"headless chicken" ?

Baca blog Kak Wan. Tentang "headless chicken". Tak penah dengar term ini. Lepas baca baru tau, orang yang tiada matlamat tu umpama ayam tanpa kepala la.

Tapi kenapa chicken yg diguna pakai ek? hehehehe. Agaknya ayam ni masa dia ada kepala pun dia jalan menonong-nonong kot ek? terutama masa nak melintas jalan. Geram tengok kalo masa ayam tertunggu-tunggu nak melintas jalan tu, hehehe. Binatang lain tak macam dia kot :D

Tapi kan, lipas boleh hidup beberapa hari jika kepalanya putus. Haaa, mcm mana tu? masih ada matlamat hidup nampaknya Sang Lipas tu walaupun kepala dah takde, hehehe.

Majlis Kawan Sekelas

Menghadiri Majlis Perkahwinan kawan baik di kampung. Kami dah berkawan hampir 14 tahun. Satu kelas dari darjah 6 sampai Ting.5 :)

Sepatutnya hari Sabtu (hari ni) ada Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) di sekolah. Saya dah tulis surat rasmi pada Pengetua, siap pegi jumpe, serah sendiri surat tu dan bagitahu kenapa tak dapat datang. Itu pun Pengetua cakap, nanti dapat Pengetua baru jangan buat gini.

Ceh! Pesanan gitu patutnya cakap pada orang yang tak pernah datang LDP lansung atau pada yang jarang-jarangggg tunjuk muka masa LDP. Saya ni bukan la nak bangga diri, tapi tak penah miss datang LDP ok! Lagipun saya dah cukup 7 hari tempoh kursus setahun. Dah memenuhi syarat pun.

Itu lah, kadang-kadang jadi jujur pun payah. Kita konon berbudi bicara la bagitahu sebab tak dapat datang. Ada sesetengah tu siap tak datang tanpa bagitahu pun dan cakap Pengetua dah nak pergi sekolah lain, so tak perlu risau.

Kesimpulan yang dapat saya buat, kadang-kadang pihak pentadbir ni hanya nampak orang yang buat kesalahan atau yang tak bagi komitmen sekali-sekala berbanding dengan yang selalu atau kerap buat kesalahan dan tak bagi kerjasama banyak kali. [just my 2 cents]

Ahhh, malas la cerita pasal kerja. Point utama adalah cerita Walimah Surina dan Hafriz :)

Ina nikah kat masjid depan rumah saya ni je. So saya pun pergi la menghadirkan diri. Lepas majlis nikah saya terus ikut family ina balik rumahnya.

Kawan-kawan sekolah tak ramai yang hadir. Saya dan Zila saja yang hadir. Ada yang ada hal lain, so tak dapat hadir. Ada juga yang katanya nak hadir di kenduri sebelah Hafriz di Banting.


Malisa kata gambar ni macam saya jadi orang ketiga, hahaha :p


Saya dah kenal Hafriz masa diorang jadi pasangan couple lagi. Saya suka jika asben kawan-kawan saya jenis yang boleh 'in' dengan senang. Boleh bersembang dan bergelak-ketawa. Takdelah kekok rasanya kan. Dan kita pun Insya Allah tak terputus hubungan dengan kawan-kawan kita...


Doa saya semoga Ina dan Hafriz berbahagia hendaknya hingga ke Syurga sana :)


_____________
Selesai 1 jemputan, 3 more to go :p




18sx [bawah 18 tahun JANGAN! baca]


Hey! I said under 18 years old cannot read this post!


Kenapa degil sangat ni? haha


Seperti biasa, cuti sekolah semakin hampir. Dan seperti biasa juga, musim mengawan datang

lagi! kuikuikui :p




24/10/09 - Padang Rengas, Perak [Surina & Hafriz]

01/11/09 - Felda Sening, Kota Tinggi. [ Eles PH27 . eles, i'm afraid i cant attend ur wedding]

21/11/09 - Padang Rengas, Perak [ Zalini]

05/12/09 - Jitra, Kedah [Lin PH27]



Panjang umur, tiada aral melintang, saya akan ke majlis anda semua. Thanx for the invitation :)




*** Shared on facebook








papadom


Yeah, dah tengok PAPADOM! Best. Suke. Gelak. Sedih. Ada la moral value :)







Pada 30 Syawal, Saya Buat Kuih Raya :p


Semalam saya teringin nak buat biskut raya. Dan ini adalah hasilnya. Biskut nestum yang "mega" [ten to the power of six!] senang nak buat. Resepi ini saya dapat dari seorang guru lelaki yang bujang trang tang tang di sekolah saya.



Kalau anda seorang perempuan, tak dapat nak buat resepi ni, den tak tau la nak cakap macam mana lagi. hehehehe :p **larikkkkk

Biskut ni saya buat pun sebab nak balas kuih raya sebekas yang Kak Sue, dental nurse kat klinik gigi yang saya selalu pergi tu bagi. Orang berbudi kita berbahasa ye tak?



*** oH, petang ni balik Kl!





Balik Kampung

Saya kini sudah berada di kampung. Cuti 4 hari dari hari Jumaat sehingga Isnin. Selasa mula sekolah balik.

Tapi balik kampung ni pun bawa pulang pending school works yang masih tak selesai. Iaitu filling up the Form 5's Sijil Berhenti Sekolah dan buat soalan Chemistry Ujian Percubaan Kedua SPM.

Semalam beli tiket bus Transnasional Kuala Lumpur-Kuala Kangsar dan Kuala Kangsar-Kuala Lumpur untuk tarikh 23/10/09 dan 25/10/09. Harga satu tiket RM21.60. Saya bagi sekeping note 5o. Sepatutnya baki pada saya RM6.80. Tapi perempuan di kaunter tu bagi pada saya RM28.40. Bermakna dia kira untuk satu tiket je. Masa terima baki tu saya pelik juga, kenapa tebal sangat baki duit ni. Tapi saya terus blah je sebab abah dah tunggu kat motor. Balik rumah kira semula. Memang sah dia silap.

Mak pun kata pegi la pulangkan balik nanti. Kesian dia, nanti mesti kena potong gaji sebab ada short. Hari Isnin nak balik KL nanti saya pulangkan lah.

Hari Khamis aritu pun dentist salah total up kos rawatan saya. Saya tampal 3 gigi dan buat scaling. Doc tak tambah harga scaling tu. Tapi Kak Sue, Dental Nurse kat situ kata, biar je lah, sebab doc dah tulis kat screen komputer tu dan resit otomatik print out. Takpelah, dentist tu dah kaya, sehari ribu-riban dia dapat :p

Saya terasa nak buat kuih raya la. Tengok lah petang-petang nanti kalau rajin ;)

Di"gerit" Cik Ti

Seperti yang saya tulis di fesbuk :

"Habis madu sepah dibuang. Dapat fesbuk, blogspot ku bersawang".


Tak tau nak tulis apa sebenarnya. Kebanyakan benda yang saya nak tulis saya laporkan pada fesbuk saja. Tapi hati tetap sayang pada Cinta Pertama, [baca : blog :p ]

Cuma nak cerita kat sini, Hari rabu, pukul 2.30 pagi sedang nyenyak tidur, tiba-tiba terasa macam kaki pedih. Saya pun bangun la. Pasang lampu, dan tengok kaki kanan berdarah. Ada kesan gigitan, macam 2 taring yang menyengat saya. Saya rasa tak sedap hati, takut lipan atau paling mintak simpang la.. Uuu..Uuuu...lar. Saya masuk bilik air dan basuh.

Lepas tu saya masuk bilik semula. Saya selak-selak cadar saya. Hujung kaki saya ada bantal lebihan. Saya angkat bantal tu. Sekali tu dia, nampak seekor tikus. Dia duduk atas raga hujung katil saya tu. Elok nampak saya, dia terperanjat, saya pun terperanjat, haha. Dia lari lintang-pukang masuk ke rak buku saya.

Lepas tu saya kata kat dia, " Keluar! Keluar!". Masa tu pintu bilik memang saya dah buka siap-siap lepas ke bilik air tadi. Dia dok kelam-kabut cari jalan keluar, akhirnya dapat la keluar ikut pintu bilik saya, menyelinap ke arah dapur, lepas tu saya dah tak amek tau dah. Asalkan dia keluar.

Sebelum tidur letak minyak Franch Oil then buat simple dressing. Masa tidur semula kaki rasa macam lenguh-lenguh. Risau juga, sebab terpikir, yang gigit tu tikus. Tikus ni bahaya la kan? Flat ni memang ada tikus. Masa bulan Ramadhan aritu takde plak dia muncul. Beribadat sepenuh hati agaknya.

Lepas tu tak tau nak pegi klinik ke tak esok. Kalau pergi mesti saya tak ke sekolah. Kena amek MC lagi. Kang apa pulak kata orang, macam reason tak kukuh je. So esok paginya saya pergi sekolah macam biasa.

Pukul 9 lepas kelas, lepak-lepak dengan membe dalam bilik guru, saya cerita kejadian sebenar yang berlaku. Lepas tu diorang semua kata kena pegi klinik, dapatkan injection. Lepas tu Kak naily temankan saya jumpe Pengetua untuk minta izin keluar ke klinik sebab saya takut kalau saya pergi sorang, Boss tak bagi keluar.

Rupa-rupa, lepas bagitahu, boss suruh pergi klinik cepat.

"Pergi pergi pergi. Bahaya tu. Pergi klinik cepat". Semangat dia cakap masa tu.

Saya pun minta izin untuk ajak Nora temankan saya ke klinik. Mula-mula kami pergi klinik kerajaan di Tang Ling. Masuk, bagi IC, tunggu untuk pendaftaran. Lepas bontot dah tak senang duduk pasal nak daftar pun tak panggil-panggil lagi. Saya cakap kat Nora nak ubah plan. Saya pun pergi ke kaunter semula, cakap tak jadi, ambil IC dan blah. Terus ke klinik depan rumah saya ni je. Kalau dari awal-awal pergi sini kan senang.. Klinik kerajaan memang la ramai..

Doc bagi injection dan ubat antibiotik sapu. Kena RM30. Hopefully takda apa-apa dah. Sampai sekolah, diorang gelak-gelak je kat saya bila saya masuk bilik guru. Heboh cik dayah kena gigit dengan tikus.

Kak Naily kata nasib baik dia tak gigit tang molot. Saya cakap, kalau tang molot, dia gigit, saya cium terus jadi Putera Raja la, hahahaha.




Open House Datang Lagi !!!

Kali ni rumah Cikgu Shamsul pulak di Bukit Puchong 2. Takde cerita sangatlah! Gambo pun ada 2 keping jer.


Tuan Rumah adalah yang berbaju melayu ceklat.


Balik dari rumah Cikgu Shamsul, singgah rumah Kak faridah di Kuarters Kerajaan Jalan Duta. Makan lagi. Hmmm, memang esofagusku tidak berhenti-henti dari melakukan peristalsis. Penat! Penat!

Esok mau puasa. Insya Allah.





Open House Siri II

Kali ini ke rumah Kak As di Gombak. Area Kg. Sg. Pusu. Ada perumahan baru buka atas bukit tu. Kak As beli rumah di situ la.

Kami tetamu paling awal yang datang. Oleh yang demikian kami telah diarahkan untuk membantu penyediaan makanan. Ala, tolong potong-potong ape yang patut jer ;p

Bergambo bersama Tuan Rumah. Kak As yang kain oren tu :)


Masa kitorang nak keluar, Kak Zi dengan Kak Afifah pulak sampai.


Kesimpulannya, bulan Syawal kali ni tiap-tiap minggu kami pergi Open House rakan satu sekolah :D




** I'm craving for Choc Fondue. Nampak gayanya bulan depan la baru merasa.




People In Need Handbag

Tadi di sekolah saya baru perasan bahawasanya handbag yang saya baru beli 2 minggu sebelum raya tu dah terkoyak di bahagian tepinya. Selalunya saya dapat pakai lama satu-satu handbag tu. Kali ni cepat pulak jahanamnya dan seperti biasa saya hanya akan menukar handbag bila benda tu jahanam atau rosak sahaja.


Agaknya masa raya hari tu banyak sangat benda saya letak. Kalau hari-hari sekolah pulak, segala pensel, pen, pembaris, pemadam, liquid paper pun ada semua. Malas nak keluarkan. Kadang-kadang stapler dengan penebuk lubang pun ada dalam handbag tu.


Saya hanya membawa handbag semasa ke tempat kerja, pergi kenduri dan open house. Kalau masa saya keluar beronggeng, lebih selesa membawa beg sekolah sandang belakang. Senang nak letak semua benda dan mungkin sekali lebih selamat dari handbag yang dikepit di ketiak. [Prevention is better than cure].


Walaubagaimanapun, penah dimarah oleh seorang makcik saya kerana katanya saya tak pandai bergaya sebab saya bawa beg sandang belakang semasa jalan-jalan. Atau dengan kata lain kurang ayu.




Seorang perempuan yang bawa handbag kepit di ketiak itu lebih anggun, ayu, dan jelita ea? Hmm, ada saya kesah? :p

2nd and 3rd Open House Invitation

Lokasi : Cheras
Rumah sape? : Open House rumah Rizal (orang pejabat sekolah kitorang)

Bergaya di depan rumah Rizal. Rizal adalah makhluk paling kiri dalam gambar.

Lokasi : Sungai Buloh Rumah sape? : Open House rumah Kak Ina ( bekas guru sekolah kitorang yang pindah sekolah tahun lepas)

Kak Ina yang memakai tudung biru.



Lokasi seterusnya....





Lokasi : Sungai Buloh (sebelah rumah Kak Ina) Rumah sape? : Rumah cikgu Hasrul dan Isteri. (Ini bukan open house. Kemasukan kami ke rumah beliau adalah secara terjahan!)


Bergaya dalam rumah cikgu hasrul, kerana cikgu hasrul membeli rumah contoh yang dideco oleh Eric Leong tapi menurut beliau sudah menjadi Erot Leong, hahaha!

Lastly bergambar dengan Kak Ti, isteri cikgu hasrul di depan SMK De*sa* Pe*rda*na*, dan bukannya di rumah deco Eric Leong, hehehe. Sebenarnya Cikgu Hasrul tolong tunjukkan sekolah ni pasal Nor kena pergi meeting jaga exam PMR di sekolah ni nanti :)



Kami bertiga keluar rumah jam 11.30 pagi . Huhu. Beraya sakan. Dari SMK De*sa* Pe*rda*na* kami singgah Masjid Al-Muhsinin yang berhampiran dengan sekolah tu pasal tak solat Asar lagi. Dah waktu-waktu genting time tu, hehe. Lepas siap Solat Maghrib kami chow balik sarang. Sampai rumah dah jam 8 :D



Open House Kak Sarinah

Siang tadi memenuhi undangan Open House kak sarinah di Rumah Kerajaan, Bukit Persekutuan. Kak Sarinah punye masakan memang sedap semuanya. Saya balun semua, laksa, nasi impit (kuah kacangnya sangatlah sedap), ayam goreng. Nasi je saya tak ambil. Tak sempat nak bergambo dengan kawan-kawan sekerja yang lain sebab kitorang sampai lewat sikit. Masa kami sampai, geng-geng yang lain dah nak balik. Dapat jumpe kejap jer.

Kak Sarinah yang masih cun walaupun dah berumahtangga :)

Dalam kereta Kak Esha. Sedang memangku anak Kak Esha, Afiqah. Ada gaya jadi mak tak? kuikuikui. Bab-bab anak ni nanti dulu lah. Aritu saya pegang anak sedara saya dalam shopping mall pun dah kelam-kabut dibuatnya. Saya pegi bahagian baju, dia pegi bahagian mainan. Saya tarik dia ikut saya, saya belek-belek baju, dia dah blah ke bahagian mainan balik. Hangin betul la! ;p


Nora kot yang ada gaya jadi Mak Budak, hahaha ;p


** Esok ada jemputan rumah terbuka lagi :)

Bilik Guru Kena Rompak!

Hari Khamis, pagi, masuk bilik guru, mula-mula tak perasan, sebab tempat saya elok aje seperti biasa. Tiada yang berubah. Lepas tu baru perasan, ada meja-meja rakan seangkatan yang bersepah bekas digeledah.


Meja Kak Siti yang teruk digeledah, mentang-mentang jadi Bendahari PIBG, hehehe. Penyamun tu tau je plak mencari mangsa-mangsa yang tepat, kekekeke. Tapi takde duit pun Kak Siti kan? Sumer sudah masuk itu bank ;p

Pencuri tu masuk melalui tingkap ni. Dibukaknya kaca ni.

Lepas tu elok je dia letak cermin kaca ni kat bawah. Ape-ke-punyer-bodoh kan?

Sebab lepas tu polis just cari thumbprint pada kaca tu je la.


Haaa, kan dah dapat thumbprint!

Kak Jan muka kegirangan kerana tempat beliau juga digeledah. Apa-apa pun, yang penting happy, hehehehe :D

Dan yang paling miracle! Tempat saya dan rakan-rakan jiran saya yang duduk di kawasan ini adalah selamat. Bersih dan suci. Tanpa sebarang penggeledahan. Sangatlah ajaib. Kerana mungkin kami berenam yang duduk di sini mempunyai pendinding yang tak bisa ditembus oleh penyamun ataupun perompak. Kami semua adalah golongan yang tulus, mulus dan halus, wakakaka!




*** Pada saya, bilik guru adalah tempat yang paling semak sekali di kawasan sekolah :p


Followers