Apabila Adik Bercerita

Saya ada seorang adik..adik saya perempuan,tahun ni PMR. Sebelum mandi tadi saya tergerak mahu masuk ke bilik dia. Tgk2 dia tgh 'oter' tudungnya. Sambil dia wat keje saya pun menyembang serba sikit. Saya belek-belek buku sekolah dia. Tgk itu, tgk ini. Tiba-tiba tercapai folio math masa dia form 1. Tajuk Lines and Angles. Topik 2 minggu lps yg saya ajar pada dia sbb katanya dia tak paham. Tp bila tgk folio masa dia form 1 tu, byk yg betul dan dia reti jawab. Saya jadi pelik sbb seingat saya mathnya sebelum ni elok, tak macam beberapa bulan ni sbb asik gagal.

"Tgk math ni, dulu-dulu kamu leh buat. Nape skang tak leh buat math? Asik gagal je!!"
"Aku tak tau laa..aku dah blajo tp bile time xm mst tak leh buat..."
"Napa lak tak leh, kamu boleh jwb dulu..naik form 3 jd teruk plak..pehal?!", saya dah mula geram dgn karenah adik saya ni.
"Kalo aku citer kamu jgn bg tau mak..Janji???"
"Oklah2..aku janji. Cpt citer", tak sabar saya nak tahu.

Bla..bla bla..prong prang preng...bla bla bla.....

Menurut adik saya cikgu mathnya (saya namakan Cikgu A) pernah marah dia dan kata "Saya takkan maafkan kamu". Sebabnya sebelum waktu cikgu A ni masuk adik saya dan kawannya kluar sbb ade sorang cikgu ni (cikgu B) nak jumpa. Cikgu B ni jumpa depa ni sampai dah nak abis masa math Cikgu A. Balik je kelas terus kena bambu.

Asalnya adik saya dah pesan kat sorang rakan kelas dia spy bg tau cikgu A yg cikgu B nak jumpa diorang. Tapi rupa2nya rakan yg diharap ni buat dajal (harapkan pagar, pagar makan padi punya membe) kata depa yg nak jumpa Cikgu B. For sure la cikgu A ni marah sbb jumpa Cikgu B sampai abis waktu. Padahal cikgu B yg ambil masa student ni...

Dan lebih menyakitkan hati saya Cikgu A ni pergi jaja citer adik saya dan kwnnya ni kat satu blk guru. Dah tu plak jaja kat kelas2 yg dia ajor. Dia kata adik saya ni kurang ajo. Padahal menurut adik saya dia tak melawan pun masa cikgu A bertanya. Sampaikan budak kelas lain yg jumpe adik saya kata,"ini la budak yg kuang ajo tu..".Wahhh!! Saya yg dgr plak rasa sakit ati.

Dlm kelas pula sambil mengajar cikgu A ni byk memerli adik saya. Katanya kena hormat guru. Jgn bg skt ati guru. Doa guru ni makbul mcm doa ibu bapa awak sume. Betul, guru seperti ibu bapa, tapi ada ke ibu bapa yg doa tak baik kat anak2nya? Tentulah adik saya rasa down bila cikgunya kata yg tak baik...

Tapi guru-guru lain tak pandang serong pd adik saya. Sbb adik saya bkn budak yg bermasalah. Tambahan lg dia english debator sekolah, pnh jd best speaker lg dan jg seorang pengawas. Ada sorg cikgu C yg juga cikgu saya dulu selalu tanyakan perkembangan math adik saya ni. Adik saya pnh bg tau cikgu C.. "Saya dah study cikgu, tp bila xm saya tak leh buat. Sbb tak berkat kot psl Cikgu A tak maafkan saya". Tapi cikgu C kata awak study jer, bila kita dah mintak maaf org tu tak maafkan, kita dah lps...

Saya pun ckp benda yg sama. Pd saya jgn pikirkan cikgu A tu. Saya ceritakan pd adik saya ramai kawan saya dulu yg cikgunya pernah mendoakan gagal tapi akhirnya result xm lulus. Bekas rumet saya pernah dimusuhi gurunya,"Saya doakan awak gagal math SPM nnt!". Tapi rumet saya ni blajo btul2 sbb geramkan cikgu mathnya dan bila kuar result dia dpt A1 trs dgn lagaknya jumpa cikgu tu blk. "Cikgu,tgk ni saya dapat A1". Trs senyap cikgu tu...

Saya juga kenal Cikgu A tu. Masa saya sekolah dia dah ada. Tapi tak ajar kelas saya. Saya juga byk dgr komplen rakan2 kelas sebelah ttg Cikgu A ni. Mmg mulut 'jelabas', mengata anak murid bodoh dan lembab..sng kata dia jns yg ckp lps. Cikgu A kata klu dia tak halalkan ilmunya mmg takkan dpt. So, jgn bg skt ati dia. Ape punyer cikgu la...padahal dah dimohon maaf.

Sekarang saya juga seorang guru. Walaupun belom mengajar betul tp saya ada pengalaman praktikal jd guru. Kalaupun murid tu tak pandai tak kan sampai hati nak kuarkan perkataan 'bodoh' ape lagi nak ckp kat cikgu lain yg budak tu lembab. Paling tidak pun saya mengadu pada rakan saya susah nak ajo si polan tu. Ada apa2 kaedah lain tak?

Jauh di sudut hati tak pernah terbit rasa dendam pd murid walaupun senakal mana diorang. Saya dapat ajo kelas yg ala2 ali setan. Mmg susah, sakit hati dan geram. Ajo pun tak phm2, mmg perlu kesabaran, tapi mmg tak sampai hati nak mengata diorang.

Saya cuma geram dgn tindakan cikgu tu yg tak usul periksa trs menjatuhkan hukuman.
Siapa kita nak halalkan tak halalkan ilmu kita tu. Ilmu pada kita tu pun pinjaman dari Allah... Seharusnya kita kembangkan dgn ikhlas. Kalaupun murid tu tak bg blsan, Allah ttp akan memblsnya walaupun kebaikan tu sebesar zarah.

0 comments:

Followers