Administrator said...

Tidak semua apa yang kita impikan akan menjadi kenyataan

hayad said...

Ya betul...kita kena sentiasa redha dan syukur :)

diyana said...

belajarlah menjadi redha..kerana DIA tahu apa yg terbaik..

hayad said...

ya..insya allah

Followers