CUCI

Hari ini hari Ahad. Jam 10 pagi keluar ke Midvalley. Tugasan saya dan 4 rakan yang lain adalah mencari dan membeli hadiah untuk lucky draw majlis Hi-Tea Sabtu, 7 hb ini nanti. Balik rumah jam 6 petang. Sangat penat ok setelah hampir 6 jam mencari, membeli dan menunggu hadiah dibalut. Hopefully all the teachers akan puas hati dengan hadiah yang bakal diorang dapat. Sebab kali ini kami AJK-AJK baru Kelab Guru sesi 2009/2010 mengubah konsep cabutan bertuah di mana tak semua yang akan dapat. 32 orang sahaja yang bertuah dan bakal mendapat hadiah. Kiranya separuh daripada jumlah kehadiran la.

Disebabkan tak semua yang akan bertuah, maka hadiah utama kami adalah yang bernilai RM400 [takde la mahal sangat ye dok? hehe]. Tapi ok la, daripada tahun-tahun lepas di mana semua dapat lucky draw sehingga sekecik-kecik objek pun diterima yang mungkin harganya macam hampehhh. Nama lagi lucky draw, so tak semua la lucky kan? Bila buat macam ni, baru la boleh beli hadiah yang grand dengan budget yang ada itu.

Hopefully semua berpuas hati walaupun kami yakin akan ada kata-kata dan ketidakpuashatian dari hati yang bernama manusia di muka bumi ini. [tak kesah la tu. kita tak mampu untuk puaskan hati semua orang ye tak?]

Itu cerita hari ini.

Semalam pula saya dan Azwa pergi tengok teater CUCI the musical. It was awesome! That is my opinion. So layan gambar je la yer :)

[Oh, ya! Dulu di awal-awal berblog saya tidak me'reveal'kan diri saya. Tapi sekarang sejak setahun, 2 tahun ini, saya rasa, muka saya dah beratus-ratus kali muncul di skrin komputer yang membaca blog saya ini. Dulu rasa mahu menjadi yang tidak dikenali. Tapi lama-lama terasa ingin memunculkan diri. Positifnya menjadi yang tidak dikenali adalah, ianya membuatkan orang tertanya-tanya lalu blog anda akan menjadi sedikit fofular. Tapi setelah dikenali, kemungkinan besar kefofularan itu menjadi berkadar terus atau berkadar songsang, hahaha].

Ok lah, layan gambar artis ok :p


2 artis popular, hahaha

Berusaha menunggu turn berbaris untuk jumpe artis. Macam hampeh :p

Adibah Noor comel!

Wah, Azwa! Sama tebal mekap ko dengan Adibah.

Cantek la Vanidah Imran ni.

Oh Hans! I like ur body figure, hak hak hak!


Ok lah, badan dah rasa sakit la. Mungkin ini kesan mengangkat kotak-kotak hadiah lucky draw dan menolak troli berjam-jam lamanya, huhu.

4 comments:

Tabib Haji Norjae said...

Tubuh badan mesti dijaga dengan sebaiknya. Kalau letih, perlu berehat.

Abang Long said...

Syoknya jumpa artis .....

Disturbia said...

Bestnya tgk CUCI the musical.. tu le untung orang dok kl nie ek...

Anonymous said...

akum
saya ada terbaca entry lama pasai belajar kek dkt chef secret recepi tu tahun 2008 nyer entry.Boleh share tak kat mane nak gi belajar tu? And nak beli resepi chocolate indulgence tu boleh? tak kisah la berapa ringgit pun. plz plz plz plz. Ini email saye ye, boleh contact sy di sini fid_fidaa@yahoo.com Harap dapat feedback .Tq tq tq

-fida-

Followers