Meluat.Geram.Menyampah

Baru aje menonton rancangan Tanya Linda di astro ria tadi. Topik pasal fesyen remaja. Jemputannya Nabila Huda anak si Amy Search, sorang pereka fesyen (lelaki) yg ntah apa namanya saya tak ingat, seorang pakar kaunselor Tuan Hj Hushim dan penyanyi Farah Wahida namanya.

Saya teramat mual dan menyampah berserta geram melihat nabila huda dan pereka fesyen itu. Nampak sangat tidak berilmu, hanya ilmu fesyen-fesyen yang menjadi keutamaan, ilmu agama entah ke mana. Boleh mereka kata as a remaja kita mesti ikut peredaran fesyen tanpa melibatkan agama. Agama dan fesyen adalah dua perkara yang tidak boleh dicampur. Sangatlah bodoh mereka berdua ini. Menurut nabila pula dia berfesyen untuk mendapatkan kepuasan. Ya, berfesyen sangatlah dia dengan gaya rambut skin head di tepi dan rambut tebal ke atas di bahagian tengah ala-ala jambul merah ayam jantan tu. Molek lagi ayam jantan berbanding dia.

Sehabis-habisan si nabila huda mempertahankan gaya fesyennya itu yang ditiru daripada idolanya dari rancangan American Top Model. Memang bodoh dan sewel la minah ni. Apabila Linda bertanya pada Tuan Haji fesyen si nabila dengan selamba beliau jawab itu fesyen 'remaja terencat'. Lagi angin la si nabila.

Mereka berdua ni tanpa segan silu menafikan setiap kata-kata Tuan Haji Hushim. Tuan Haji ini seorang kaunselor dan telah banyak menjalankan kajian mengenai remaja. Boleh plak si pereka fesyen itu kata Tuan Haji masa remaja pun mesti berfesyen dan terikut-ikut dengan fesyen. Pada dia agama dan pakaian tiada kaitan. "Kita tengok nabila ni, pakai macam ni, tak semestinya dia tak sembahyang" . Tolonglah..tolonglah jadi berilmu sket!!

"Dan janganlah engkau memberi nasihat kepada mereka selagi engkau belum melihat pada mereka tanda-tanda akan menerima nasihatmu. Kalau tidak, mereka akan menolak nasihatmu dan kamu jadi bermusuh dengannya. Dan jikalau mereka salah faham di dalam suatu masalah sedangkan mereka tak mahu belajar daripadamu maka jangan engkau ajarkan mereka kerana mereka akan mengambil ilmu daripadamu kemudian mereka lalu menjadi musuhmu. Kecuali jika salah faham itu membewa mereka kepada melakukan maksiat dengan sebab jahil. Maka pada ketika itu hendaklah engkau memberi nasihat kepada mereka dengan cara yang lemah lembut bukan dengan cara yang keras atau kasar". (Bidayatul Hidayah, Al-Imam Al-Ghazali)

Sepanjang diskusi Tuan Haji ni tenang dan bersahaja. Berbeza dengan si nabila huda dengan pereka fesyen tu yang nampak sangat menegakkan benang yang basah. Farah Wahida pula walaupun tidak bertudung tapi masih mempertahankan pendapat dia bahawa sebagai artis dia perlu menjaga pakaian supaya lebih sopan dan tidak berfesyen secara keterlaluan seperti nabila.

Inilah zaman sekarang, kata-kata ahli agama tak mahu diambil peduli. Pada saya tak guna berdebat dengan orang jahil...

4 comments:

Ayu Mohamad said...

Salam Dayah... dtg drp blog Kak Wan..
ruginya tak tgk Tanya Linda tuh..
pasal cukur kening tuh, dulu masa kawen dulu pon mak andam ckp nak cukur.. kite kata tak nak berdosa! hehehe

Anonymous said...

hehehe..ye ker? tu la mak andam mst nk cukur kan? tp klu kita kata tak nak xde la diorg buat:)

Anonymous said...

setuju ngan kedua2 artikel dayah yg terbaru ni. mampu geleng kepala sj mendgr kisah2 zaman ini.

sy penah ditanya juga sama ada nak cukur ke dak tp yg tanya tuh cina so boleh dimaafkan sbb dorg tatau. tp yg melayu-islam nieh pi tanya lg apa kes.

ada skali juga sy di make up counter, dia trus trim tanpa menanya, uwaaaaa... berdetak jantung masa tuh. mslhnya, dorg take for granted since dah makin ramai melayu-islam yg trim eyebrows, meaning tak salah dah la. pengajarannya:kena warning awal2 kat mak andam/facialist bila mana saja nak buat pa pe kat muka nieh. huhuu..

Anonymous said...

itu la..org cina mana tau benda tu slh. Org islam sendiri ada yg ingat tak slh cukur kening psl benda tu dh biasa je skang. Tp benda yg biasa tak semestinya betul

Followers