Entry ini tiada tajuk

Geee...Geee...

Nak tau apa sudah jadi pada gigi saya. Dentist tanya mahu cabut atau mahu tampal?

"Which is better for me?"

"It's up to you".

"Ermm... Tampal je lah!"

Dentist pun mencocok ubat bius. Sesambil tunggu tu dia pi buat apa ntah? Lepas tu dia pun menggerudi gigi saya sesuke ati bapak tiri dia. Memang sejibik macam bunyi blender. Betoi kata Dr.Hafiz :p Tetapi ketakutan saya kepada blender lebih dulu dari ketakutan saya pada dentist. Macam mana tu? Haha.

Lepas dah setel semua dia cakap ape nak tau?

"In case u rasa sakit,u come here again, itu gigi kasi cabut. Kalau tak sakit aaa, u datang juga maa..kasi tuka itu tampal tuka sama permanent punya".

What the h**l is this?

Untuk memastikan sekali lagi saya tidak salah dengar saya ucapkan kembali apa dentist tu kata. Dia pun mengiyakannya.

"Nanti tampal yang permanent kena bayar lain la?"

Dentist tu mengangguk.

Apa kejad**nye tak tampal yg permanent terus kat aku tadi? @#%^$!

"Then kenapa doc tak tampal yang permanent aje tadi?"

"Nanti u rasa sakit...cabut saja la...itu pasai tampal sementara saja dulu".

Apakah konsep yang digunakan oleh dentist ni pun saya tak tahu lah. Sudah la terbang rm51 hengget masa tampal tu. (sape suh datang kat swasta, padan muke!) Nanti nak kena tampal yang permanent pulak. Tak penah pulak zaman sekolah dulu ada tampal-tampalan sementara ni. Sampai sekarang memang saya tak rasa sakit gigi, tapi tak tahu la sampai bila tampalan sementara ni boleh bertahan. Geramnya hati. Saya punya la pujuk hati sendiri jumpa dentist tu, siap rasa nak patah balik je bila sampai depan pintu klinik tu. Kenapa tak tampal permanent je? Kot sesapa faham konsep gigi-gigi ni sila la beri penerangan pada daku. Isk..isk..

Kak Luna

Terima kasih kak luna kerana sudi mencemar duli datang ke teratak hamba. Jumpa juga akhirnya ye :P Sorry la jika layanan tidak memuaskan. Tak ada makanan pun, teruk betul! :D

SIARAN TERGENDALA SEKALI LAGI... HARAP MAAF

Seperti yang sepatutnya terjadi, siaran dari blog ini akan mengalami gangguan satelit sekali lagi.

Bila la nak dapat gaji ni :-w PULANGKAN DUIT KAMI!!! KAMI MAHU KEADILAN!!! KAMI PERLUKAN WANG!!! KAMI TIDAK SANGGUP BERHUTANG LAGI!!!

Menurut mereka yang bertanggungjawab, 25hb ini duit masuk. Ye, saya tunggu, saya akan lihat, saya akan cek di akaun maybank saya. Saya akan cocok kad tu ke mesin. Err....tapi...saya dah lupa la paswed kad maybank tu. Apa ye? Maklum la sudah hampir dua tahun akaun tu kering. Ooooo ye sekarang saya sudah ingat! No. paswed ATM card saya adalah ******;)

Perkara pertama saya akan buat jika duit masuk adalah membayar hutang pada Ah Long. Eh, bukan! Pada mak saya. Tetapi mujur ada diskaun ;;)

Tak nak balik! Tak nak balik kolumpo! Uwaaaa... bencinyeee :(

"Malasnyer nak ngajo semula...".

"Malasnyer nak blajo semula...". Sahut adik saya.

Rupa-rupanya kedua-dua belah pihak ada vitamin M. Ini semua gara-gara cuti lama sangat la,ehe.

Tetapi disebabkan saya sudah menyanyikan lagu :

Kami guru malaysiaaa....
Berikrar dan berjanjiii....
Mendidik dan memimpin....
putra putri negara kitaaaa....
ooo ooo .. shalalalala... ooo yeahhh! --> sound effect!

Maka dengan ini, saya terpaksa pergi dulu untuk menjalankan amanah. Sehingga bertemu lagi :-h


Geeee...Geeee

Macam mana ni? Dua tiga hari ni tahap kesakitannya semakin bertambah pulak. Dari tahap nano kepada tahap tera pulak dah.

Adehhh...Nak pegi ke tak nak pegi. Nak pegi ke tak nak pegi. Takotttttttnye!!!

"Dib, dia bius ke tak?"

"Dia bius, kalo cabut dia bius la...tapi kalo tampal dia tak bius".

"Kalo dia bius, dia cabut sakit ke tak? Boleh tak aku nak suh doc tu bius satu badan aku, bior aku tak sedor, pastu nak cabut, cabut la".

Semalam lagi sekali dia sakit. Rasa nak je pegi klinik masa tu jugak. Tapi rasanya masa tengah sakit, doc takkan cabut, kan?

Tapi bila dia dah tak sakit, aku memang takkan rasa nak pergi klinik,hahaha!! Tapi kena pegi jugak la. Buatnye sakit masa kat sekolah nanti, tak pasal-pasal bangku kerusi meja melayang kat bebudak tu pulak. Tambahan pulak bebudak tu ade je benda yang menghaginkan aku depa buat.

Pergi jumpa doctor gigi la sesatu benda alah yang paling saya tak berani. Ada dua benda yang paling saya takut masa kecik sebenarnya. Pertama adalah doctor gigi dan lagi satu yang paling dasyat adalah bunyi blender :D Kalau setiap kali mak guna blender, dengar je bunyi mesin tu terus menyorok belakang pintu. Ntah-hape-hape-ntah! Ada ke bunyi blender boleh takut. Bunyi blender tu setakat masa kecik je la. Tapi jumpa doctor gigi sampai la dah tua cenggini pun takut lagi.

Sudah hampir 10 tahun tak berurusan bab-bab gigi ni. Petang ni kena pergi jugak la klinik gigi. Saya amat berharap mendapat doktor lelaki yang hensem dan menawan kalbu. Supaya saya terpersona dengan kehenseman beliau 8-> seterusnya saya tidak akan sedar apa yang dia sudah buat pada gigi saya :D

*Doktor yang hensem memberikan kesan aura yang sungguh menakjubkan! Ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri, kekeke. Doctor perempuan amek darah punyer la sakit . Tapi semenjak doktor lelaki yang hensem mengambil sampel darah ku, kurasa macam nak bagi semua darah kat dia. Hari-hari tunggu kat katil spital kot dia nak amek darah lagi,haha ;)

Ok lah geng! Doakan saya selamat di klinik gigi tu nanti :-S

Ringgit Kasorga

Suatu hari di pertengahan tahun 2001, seorang budak perempuan membeli pisang goreng cicah kicap pedas di sebuah cafe di bumi penuh adat. Dia menghulurkan sekeping not RM1. Tetapi tiba-tiba dia menarik semula tangan yang dihulur itu lalu memasukkan semula not itu ke dalam beg duit.

"Eh, dik! ekau bagi la kek makcik duit singgit lamo tu.."

Tiba-tiba keluar suara dari arah dapur cafe.

"Duit singgit lamo? mano? mano?"

"Ni ha, adik ni ado duit singgit lamo.. ," kata makcik yang mula-mula tadi.

"Bagi la kek kami dik", kata mereka lagi.

"Makcik nak ke? Err..amek duit baru ni la..," kata budak perempuan itu.

Setelah pembayaran dibuat dia pun mem'blah'kan diri untuk menikmati pisang goreng cicah kicap pedas. Makcik dua orang itu kelihatan keciwa ya amat! haha..padan muke!!

Sejak dari hari itu budak perempuan itu pula telah menjadi begitu obses terhadap not seringgit lama. Ini mesti gara-gara kena sumpahan makcik cafe berdua tu. Dan ini adalah hasilnya...

Image Hosted by ImageShack.us

Saya tidak pasti sama ada makcik cafe berdua itu masih menjadi pengumpul tegar lagi ataupun tidak. Saya berharap sangat makcik-makcik itu telah berputus asa untuk mengumpul, hehe.

Pada penghujung tahun 2006 pula saya terbaca satu artikel di dalam KOSMO tentang kedai yang mengumpul duit-duit lama. Pemilik kedai menyatakan dia membeli wang-wang lama jika ada yang ingin menjual. Yang paling mengujakan saya, pemilik kedai itu meyatakan dia juga membeli not seringgit lama dengan harga Rm300 sekeping. Wow!! What a wonderful world! :-O

Malangnya suratkhabar KOSMO itu telah saya dermakan secara tidak sengaja ketika beberapa orang junior datang ke bilik untuk mengutip suratkhabar lama sempena kempen kitar semula #-o Saya pula tak ingat tang mana letaknya kedai duit lama tu.

Sehingga kini saya telah mengumpul 57 keping not seringgit lama. Kot ada sesapa ingin menambah anda amat dipersilakan,hehe. 57 keping sikit sangat kalo nak jual pun,ngeh ngeh!

57 keping x RM300 = RM17 100 B-) Macam-macam jugak ku boleh beli ni :-?

Lagi-lagi Kenduri Kawen

Tensen toi! Asik tengok orang lain je kawen. Diri sendiri bile la nak kawen :-? haha! Semalam sempat pergi ke majlis kawen Linda, rakan sekolah menengah satu kelas. Ini adalah rakan sekelas no.2 menjejakkan kaki atas pelamin. Hujung tahun ni ada lagi seorang akan naik pelamin juga.

Image Hosted by ImageShack.us
Comey kan?

Image Hosted by ImageShack.us
Bila pulak turn diri sendiri nak kawen ni ar? :-?

Image Hosted by ImageShack.us
Saja letak muka asben Linda, mana tau kot2 membe hangpa yang dok baca blog ni. Donia ni kan kecik ja,hehe. Mereka berdua ni kerja di Jabatan Perdana Menteri. Tapi Pak Lah takdak plak datang, sebok kot nooo... :D


Apa Itu Hayad?

Hayad wujud setelah pemiliknya dah-tak-tahu-ape-lagi nama yang cam best untuk dijadikan id. Walaubagaimana pun id yang tetap menjadi pojaan hatiku adalah tudung_periuk. Sekian lama telah saya gunakan id ini sejak dari saya menjadi celik IT pada awal tahun 2002. (Lambat kan saya celik IT,hehehe). Tapi takpe, at least celik jugak. Better late than never :-p

Jika digoogle, anda akan temui HAYAD merupakan sebuah persatuan di Turkey.

Image Hosted by ImageShack.us

Ada macam-macam Hayad lagi la. Siap ada Hayad Clinic kat Chicago lagi. Kalau saya ini doktor kan best, boleh bukak klinik nama Hayad Clinic ;-)

Suatu hari di sekolah...

"Hayad!" Kata seorang guru.

Saya amatlah terkejut beruk :-O Ah, sudah! Adakah saya tersalah dengar? Atau saraf auditori saya telah mengalami mutasi?

Wahhhh!! femes juga aku ni yer? Sampai ke sini orang kenal,hahaha. Dengan tiba-tiba juga hidung saya semakin tinggi tetapi nasib baik tidak kembang-kempis,hiks!

Ni yang tak best ni. Tak boleh pula saya nak menulis entry kutuk-mengutuk dan gosip-gosipan tentang sekolah :-> Apa-apa pun kepada cikgu Saleh, sekiranya anda membaca tulisan saya ini, terima kasih kerana memanggil saya Hayad sejak hari itu :-)

Followers