Bila Nak Keluaq Ni???


Saya punya la teruja menantikan Anis keluaran terbaru bulan ini. Konon-konon nak tengok muka keluar majalah. Selak punya selak dari kulit ke kulit haprak pun takde. Mungkin bulan depan keluar kot.

Cuti lama selama 3 hari sempena Hari Merdeka lepas saya telah merajinkan diri pergi Bengkel Kek anjuran Majalah Anis di Intekma Resort, Shah Alam. Kursus dari 8 pagi - 5 petang dengan bayaran RM300. Ikut hati sayang jugak duit tu. Tapi sebab nak dapatkan ilmu, kusanggupkan juga. Pukul 6.30 pagi saya terkedek-kedek la ke stesen komuter, pergi ke Shah Alam seorang diri...oh, sayunye,hehe.

Disebabkan tak keluar majalah lagi, jadi saya keluarkan jelah di blog saya ni.

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us

Ni semua hasil tangan kumpulan saya dan saya. Pandan Layer Cake yang hijau tu tak menjadi,hehe. Yang lain semua jadi..alhamdulillah.

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us

Saya dah gian mahu buat kek. Raya lepas tak sempat nak tunjuk bakat. Cuti raya pun lagi 2 hari nak raya. Bizi itu ini itu ini ditambah dengan bizi beraya sakan, terus melupakan hajat di hati. Kalau la saya sempat buat masa Majlis Perhimpunan Keluarga saya tu, mungkin akan ada tempahan yang menanti,hehe. Takpe-takpe, next raya punya Perhimpunan Keluarga saya expose kek saya :p


Dah Balik Dah

Gr*nd C*nt*nent*l tu tak berhantulah!

Saya bukan pergi bercuti, tapi pergi berkursus. Tapi saya selalu je anggap berkursus tu bercuti. Best ape pegi kursus :D

Image Hosted by ImageShack.us

Ini adalah kursus yang ke-6 saya hadiri sepanjang saya mula kerja awal tahun dulu. Tapi kursus kali ini melibatkan semua guru satu sekolah.

Kalau dah namanya bercuti-cuti, kalau dah ada peluang tu pergilah meronda-ronda. Kami sampai hotel pukul 7 malam. Habis saja ice breaking pukul 11, saya pun meronggeng cari ikan bakar yang dikatakan femes. Pergi makan ikan bakar di Umbai. Takde la sedap benor. Sedap osmet saya buat lagi,hehe.


Nasib baik la tunang osmet saya berbesar hati sudi bawa kami jalan-jalan cari makan. Mungkin nasib kami kurang baik dapat kedai yang kureng sedap kot. Walaupun tak berapa sedap tapi tetap licin licau dimakan.


Ikan buntal yang comel. Rasa nak curi jerrr....


Malam terakhir selepas slot terakhir malam itu, kami sekali lagi keluar. Tapi kali ini ke Pantai Puteri. Makan-makan di bawah bulan purnama.

Kalau jabatan nak panggil saya pergi kursus lagi pun takpe. Silibus dah habis. Paper xm dah marking. Budak-budak datang sekolah buat bising. Saya pun dah pening...



Cau Cin Cau

Betul ke Grand Continental Hotel tu berhantu???

Tapi hantu suke perempuan sexxxxxxyyy je kan? Hahaha

Saya tak seksi ;;)

Ok lah, mahu pergi bercuti-cuti ke Melaka.

Permisi dulu ya bapak-bapak dan ibu-ibu sekalian.

56


Pn. K** bersara hari ini.

Saya????





















32 tahun lagi :p



Kalau panjang umur la...


Kerja Sukarela

Okeh! Disebabkan ramai sangat yang bertanya, (ramai la jugak pasal dah lebih dari seorang) maka saya secara sukarela dan berbesar hati untuk membuat satu entry khas yang akan memberi impak yang amat besar kepada salah satu syarikat gergasi di Malaya ini dan bakal menjadikan pemiliknya yang sudah sedia kaya menjadi bertambah kaya-raya. Dah la umahnya yang dalam pembinaan kat atas bukit sebelah sekolah aku tu dah macam tahap mahligai!

Begini ye Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian. Untuk menyertai Maxis Broadband yang macam bagusssssssss je menyebutnye nih, anda perlu la mendaftar dulu. Bila dah namanya daftar tu kena la mengeluarkan sejumlah wang hasil tulang empat kerat anda tuh! Anda boleh mendaftar di Maxis Centre ataupun di mana-mana cawangan maxis yang terdekat dengan anda. Kalau rajin nak pergi yang jauh pun takpe. Takde sapa larang.

Anda akan dikenakan cas sekali seumur hidup sebanyak RM188. Cas ini meliputi cas activation sebanyak RM100 dan juga cas installation sebanyak RM88. So jadi la RM188. Takkan tu pun tak reti nak kira kan? RM188 ni sekali je bayarannya. Bayaran tiap-tiap bulan pula bergantung pada jenis pakej yang anda ambil. Macam saya ni saya ambil pakej yang paling murah, RM68 sebulan.

RM68 ni meliputi kos sewa modem sebanyak RM18 dan selebihnya adalah access fees.

Image Hosted by ImageShack.us

Ini la ghopenye modem tu

Premium Package pula berharga RM98. Tinggi sikit la kelajuannya, 768 kuasa kuda. Kalau nak lagi laju (kudaku lari gagah berani) boleh la ambil USB modem dengan bayaran RM138 sebulan. Comel aje modemnya takde la besor gedebuk seperti gambar di atas. Tapi modem yang atas ni pun takde la besor gaban. Sedang-sedang aja.

Image Hosted by ImageShack.us


Seluruh KELANG VALLEY didapati mempunyai wireless broadband coverage. Untuk memastikan tempat tinggal anda mendapat coverage atau tidak, silalah bertanya pada maxis.

"U tinggal flat tingkat berapa?"

"Tingkat tiga..."

"Ok. Pasal ini wireless sampai tingkat 4 saja.."

Sekali lagi untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi orang-orang suruhan maxis.

Image Hosted by ImageShack.us

Modem akan dicocok pada laptop ataupun pc anda. Jangan risau, segala process installation akan dilakukan juga oleh orang suruhan maxis. Dia akan datang mengetuk pintu rumah anda. Tapi sebelum tu jenuh la jugak anda kena explen kat orang suruhan tu tang mana rumah anda. Abeh kredit gue!

Oh ya! Anda juga akan diberi telepon yang bernombor 012. Kalau nak guna telefon ni sambungkan aje pada modem, terus boleh call out and call in. Cas dia memang murah la. 15 sen seminit ke nombor-nombor maxis.IDD call pun murah. Malas nak citer pasal call2 nih, pasal jarang guna. Untuk 6 bulan pertama maxis dengan berbesar hati tidak mengenakan bayaran sewa ke atas telefon ini. Baiknyeeee maxis kan? kan? Baik la sangatttt....

Image Hosted by ImageShack.us


Untuk mengelakkan telefon ni selalu diguna oleh saya secara membuta tuli saya telah meletakkan telefon ini di bawah katil sehingga dihinggapi habuk. Kalau perlu aje baru saya guna. Baik kan saya? Seorang pengguna yang bijaklah kiranya.

Wah wah wah!!! Saya telah berjaya menjadi ejen maxis yang buat kerja secara free off charge! Memang buat kerja bodoh namanya nih,haha. Tapi takpe la, demi memenuhi pertanyaan kusanggup buat kerja sukarela nih. Mudah-mudahan dapat pahala, wakakaka!

So Touching...

It was a gloomy Saturday afternoon. A flock of birds was spending great time searching for food and playing on the main road. Out of the sudden, a big truck sped through... sad thing had happened again.
Image Hosted by ImageShack.us
Birds can feel too. Although this bird had already died, another bird flew over to her immediately, just like a family member, unable to accept the truth.
Image Hosted by ImageShack.us
Not long after that, another car stormed in causing the dead bird's body to whirl with the wind. The spouse noticed the movement. As if she was still alive, he quickly flew beside her again.

Image Hosted by ImageShack.us
He stayed beside her and yelled ... "WHY ARE YOU NOT GETTING UP!?"
Image Hosted by ImageShack.us
Unfortunately, she's no longer able to hear him. In the meantime, he's trying to lift her up.
Image Hosted by ImageShack.us
He, of course, was unable to bear the burden. Another car soon passed by. He quickly flew off. Once the car had gone, he came down again.

Image Hosted by ImageShack.us
Although other birds told him its useles, he never gave up. He was trying his best to lift her up to see her flying again. Another car passed by, her dead body whirled again as if still alive and trying to fly.
Image Hosted by ImageShack.us

He had used all of his energy, however...

The photographer said he couldn't shoot any longer. The photographer was so worried that the living bird was going to get hurt by passing cars. So he picked up the dead bird and left it at the roadside. The live one still lingered at a nearby tree as if crying with his singing and refused to leave.

Do humans have the same feelings nowadays? I wonder.


Note: Fwd from emel

Edisi Lepas-Raya-Kena-Kerja


Sekarang jam 12.46 tengah malam, dah masuk hari Selasa. Saya baru aje lepas semak kerja kursus Geografi. Dah lenguh-lenguh pankreas saya mengadap folio bebudak tu. Ada 77 folio kena semak. Baru dapat semak 15 buah. Itu pun pasal esok kena attend mesyuarat PBS Geografi. Kena bawak beberapa kerja kursus budak yang sudah disemak :D


"Hidayah, are u ok?". Tanya Ketua Panitia Geografi siang tadi. Dia tahu saya kena pergi mesyuarat tu.

"Ya, i'm ok. Kalo cakap tak ok pun, who will care, rite?"

"Jangan cakap macam tu.. we all care for u..."

Hahahaha, sengaja je saya cakap macam tu. Memang dah tau, tahun depan saya pasti kena ajar Geografi juga walaupun ia bukan option saya. Tapi takpe, saya enjoy mengajar Geografi. Lagipun ada certain-certain part yang relate dengan science jugak. Lagipun, subjek Geografi macam banyak guna common sense aje. So ringan la sikit kepala hotak saya. Cuma yang kurang suka bab kena marking kerja kursus la. Adoi la!!!

Sebelum puasa dulu kena pergi Kursus Peningkatan P&P Geografi. Best tengok cara Guru Cemerlang tu ajar Geografi. Patut pun dapat anugerah Guru Cemerlang. Guru paling muda dapat anugerah Guru Cemerlang tuuuu...So try to be like him. Kan best muda-muda dah jadi Guru Cemerlang. Dapat DG48. Baru la nikmat hidup! kekeke

Ok lah, nak masuk beradu dululah! Esok dah la meeting sampai 4 petang. Spoil lagi waktu beradu gue petang-petang :D

Eh, eh! Macam mana nak jadi guru cemerlang ni? Asek tido je yang lebih? Ada hati nak jadi cemerlang kononnnn... Piiiirah mabok!

Perhimpunan Keluarga di Aidilfitri

Salam Lebaran semua. Hari ini sudah Raya ke-4. Dan baru hari ini saya sempat berblog untuk melaporkan segala aktiviti saya di hari raya. So korang layan gambar aje le yer. Ini kira macam dokumentasi la gitu :p

Seperti 2 tahun yang lepas, kami ada perhimpunan keluarga. Ini adalah kali ke-3 kami berkumpul. Kali ini family saya yang jadi Tuan Rumah.

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us

Gulai tempoyak. Bergotong-royong masak ramai-ramai. Penat memang penat seh! Patut la orang kawen banyak yang kontrak jer...

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us

Kapten AnChik mengendalikan tugas-tugas memanggang

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us

"Ini Tok Mame". Tok Mame ni adek opah saya. Dia sorang je lagi yang ada. Panjang umo dia. Masa saya kecik-kecik dia ghajin bagi duit kat saya. Tapi saya tak boleh jawab "terima kasih, tok". Kena jawab "Alhamdulillah...". Dimarahnya kalo jawab "terima kasih".

Image Hosted by ImageShack.us

Semua ini mak-mak dara kecuali yang kena apit! haha

Sekarang bermula la acara memperkenalkan ahli keluarga masing-masing. Kami ini semua anak cucu cicit Hj. Hamid. Opah-opah kami ni adik-beradik. Saya sendiri pun tak berapa boleh nak ingat lagi salasilah keluarga sebelah ayah saya ni. Banyak sangat akar sampai ke pucuknya. Tak kira dahan dengan ranting-rantingnya lagi.

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Ok, tiba giliran abah untuk memperkenalkan ahli keluarga. Moyang kami ni nama dia Khalijah. Disebabkan family Khalijah yang jadi Tuan Rumah, maka banyak sikit la gambo-gambo kami yang saya boh ekkk! :D

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Majlis bersurai lebih kurang jam 6 petang selepas acara permainan untuk kanak-kanak dan juga acara jual-beli teka teki. Orang tua pun boleh take part. Teka-teki yang saya jual bunyi gini : Apa benda yang susah nak cari, tapi bila dapat kita buang. Haha, cuba la korang jawab :p

Ok lah, banyak benor dah gambo ni. Tahun depan panjang umur kita berkumpul lagi. Saya akhiri dengan ucapan, "Apalah ertinya hidup jika tanpa riang-ria bersama sanak-saudara" :D

Followers