Jiwa Kacau (akhir)

Tgh watpe tu? Xtgk cr menantu?

Tgh tgk.

Sm le.Agak2 kalo mak awak nk cr menantu,sy ada dlm list tak?

Aiseh! Dia ni kenapa ek? Desperate tahap Tera dah ker? Saya malas mahu balas. Tak lama lepas tu dia hantar lagi.

Np xbls?ssh nk jwb ek?xpe,sy phm.

Eh, dia sudah salah sangka la pulak. Lalu saya pun membuat ayat balasan.

Mcm ni lah en.faizul, sy dh ada kwn.awk crlah yg lain yer.

Xpe,jd reserve pun xpe.

Erk!!! Awak ni np?dh desperate ke?

Xkesah,jd reserve no 2,3 pn xpe.

Ni apa ke hal nak jadi-jadi reserve pulak. Dia ingat tengah main bola sepak ke? Ahhh, malas saya layan lah. Baik layan Cari Menantu ni. Walaupun ada juga sedikit mengutuk acara pertunangan mereka, tapi layan ajelah,hahaha. Lagi bagus dari layan si Faizul ni. Siap cakap sanggup jadi reserve tuuu...

Sejak hari itu sampai sekarang dia tiada lagi sms saya. Tak tahu lah kot minggu-minggu depan ada pulak. Tapi saya sudah berazam tidak mahu balas pun. Lebih baik kita senyap, lama-lama dia akan senyap. Harapnya begitulah… Mak pun kata tak payah layan ;p

Kepada en.Faizul, untuk pengetahuan anda saya ini pisau cukur, suka bersosial, mengadap intenet sampai lupa dunia, tak makan pun takpe. Tambahan pula saya ini tak pandai memasak lansung!!! Mesti anda tidak sanggup makan meggi sampai kepala anda botak serta mendapat penyakit hasil bawaan bahan pengawet yang merbahaya dalam meggi tersebut bukan?? Saya seorang yang pemalas, bangun tido sampai tengah hari, baju malas nak basuh, bertimbun dalam 3,4 baldi, malas kemas rumah, lebih suka rumah macam tongkang pecah, dan oleh kerana itu saya amat berbesar hati untuk menjadi queen control.

Saya ini juga tidak hormat orang tua, kaki pukul, suka seksa binatang, tak suke budak-budak. Jadi jangan terkejut jika saya akan mencubit, memulas, dan mengsmackdownkan mana-mana anak sedara awak yang saya tidak suka. Saya seorang yang mata duitan, materialistic, mementing 5C- car, credit card, cash, condo, career, kuat shopping, suka tuko2 kasut, handbag, dan sebagainya. Amat mementingkan gaya, mutu dan keunggulan, maka dengan itu saya akan memastikan barang-barang yang saya beli tinggi harganya juga berjenama serta terkenal seantero dunia hatta untuk membeli pakaian dalam sekalipun.

Jadi dengan itu, demi kesejahteraan duit poket serta kesihatan mental anda di masa hadapan, jauhkan diri anda dari saya kerana saya adalah sejenis element (yang masih dalam kajian untuk diletakkan dalam jadual berkala) yang boleh memusnahkan hidup anda dalam sekelip mata. Tanda-tanda symbol amaran seperti tengkorak, api dan letupan adalah amat sinonim dengan diri saya. Demi keselamatan anda yang mahu hidup dengan aman dan damai segeralah mencari wanita lain.

Sekian, terima kasih.

18 comments:

NuRuL said...

aku orang first..haha..baru
cik dayah nih kalau dah dia tak nak..sabo je larr dayah yer!!!
aku maleh nak apdet blog..makanya aku maleh nak jawab tag tuh..muahaha. -nurul-

achik said...

hahaha

kot2 nanti dia balas... "takpe demi dayah saya sanggup" :)

izinni said...

muahahahahaha ...

adehlaaa .. ko pembunuh dayah! ko bunuh dia dengan tembakan tepat kat jantung dia! hehehhehe

Ina said...

Kuang asamnyer siap leh ckp utk buat reserve. Dah la b4 tu sblm pape dh berabang2. Sabar je la Dayah. Tapi pd hipotesis saya yg 1st, dia mmg tak serius kot. Sesaja nk kwn dgn awak n nk gurau2. Tapi guraunyer agak kasar. Yg 2nd, mmg dia suka kt awak. Tapi cara dia salah n mmg dia muka tak malu. Hehehe wat tatau je sms dia. So dah tak payah pening pale =D

hafiz_238 said...

...sejenis element (yang masih dalam kajian untuk diletakkan dalam jadual berkala) yang boleh memusnahkan hidup anda dalam sekelip mata :)

...selamber betul dia ckp buat reserve...toksah layan jer dia tu

Sikenit Comel-AminBakish said...

buat dek je..... lama2 dia boring gak....

Azalea Dz said...

hehe.. ada ke sanggup jd reserve? :P dah xde bunga kat taman dia kot.. hehehe.. lantak dia laa dayah.. :P buat derk je ngan org camtu.. org x paham bahasa ni susah kan..

kakLuna said...

spesis yang aku paling benci kat dunia..mcm encik faizul ler

'nAYZEra' said...

hahahahahahahaha(gelak besar sambel guling2..)..dayah,kalo en faizul tu baca blog awk ni,gerenti dia akan turut join saya utk gelak guling2..silap hb dia tetap nk kejar awk,nak tgk sejauh mana kebenaran kata2 awk ttg diri awk tu..hehehe..

tak kenal maka tak chenta..ngehngeh..

er..bukan pro faizul tp saya rasa mcm tgh baca novel karya ahadiat akashah..buatlah sambungannya mengikut imaginasi awk..

best..best..

INDERA KENCANA said...

Sekian.
Pecah kaca pecah gelas. Lepas baca harap balas.

ruru said...

dayah!!
waduh..waduh..
dasyat tu..
"kerana saya adalah sejenis element (yang masih dalam kajian untuk diletakkan dalam jadual berkala) yang boleh memusnahkan hidup anda dalam sekelip mata"
aku betoi2 teruja dengan ayat ko yg camtu..
ahhahaha

lindosh said...

ganaz ganaz.. tapik pasneh mesti ade lagik kan? :P

Pa'chik said...

ler... dia ni gelojoh sangat, apa ra... baru mintak no tiga pat hari, dah sembang macam tu, tak layan langsung.. haha..

Yasz said...

dayah..giler gak ek mamat faizul tu...scary shits la...abaikan jer untuk selesaan n keselamatan anda. kalo kot yer cam nk awek sgt pun,,,toksahler smpai cam nk desperado sgt kan...igt dia sorang je ker yg takde awek/takde balak...psyco la mamat tu..rilek2 la kan..ape da...hehe..

khairnaj said...

onfirm dia tu desperate househusband. carikan jer janda beranak 3 atau 4 untuk dia and then ckp kat dia kahwin dgn janda lagi dpt banyak pahala.

tuan tanah said...

Ngeh... ngeh... ngeh...

Kool!

Terima kasih kerana buat saya tersenyum walaupun kerja di opis amatlah menstress dan mentensikan saya hari ni :)

zwitterion said...

kak zwitt pun tatau nak kata apa..

nurnana said...

ada budak opis yg ber anak syarikat dgn company saya ni namanya faizol.

bila pandang dia, saya teringat cerita hayad ni dan cuba membayangkan faizol tu dgn faizul kamu..


hahahaha...

saya tergelak2...

faizol tego..ko kenapa nana?

saya jawab..x de pape..:)

Followers