GTH

Image Hosted by ImageShack.us

Ramai yang bertanya, seronok ke jadi cikgu? Mesti seronok jadi cikgu kan? Bestnyerr jadi cikguuuu? Itu jawapan orang. Bagi saya yang masih baru ini, saya masih belum nampak akan seronoknya menjadi cikgu. Sebaik sahaja habis taklimat di jabatan, setelah kami dimaklumkan segala macam agenda pendidikan, di’brainwash’ akan tanggungjawab guru, saya seakan tersandar ke belakang meleperkan diri dan menjadi lembik seperti sotong lalu menggelongsor dari kerusi tersebut terus ke lantai.

“Susahnye jadi cikguuu,…kenapa aku jadi cikgu ar?” Itu pula terdetik di hati saya.

Guru tidak hanya harus mengajar tapi juga mendidik. Mendidik manusia tuuu..ingat senang ke? Kalau mengajar je senang la. Guru akan sentiasa diperhatikan oleh anak-anak muridnya dari atas sampai bawah. Ingat senang ke nak maintain cun kalau semua orang dok perati! :p

2 minggu yang pertama ini memang saya terasa amat bebannya. Wajarlah saya rasa payah. Orang baru kan. Lain la dah lama. Senior-senior kata, memula aje susah, dah lama-lama nanti kita dah biasa. Yer, harapnya begitulah. Saya tiba-tiba membayangkan kenapa saya tidak kerja dengan mesin je. Mesin yang tiada boleh bersuara, bergerak, dan tidak mempunyai perasaan.

Sekolah

Image Hosted by ImageShack.us

Saya mengajar di SMK... (baca sendiri logo di atas). Tak perlu saya cerita banyak, pasti semua sudah tahu. Saya terpaksa berdepan dengan anak-anak didik yang memang tidak tahu lansung perihal luar bandar dan kampong, jurang mereka amat jauh dengan luar bandar. Bahkan terasa seperti jurang saya dan mereka juga jauh. Bayangkanlah, cikgu di situ bercerita semasa majlis buat bubur asyura, kebanyakan mereka tercengang-cengang dan melihat dengan pelik bubur asyura itu. Amat sedikit dari mereka yang makan. Saya rasa kalau saya tanya apa bezanya pacat dan lintah serta lembu dan kerbau, pasti mereka jawab sama jer,hahaha.

Semasa hari sukan, bukan bihun atau kuih muih yang dijadikan makanan untuk rumah-rumah sukan, tapi Burger King! Mak bapak kaya tak kesah la. Mereka banyak disponsor oleh ibu bapa. Ada satu cikgu tu kata, kalau bagi bihun ke mee ke mereka tak makan, akhirnya nanti terbuang.

Oh ya! Sekolah saya itu ada 4 blok bangunan, dengan setiap blog adalah setinggi 4 tingkat. Memang kena makan spirulina banyak-banyak. Kalau pregnant saya tak tahu la macam mana,hahaha.

Guru-guru

Sekolah saya ditadbir oleh seorang pengetua perempuan yang setakat ini ok, tidak cerewet saya kira. Beliau seorang yang bertudung labuh, dan saya selesa juga dengan beliau. Guru-guru yang lain juga amatlah mesra alam. Baru sehari saya di sana, saya sudah berasa amat selesa dan tidak kekok serta janggal. Jika ada yang saya tidak faham, tanpa segan silu saya akan bertanya pada mana-mana guru. Saya tiada malu-malu untuk ke kantin dan makan dengan mereka yang ada di situ tanpa perlu menunggu membe-membe yang juga guru baru seperti saya. Tak macam semasa saya praktikal, selagi Hema tiada saya tidak akan ke kantin jika tanpa dia. Dia juga begitu. Pernah sekali Hema MC, maka saya pun terpaksa menahan lapar :p

Minggu pertama saya di sekolah, saya sendiri yang mengalami kejutan budaya :p Maksud saya budaya berpakaian di sekolah. Saya perhatikan di sekolah saya ini, nak pakai seksi pun boleh. Ada guru-guru lama yang berpakaian voogie da vass jugak woo. Tapi tak ramai, ada seorang dua guru melayu, guru bukan melayu tu lain ceritalah! Skirt atas lutut, kain baju yang jarang, baju kurung moden yang ketat… ermm, mungkin sebab sekolah bandar kot. Entahlah, saya pun tak tahu, kan saya kata tadi saya mengalami kejutan budaya :p Setakat ini pakain saya hanyalah baju kurung dan ada selai dua kebaya labuh. Lepas ni tak tahu lah kan?? hahahahaha. Tapi yang pasti saya tidak mungkin akan pakai skirt atas lutut :p

Apa-apa pun saya suka hubungan antara guru yang baik-baik sekali. Masuk aje bilik guru kita akan rasa amat lapang kepala hotak.

Anak-anak didik

Sekali lagi saya mengalami kejutan budaya. Mana tidaknya, sekolah tu memang fully english environment. Dengan guru-guru tidak lah sangat tapi dengan anak murid. “Aku ni ngajo kat sekolah Malaysia ke ngajo kat negara omputeh ni?” Tambahan pula saya mengajar science yang memang dalam bahasa Inggeris.

“Well, class, I’m eating belacan and not eating keju!” Haha.. lancar aje mulut saya mengeluarkan ayat tu semasa sesi perkenalan.

“Budu cikgu?”

Ceh! Tau juga hang budu ek? Sabo aje la budak-budak nih.

Mereka semua sangatlah excellent bahas Inggerisnya. Saya pula tidaklah seterer mana. Setakat boleh membaca English, faham, boleh menulis sikit-sikit, tapi untuk bercakap seperti air itu tidaklah sangat. Maka dengan itu saya terpaksa memporak perandakan pengajaran saya dengan menggunakan 50-50 penggunaan bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Dengan kelas form 1 ok lagi. Mereka tak kisah. Tapi ada satu kelas form 2 tu, ada seorang budak perempuan yang pada mulanya saya ingat Chinese, rupanya Melayu, nampak kurang senang dengan saya sambil menunjukkan muka-muka sinis.

Sedang saya membelakangkan kelas untuk menulis soalan di papan putih, dia tiba-tiba cakap, “ This is English class..”.

Saya segera berpaling pada dia dan saya lihat dia seakan-akan berbisik pada rakan di sebelahnya.

“This is not English subject! This is Science subject!!” Saya bertegas membetulkan ayat dia yang kononnya kelas saya ni kelas English. Mungkin sebab saya menggunakan kedua-dua bahasa Inggeris dan Melayu jadi dia tidak puas hati. Mentang2 dia terer cakap bi. Pooodaaah!! Budak-budak sekolah tu memang pandai English, tapi sekadar lancar bercakap. Kadang-kadang nak buat karangan pun tak reti. Dan bukan semua content science itu mereka tahu. Sekadar berlagak yang mereka itu lancar berbahasa Inggeris. Sampaikan Pendidikan Islam juga mereka mahu jawab dalam bahasa Inggeris.

Tapi bukan semua la macam itu, dalam satu kelas tu adalah seorang yang jadi hantunya. Sedangkan kawan-kawannya yang lain ok je. Ada di antara mereka yang very nice dengan kita, ada yang kureng. Kadang-kadang saya fed up juga tapi bila mengenangkan yang nice dengan kita tu, itu la jadi penawar. Ada di antara mereka yang sebaik habis kelas terus salam dan cium tangan kita. Manalah tak meruntun jiwa raga, padahal saya mengajar tidaklah sebaik mana pun. Saya juga dalam proses belajar cara bagaimana hendak mengajar orang.

"Kak Lida, tentu senang akak ajor BM kan? Tak payah cakap bi," kata saya pada senior di situ.

"Senang apenyer? Kadang2 kena translate bm tu ke bi. ada perkataan bm yang diorang tak phm. Melayu ke Cina ke sama je. Kena jgk explain dlm bi kdg2"

Kadang-kadang soalan mereka juga boleh buat kita sesak nafas dan jantung berhenti seketika. Memang jadi guru ni kena tahu segala cekadak mak nenek semua. Hatta lipan ada berapa kaki pun kena tahu. Menurut cikgu-cikgu yang dah lama di sini, adalah perkara biasa anak murid membetulkan ejaan kita, pronouns kita… Kita ambillah ia sebagai suatu yang positif untuk memperbaiki diri.

Kebanyakan dari mereka ini pergi tuisyen. Jadi tidak heran jika anda mengajar di depan, segelintir saja yang memberi tumpuan. Ahh.. Sakit ati memang la sakit ati...

"Cikgu, saya pergi tuisyen, dah sampai bab 3!" sambil buat muka berlagak. Sedangkan saya baru mahu mula bab 1. Kalau semua satu kelas tu pergi tuisyen sampai bab 3, senanglah kerja saya, saya sambung aje bab 4! Tapi bukan semua pergi tuisyen.

Ada sesiapa yang ada idea untuk saya atasi pelajar yang berlagak pasal sudah pergi tuisyen ni? Kak aminbakish! Tolongggg!! hehe

Semasa Hari Muhibbah seminggu sebelum cuti sekolah lalu, saya duduk makan bersama dua parents Melayu. Kebetulan anak mereka di tingkatan 1 saya yang ajar. Seorangnya lawyer dan seorang lagi saya tak ingat pula kerja apa. Mereka juga bersembang menggunakan bahasa Inggeris dengan saya. Saya pun pelik, adakah bila kita menjadi golongan professional, maka kita perlu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris di rumah dan di luar rumah? Kalau Chinese or Indian saya tak kisah lagi. Tapi melayu? Eh, macam sensitip je isu ni. Abaikan je lah :p

Dan saya rasa saya perlu ke British Council selepas ini supaya saya juga setaraf dengan golongan professional ini. To all bloggers, wait until my blog turns to fully English version after dis!! Hahaha :p

Oh ya! Masa hari muhibbah tu Shiela Majid ada datang, bersama dengan suami mudanya yang encem tu. Tapi saya tak sempat mahu mengintai mereka, atas sebab kesibukan tugas yang lain. Anak dia ada di tingkatan 2. Kalau tidak, bolehlah saya menayangkan gambar saya berposing bersama suami Shiela Majid, suami yer, bukan Shiela Majid :p

Di sekolah ini juga amat payah mahu detect yang mana melayu atau bukan melayu, secara tak lansung susah mahu detect sama ada dia itu Islam atau tidak. Yang saya perhatikankan hanya ada 3-4 orang sahaja yang bertudung. Tambahan pula ramai di antara mereka yang mix. Amat payah untuk mendengar "Assalamualaikum cikgu" ketika bertembung. Yang banyak adalah "good morning teacher" "good afternoon teacher".

Kesimpulan

Macam laporan gitu :p Setelah apa yang saya alami semuanya ini, mahu tidak mahu saya harus jalaninya juga. Saya tak sepatutnya lari dari situasi yang tidak selesa ini kerana mungkin ada kebaikan yang menanti saya di kemudian hari. Saya hanya ingin menjadi seorang guru yang berjaya melunaskan semua amanah yang diberi. Saya kepingin jadi GTH - Great Teacher Hidayah :p Doakan saya yer kawan-kawan!

*saya kembali ke kl petang ini. sebelum itu akan ke Serendah dahulu. stay semalaman, dan terus ke kl esoknya.tp tidak terus balik ke rumah makcik, tapi melepakkan diri di hostel fakulti kejuruteraan UPM. untung saya ada ramai kawan usm yang juga tercampak ke kl dan sekitarnya*

43 comments:

Ina said...

Hmmm patutla mak saya penah cakap kat saya, "Ingat senang ke jadi cikgu?". Hehe dah baca citer Dayah ni baru la nampak cabarannya kan. Yela mana nk tau sbb mak saya pun tak penah plak citer ;P. Tapi mmg mcm tu lah selalu saya dgr kalau mengajar sekolah luar bandar lagi enjoy. Tapi tula mana2 pn ada cabarannya masing2. Ha'ah kan lagi senang keje dgn mesin tak payah bercakap.

Tapi peliklah org skrg. Kenapa nak hilangkan kemelayuan tu kan? Mmg tak salah nk excellent dlm BI tp budaya kemelayuan dr segi sikap dan sebagainya tu pun perlu diangkat jugak kan. Papepun rasanyer sbnrnya ibu bapa la yg perlu main kan peranan penting. Benda ni semua start dr rumah.

Anyway Dayah selamat balik sekolah. Good luck :)

akirasuri said...

wah! cikgu sudah menunjukkan taringnya.

selamat menjadi cikgu yang besh :)

Anonymous said...

dayah dayah .. usahlah mengeluh sbb masih terlalu awal lagi. cari carilah maklumat tentang psikologi menghadapi bebudak lorat camtu. jangan sampai ketuk kepala budak dengan kasut tumit tinggi. itu cikgu yang tak cukup ilmu.

Hafiz said...

biasalah tu. kalau mengajar di luar bandar, lain pula cabarannya. Pelajar di luar bandar kadang-kala hilang semangat utk belajar dan lebih berminat utk bekerja. dan yang pasti, tak ramai akan pergi ke pusat tuisyen.

rasanya di bandar, dah jadi budaya utk speaking english ni. oleh sebab itulah, budaya tu terbawa-bawa ke sekolah.

kuatkan hati hadapi cabaran. semoga berjaya menjadi GTH yer :).

Anonymous said...

ina--> mak ina cikgu ek? tak susah kot kalo dah berpengalaman :D

akirasuri--> mekaseh, ingat daku dlm doamu :P

jeff--> sek tu nk ketuk? mmmg dtg la mak ayahnye.depa sumer kan manjaaa...

hafiz_238--> aah, luar bandar ke bandar ke msg2 punyai cabaran yg tersendiri. mn ada benda yg takde cabaran kan? nak melakukan penyahtinjaan pun penuh dgn cabaran,hiks :)

Anonymous said...

erm..ina, ngajar sek luar bandar x sebest disangka.sy slh sorang cikgu luar bndr..dicampak ke swak lagi! di swak pula, dihantar ke kaw plg hulu...kapit...kat sana, cabarannya lain..lawat http://hayah-madani.blogdrive.com

ngajar budak luar bandar susah jugak..selain kite tpaksa adapt ngan budaya dn persekitaran yg memang x penah kita alami, bdk2nye meberi mslh juga...jgn kata mak bapak tak de masalah; parents ank murid sy di kapit hantar surat pd cikgu br (sek sy jugak) sbb x sempat semak buku anak die beberapa m/surat....siap jumpa cikgu tu lg...sy juga penah kena...sbb x sempat semak buku anak die (hny beberapa ms)...

taun lepas parents tu siap nk tgk lesson plan cikgu ngajar! ntah apa2...dia takdak hak nk wat cam2.

ngajar anak2 luar bndr kdg2 buat kite takdak mood..setengah kelas x reti membaca. dtg sek suke2 sembang, main2.pakaian hitam legam kotor...tambah anak2 iban...ibu bapak dtg jumpa sy psl anak die (sy guru kelas) ckp ngan sy bhs iban. sy ckp bhs melayu. mcm ayam bercakap ngan itik. dua2 tak paham.

dayah, sy pun tensen gak...rasa nak sgt transfer blk smenanjg.:(

achik said...

dayah, chaiyok! chaiyok!

Anonymous said...

kalau speaking in english tak bermakna hilang kemelayuan..
kalau speaking in english tak bermakna juga hilang ke'cina'an.
take it as challenging.
be positive
everything will be ok!

Anonymous said...

maza--> yer, btul maza. kdg2 mengajar di luar bandar lebih susah dari di bandar.
sy ingatkan mak bapak kt bandar ni je komplen mcm2, psl buku rekod mengajar sumer, rupe2nye kt hulu sarawak sana pun sm? huhu

achik--> mekaseh achik :)

ruru--> yer, btul. tp kdg2 anak2 itu semacam sudah jadi berlagak dan tidak mahu lnsung ckp melayu lalu memandang guru2 yg tak pandai berbhs inggeris seakan rendah tarafnya.
Tp yer, sy perlu ambil sbg challenge.bhs adalah sesuatu yg boleh kita belajar dan praktik. good luck to myself! ;)

13may said...

wah wah wah:)

Anonymous said...

saya punya keinginan untuk berada disekolah yg begitu. best tu dpt communicate dlm b.inggeris. kalau tetiap hari saya ada kat sekolah tu sure SPM nanti PAPER b.Iggeris dpt A1.tapi kena ler terima hakikat sy budak sekolah luar bandar jer...

Sunan_Jati said...

very nice blogs...
hhahaahhahah!

Ina said...

To MAZA. Ha'ah memang betul sekolah luar bandar pn byk cabaran. Mcm mak saya skrg ni mengajar di Sabah sbb ikut ayah saya yg bertugas di sana. Mmg banyak sangat cabaran yg tak disangka2 n mmg pelik2 mak saya ceritakan kt saya. Tapi mungkin lain pressure nyer antara sek luar bandar dgn bandar. Tapi tula mak saya dah berpuluh2 thn mengajar so dia dah biasa dgn kedua2 keadaan sek luar bandar dan juga bandar. Papepun terpulanglah pada cikgu tu kan untuk sesuaikan diri dgn keadaan n tugas. Good luck pada awak jugak =D

To RURU. Yup that's true speaking in english doesn't mean we lost our Malay identity. But taking from Dayah's story regarding the girl who talked behind her back about '..English class..instead of..Science subject..' wasn't an appropriate attitude tho'. Apa yg ingin saya maksudkan ialah kdg2 apa yg kiter buat tu perlu kena juga pd masa dan tempatnya. Sebab ramai juga yg seolah2 berbangga sangat dengan kebaratan, bukan sahaja bahasa malah sikap, pergaulan, pemakaian, pemikiran dan sebagainya. Yup, whatever it is we take it as challenge to ourselves and give room for improvement! =D

Hehehe sorry ye Dayah terpanjang lah pulak =P

kakLuna said...

bila dh namanya kerja...mmg takde yg senang...tp buleh la kalau kita nak meluah sesama sendiri,supaya kita dpt lebih bersyukur dgn apa yg kita dpt..

kdg2 kesian juga tgk anak2 skrg..mereka lebih bangga dgn pengetahuan inggeris berbanding pengetahuan agama.

Kemat said...

selamat bergelar cikgu, guru, pendidik.. sematkan keazaman untuk berjaya dalam cita2 anak muridmu..

izinni said...

cabaran ada dalam mana-mana kerja sekalipun. cabaran seorang guru memang besar sebab melibatkan manusia yang akan jadi generasi pemimpin di masa depan. sebab tu aku tak nak jadi cikgu. cukuplah jadi cikgu sandaran 6 bulan .. dah cukup buat aku tahu yang aku bukan seorang guru yang baik.

dayah,
aku bekas budak sekolah ala-ala sri hartamas tu la ... jenis speaking. tapi aku speaking melayu la banyak! hahahhahaa ... the truth is budak2 ni tunjuk lagak sebab diaorang rasa diaorang superior dari cikgu semata diaorang terer ingris. tapi macam yang ko tulis la kan .. karangan pun out!!

pasal tuisyen tu ... aku rasa ko suruh budak2 tu buat essay tentang subject science bab 1 yang depa kononnya dah belajar. suruh depa explain kat ko in writing apa yang depa paham dari bab 1 tu. suruh depa buat time ko bagi lesson pada yang tak gi tuisyen. pastu next lesson ko suruh budak2 tu explain pemahaman depa depan class based on their essays, and the rest of the class can ask questions for the pupil to answer. ko bantu kalau depa perlu bantuan. kalau depa bagus, ko puji secara berpatutan. dengan cara tu, aku rasa students ni akan lebih appreciate cikgu sekolah sebab depa tahu susah sebenarnya nak jadi cikgu ni. kalau ko nak jadi student yang tanya soalan loklak pun ok gak. hehhehe

errr buleh ke buat camtu? hehehheeh .. kena cari pembaharuan dalam mengajar ni.

Lea Dzahir said...

dayah.. mana2 tempat pun pasti ada cabarannya.. anggaplah ia satu cabaran dan pastikan dayah leh atasinya.. insya'Allah..

setuju ngan izinni.. if let say (speaking lak) they told u (some of them) dah belajar til 3rd chapter.. why not dayah buat kuiz utk diorg.. macam dayah terangkan satu perkataan sains tu.. then tanya la budak yg kata dah belajar tu.. tengok sejauh mana dia faham istilah sains tu.. senang jer.. dayah kan ada belajar pedagogi n psikologi kan.. i believe u can do it dayah.. chaiyok!!

tuan tanah said...

Ganbatte-ne!

p(^o^)q

Sunan_Jati said...

GTH
Great teacher Hidayah...
wahahahaha...
aku pun suka tgk GTO...
Great teacher Onizuka...

Pa'chik said...

weh, aku tak nak komen yang lain-lain, tapi pasal peknen tu.

hamboih-hamboih, hari tu baru kecewakan mamat gelojoh tu, hari ni dah cerita pasal peknen ye.. haha..

Unknown said...

budak skoLah sekarang dasat! pandai dan belagak.. terima je la hehe

zwitterion said...

anggap sebagai cabaran..go go power rangers..:)
sonok mengajar ni..

Ayaq said...

Haaa akak tuleh blog neh kang satu hari student akak jumpe blog neh hohoho kantoi...

Anyhoo.

Mai saya trai pi masuk sekolah tuh. Habeh semua cakap Penang nanti muahahaha.

Unknown said...

Dayah, budak2 yang banyak songeh tu kadang2 perlukan perhatian. Tegurlah mereka. Beramah-mesralah dengan mereka. Adakalanya, dapatkan idea daripada mereka. Bila mereka berasa diri mereka dihargai, penghormatan akan mereka beri kepada kita. Jadi berbaik-baiklah dengan mereka.

Memang geram dan menyampah kalau ada anak murid tak respect kita. Tapi kalau kita menyampah, kita tak suka. Jadi bila nak ngajar, dah rasa tak seronok.... tak best juga.. jadi jangan simpan lama2 rasa yang tak best tu...

Satu lagi, jangan beri mereka kesan kelemahan kita. Itu boleh diguna sebagai senjata mereka. Awas!!! Oleh itu, tanggungjawab sebagai guru tu 'clear'kan dulu.

Semua ni cabaran Dayah. Baru tak sampai sebulankan.... :D Pengalaman akan mematangkan Dayah. Tanyalah petua dari cikgu2 yang lama di sekolah tu.

Selamat Berjaya!!!

Pegawai Khalwat said...

Errr...

Lipan ada berapa kaki?

Yasz said...

hehe..dayah kamu toksah susah2 p skolah bandor...skolah aku dulu convent and methodist acs...smua english medium.i was a product of that so-called english speaking school environment. Our racial identity is still in tact.Give yourself time.U'll get used to it. Tp senang jer nk ajar budak2 pandai kat skola ko tu.ajar skit jer..depa pandai2 sdr.alih2 depa p tusyen jer. aku pun tak smpai tak phm ape makneye aku p skola mase form4 n 5 dulu...syik p tusyen jer.alih2 mmg melingkup pun..ahhah..tu sbb sndr mls blaja.so...ganbate ne! life is tough babe ;)

me3n said...

oit belajar rajin2..eh silap! mengajar rajin2 hehe.

Anonymous said...

ya allah.. ni post ke novel..ekekek. tapi sedap lak baca sampai habis.
1. biasa la tu dayah - bila kita baru dlm satu2 bidang mmg x selesa.
2. pasal pakaian tu - kalo boleh kekalkan la baju kurung. baru unik.
3. oo..cikgu sain? eheh ingat saya penah serang cikgu sains saya masa form 3. tapi last2 dpt A1 gak. hehe
4. doa: mudah2an dipermudahkan :)

Anonymous said...

ala, diorg ckp je, dgr cam bravo..
cuma ko cek grammar diorg.. bertabor!!

me3n said...

ko nak tgk musang pandan kan ari tuh? ku da berjaya tangkap gambo dia da hehe. check out:
http://ad3ck.blogspot.com/2007/03/aku-tangkap-pencuri.html

13may said...

errr....nak tanya....


seronok dak jadik cikgu???


hahahahha...updet updet!!!!

:P

ween said...

salam dayah, selalu selisih ngan dayah, tapi jarang jenguk, anyhow, orang pun selalu cakap, tak de susah takdelah senang kan.. Hopefully you will adapt with the environment.. Dan jgn lah turn your blog into fully english..

Yelah kan ari tu, pernah jugak kawan ween tanya anak ween yang masa tu 6 bulan, bila nak hantar pi nursery, dan dia ckp dgn lagaknya anak sedara dia baru 3 - 4 tahun dah speaking english berabuk.. Apa yang best nye bila boleh cakap english berabuk tak tau lah.. Tapi kebanyakannya bila disuruh buat even simple math pon terkucil kucil... TApi itulah yang dibanggakan sgt sekarang ni.. kemana bahasa ibunda kita satu hari nanti.. tuhan aje yg tahu..

ceh, dgn panjang lebar pulak aku beremosi....

Lan Rambai said...

Well.. u nolah... we are malaysian.. u no.. if we can speaking london, we are u know.. the very advantage want...... not like the orang kampungs...


ps - segala kesalahan grammer dan spelling adalah disengajakan hahaha

Anonymous said...

dayah..
aku rindu nk baca blog ko
bila nk hapdet lagik GTH?
*wink *wink

13may said...

wahahah... just want to say hai...and hai again.. heheheh!@

13may said...

and another hai... hoih hoih..

Anonymous said...

Haiii GTH.. lama tak dengar crite..

Pnut said...

cikgu sungguh mengecewakan saya....
saya sangat kecewa.....
bila nak update ni???hehehehe

Anonymous said...

welkam to the world of cikgu.
Kena ambik masa at least setahun baru boleh familiar dengan segala maknika cabaran dalam profesion ni.

Anyway.. belajarlaa..
Update laa jugak cikgu.

Anonymous said...

hmm..sekolah ko tu memang anak2 yg hebat la,hehe

hakim dirani said...

Selamat bertugas.

DeeN said...

Oh, senang ke jadi cikgu? Best ka jadik cikgu? - soalan umum.

Oh, kenapalah kau tak apply jadik cikgu? - Soalan yg org sering tanya aku.

faridfadhly said...

wow...dah lama x menyinggah..

skali dah jadi cikgu daa..

ajar sikit camana nak jadik org kampung kat budak2 seri hartamas tuh

Followers