Jiwa Kacau

Saya sedang menunggu emak di atas moto di bawah pokok payung Indonesia, sambil itu saya pun menggatalkan tangan main-main snap gambar persekitaran sekolah yang dulunya sekolah saya juga. Sekolah yang melahirkan pelajar yang separa cemerlang seperti saya,haha.

Tanpa saya sangka, aktiviti saya di bawah pokok itu mungkin sedang diperhatikan seseorang. Kerana tiba-tiba saja ada kereta yang amat saya kenali tuan empunyanya, meluncur laju menuju bawah pokok yang sama. Pada mulanya saya buat-buat tak nampak, tetapi lobang hidungku, eh, bukan! ekor mataku dapat melirih muncung kereta menuju ke arah saya, bukan ke arah pintu pagar bertanda “KELUAR”.

Ni ape ke hal pulak dia ni. Tetiba datang sini.

Dia pun membukakan pintu keretanya dan keluar.

“Tengah tunggu nak amek mak ke?”

“Aah”. Ceh! dah tahu tanya lagi. Bukan dia tak maklum yang dari bulan 5 tahun lepas lagi saya sudah tiap-tiap hari ambil mak balik kerja.

“Dengar cerita dapat posting dah?”

“Aah, kat KL”, jawab saya serius.

“Wah, KL tu”

“Nak buat macam mana, kalau ikutkan memang la tak nak, tapi pergi ajela”

“Kalau tak nak pergi jauh, kawen la dengan orang dekat…”, sambil dia buat muka yang penuh dengan makna.

Saya teramatlah terkejut beruk, seperti terkejutnya sang beruk melihat mukanya sendiri di dalam cermin. Aiii..lain macam bunyi. Tapi saya balas dengan gelak-gelak bodoh aje.

Saya buat-buat main enset. Tiba-tiba dia bersuara lagi.

“Nak no telefon boleh?”

Nak dikata takde no telefon pun tak boleh pasal telefon memang sedia di dalam genggaman. Saya bagi aje lah… Ni ape ke hal lagi ni. Tetiba minta no telefon. Dan saya bukanlah perempuan yang bodoh atau buat-buat bodoh. Kerana saya tahu itu adalah strategi si lelaki mahu err…mengorat la senang cerita. Ni yang malas ni. Dah la tak romantic lansung. Bawah pokok payung Indonesia pulak tu… Isk isk!

Tapi ape ke hal tetiba baru ni minta no telefon? Padahal selalu je terserempak. Tak lama lepas dapat, dia pun masuk dalam kereta dan pergi. Sebelum pergi dia sempat menegur enset saya.

“Mahal enset tuuu..”

Saya jawab “Heh..” aje. Tapi dalam hati… Tau takpeeeeee……. wahuahuahuahua :p

Fuh! Lega. Dari jauh saya sudah nampak kelibat mak keluar dari pejabat. Terus saya hidupkan enjin moto, dengan laju saya pergi mendapatkan emak.

Rupa-rupanya mak nampak dia dengan saya bawah pokok tu.

“Makkkk….!!!”, jerit saya.

Napa faizul tu?”

“Makkkk…dia tu kenapa??? Tetiba mintak no telefon…”, bla bla bla..lancar mulut saya menceritakan dari awal hingga akhir.

Mak saya gelak je. “Aritu dia ada kata, orang dekat ada, tapi tak tau la…”

“Dia kata gitu?”. Mak mengiakan, lagi la berderau darah saya. Saya dah tak sedap hati. Tetiba rasa takut. Takut yang semacam. Dan saya terbayangkan mukanya yang penuh kegatalan semasa mengeluarkan ayat kawen tadi. Saya geli ok! Geli dengan muka gatal yang dia buat.

“ Mak, orang tak nak la..eeeee, ni tak suka ni!”

“Tak payah la layan. Dia main-main je tu. Selalunya pemalu si Faizul tu. Tapi sekarang jadi ilang pulak pemalu dia”.

“Malas la! Dah la satu tempat keje dengan mak. Orang pekan PR jugak. Tak berkembang lansung. Dok pekan PR, kawen pun dengan orang pekan PR. Tak kose!”. Sebenarnya saya teringat kata-kata seorang guru saya dulu, dia suruh kami belajar ke negeri lain setelah tamat sekolah menengah, kerja pun cari di negeri lain, dan kalau boleh kawen pun dengan negeri lain. Baru la banyak pengalaman kita dapat, kata dia.

Perasaan saya tika ini nak kata marah pun ada, tapi lebih kepada tak selesa. Yer, amat tidak selesa. Sejujurnya saya tidak selesa. Mujur ada dua hari lagi saja tugas saya mengambil emak, kerana lepas itu mungkin saya terpaksa pergi awal ke KL. Mujur benda semacam ini terjadi di saat-saat saya hampir meninggalkan pekan PR untuk bertugas di kota raya KL. Tiba-tiba teringat kisah seorang anak murid lesbian yang meluahkan perasaan pada saya. Mujur ianya terjadi di saat ada seminggu saja lagi untuk saya menamatkan praktikal di sekolah tersebut. Itu pun saya rasa seminggu bagai berminggu-minggu…

Image Hosted by ImageShack.us

Lokasi tempat kejadian :p

Malamnya tiba-tiba si Faizul ini sms saya...

-Bersambung-

*tiru gaya penulisan Indera Kencana, hikhik*

24 comments:

Alex Lacey said...

Faizul tu tak ensem ke Dayah? heehheeh...suka nak nyakat ni hehehehe

kat KL duduk kat mana ek? rumah sewa ke?

INDERA KENCANA said...

Ala... bersambung pulak dia..

Bila nak abis? Esok lusa dah balik KL..

Ina said...

Hehe kalau tak selesa jangan layan je. Kalau tak buat semak kepala otak je watpe kan? Erk apa citer bdk lesbian tu?

Ayu said...

ooo faizul nama dia yerr... akak tak sabo nak baca lanjutan kisah faizul ni heheehe

'nAYZEra' said...

hapdet kisah lesbian pls..supaya leh elak benda ni jadi kat kiter..hiks..<--perasan

zwitterion said...

tak sabaq ni nak tau..hehe

maza said...

hehhee..saspen citer..la, org dekat la senang..senang transfer nanti...tp smenanjung ok gak..kalu dok swak, tersangkut ngan org sana, habih la...mintak jauh! :D

akirasuri said...

hahak..
dilanda angin cintun ek cikgu..
rasa macam menarik jek baca kesah cinta cikgu-cikgu..
ha ha ha..

pssst: bila nak sambung :D

Khairul Najmi said...

terima jer cikgu dayah. senang nak balik raya. tak payah berebut nak balik kampung saper.. HAHAHA:p kerja apa watak faizul tu?

Azalea Dz said...

hehe..kelakar.. org cakap saham cikgu ni tinggi kan.. :D masa x dpt cikgu..xde plak yg bertanya.. bila dah jadi cikgu tiba2 ada plak lelaki kat dunia ni kan.. sabar je laa..

nurnana said...

ahaks..*wink *wink
(angkat2 kening)

ruru said...

cekgu memang 'hot stuff'
sebb tu aku tolak jadi cekgu
kesimpulannya : aku xsuka jd 'hot stuff'
ehhehehehhe....
selamat menjadi pendidik beretika.

maza said...

heheh...bangga plak jd cikgu..

ruru said...

erkk..
nak komen lagi..
aku setuju ngan kata-kata cekgu hang tu
sokong 100%
banyak pengalaman..wakkakaka..
takat ni setiap phase dlm hidup aku memang berbeda tempat..
nak aku harap sgt2...yg tooottt.. tu pun..
berbeda tempat..
tp kalau da jodoh, eden nak wat camno
ehhehehe

Iman Mawaddah said...

Dan rindu pun mula berlagu...haha tu la sape suh jadi model dok bawah pokok payung Indonesia..kan dah terkena.

Pa'chik said...

err.. bagus la orang tempat sendiri, senang nak balik raya.. haha..

tapi kan...

siap amek gambar tempat kejadian pulak... hmmm....






bila sama-sama dah tua nanti, buleh buat mengimbau kenangan tu. hehehe...

Sikenit Comel-AminBakish said...

satu fasa dalam hidup yg perlu dilalui... :D

tuan tanah said...

Aisehhh....

Berdebar-debar pulak saya nak menunggu kesudahan cerita :)

hayad said...

alex lacey--> faizul tu ensem le jgk :p

indera kencana-- jgn riso, sempt sy abehkan,hehe

ina--> tu la, wat semak paler otak jer..bdk lesbian nnt sy cerita lain kali,ehe

ayu--> sabo2 kak ayu ;)

nayzera--> mcm byk je lesbian nk kt aku ko suh citer xperience gni,haha

zwitterion--> sabaq2 :p citer biase je

maza--> hang tu pk nk transfer je, tu psl nk org dkt kan? hehehe

akirasuri--> dh smbung dh :p

khairul najmi--> cuba teka dia keje ape? :p

azalea dz--> tu la psl kan? nyusahkan betol :p

nurnana--> aku pn nk angkat kening gak ni :p

ruru--> ecehece..takmo jd hot stuff la konon :p ko jd pisang goreng pns je la,haha

maza--> hehe, mari kita sama2 kembang kuncupkan lobang idong kita,haha

ruru--> yes! ada gak yg menyokong aku ;)

iman mawaddah--> nk wat camne, tak sengaja terjadi model :p

pa'chik--> blk ry je ingat :p bab2 raya no komen..x pk lg,hehe

aminbakish--> fasa yang sungguh tak berapa best :D

tuan tanah--> wah, bangganye sy berjaya membuat tuan tanah jd berdebar,hik hik

izinni said...

hahaha cinta sudah berputik. tak mahu tapi sebenarnya mahu . kalau tak takan siap amik gambor pokok indon dan tulis dalam blog! ekekekke .. lawak!

hayad said...

izinni--> sy bkn sj2 amek la, sj je nk tunjuk lokasi tempat kejadian, lg pun mmg sebelum tu sy main2 snap gambo ms tgh tunggu mak, sy dh snap gambo pokok tu dr awal lg sblm dia dtg..huhu

Khairul Najmi said...

kerja pembantu makmal sekolah takpun PAR sekolah. betul tak?

nUr@dDeEn said...

Ha ha . . aku terlepas plak cite ngko dayah. tak pa, aku follow dengan seberapa segera.

nurnana said...

aah..tetiba aku terfikir lokasi tempat kejadian tu..

kalo x suka, nape lokasi tu ada gak kat sini?

aku, kalo x suke, xde nk hengat lagik!!

Followers