Nak Balikkk!!!!

Macam dah lama pulak tak updet blog. Bukan apa, tak sempat sangat nak bermalas-malasan mengadap intenet. Ermm, bukan tak sempat sebenarnya. Sempat. Tapi paham-paham ajelah.Bila dah mengadap intenet ni, niat asal memang hanya nak updet blog, tapi kang terus melekat melebihi 4 jam depan laptop. Jika itu berlaku, maknanya ada kerja-kerja lain yang akan tertangguh pula.

Sekarang ni tengah sibuk nak menghabiskan silibus Science Tingkatan 3 dan hendak menyelesaikan markah Penilaian Kerja Amali Sains untuk markah PMR. Alhamdulillah, next week dah boleh habis silibus. Lepas tu ringan la sikit. Boleh buat revision or tengok-tengok video berkaitan dengan bebudak.

Esok, Sabtu, ada sekolah ganti untuk Deepavali kalau tak salah. Saya mohon cuti rehat. Nasib baik lulus. Kalau boss tak luluskan saya tetap nak cuti. Saya nak balik kampung. Serius! Saya dah homesick sangat-sangat ni. Dah sebulan lebih tak balik. Dari dua minggu lepas nak balik tapi tiap kali Sabtu ada je aktiviti di sekolah. Saya rindu kat famili saya terutama kat mak. Waaa, rasa nak nangis! Rindu kampung. Rindu rumah kampung. Rindu pokok-pokok buah kat kampung. Rindu kat kucing-kucing yang sememangnya dah tak kenal saya, huhu.

Ok lah, nak siap-siap beg. Nak balik kampung dengan Cik Nurul.

Salam semua! :)

5 comments:

chekgu Bani Hassim said...

Elokla balik lawat2 makabah...
Boleh manje2 mintak mak masak itu dan ini...

Bile lagi nak manje2 kan...
On the other hands, release2kan tension ngdap keje skolah...

Selamat balik pkg!

Unknown said...

akak~janganla buat kite omsick skali
now me kat skolah, tgh praktikal.dengan cuti ganti lagi.hadui2, extra work la ni.penat sungguh la jadi cikgu.siapa la ckp keje cikgu senang ek?mmg nak kene:)

chekgu Bani Hassim said...

Banat, lek ar...jadik cekgu mmg cemtu...
Kite penat ni xsia2...sebab kite beramal dlm mase yg same...
Pengorbanan kite InsyaAllah akan dibalas oleh Allah...
Kalau kite ikhlas, lagila berlipat kali gande ganjarannye..

Wahwaaa...aku jadik ustat kejap kat blog org nih...

bujang lagi ek???cariklah "seseorang"..pastu musti dah xhomesick...hehehe...

Kopi Suam said...

selamat balik kampung moga sejuk hati mak dan abah kat kampung melihata kepulangan hayad...

Akak pun nak balik kg gak weekend ni...yeaahhh rindu nak pekena durian lagi

13may said...

cikgu...
baju raya dah tempah???

hehhe hehhe

Followers