Antara Amir dan Amil

Saya menjaga exam kertas Pendidikan Islam di kelas 3H yang saya ajar. Elok seminit start exam dah mula kedengaran suara-suara sumbang sambil mengangkat tangan.

"Teacher!". Saya pun datang. Bla bla bla...

Pastu,

"Teacher!". Pastu bersambung-sambung panggilan "Teacher!".

Saya dah naik angin.

"Hey, class! Plz stop asking me. Then i've to translate the words to english".

Masa jaga exam Geografi pun macam tu. Sakit jiwa raga. Kalo tak layan kang kesian pulak. Tapi kalo mula kat sorang, habis satu kelas mengangkat tangan. Nak tak nak kena juga menengking bergema satu kelas. Baru stop bertanya. Pastu buat muka cengih sikit. Tapi saya sendiri tak tau macam mana muka saya masa tu.

Hikmah, syafaat, rukun, nifas, dan banyak lagi terms yang diorang tak tahu. Jenuh la nak translate dalam english. Sabo je la...

Ada satu tu, "Teacher, what is bersetubuh?"

"Bersetubuh is having sex!".

"Oooo, tq teacher".

Apa lagi, satu kelas gelak. Sabo je la.

Lepas tu kelas senyap. Tiba-tiba H*z*m angkat tangan. "Cikgu, apa nama orang yang kita salam tangan dia masa bayar zakat tu?"

Saya renung muka H*z*m sambil mencari-cari jawapan.

"Errm jap jap. Apa aa kita panggil. Cikgu tak ingat. Jap jap pikir". Sambil letak tangan di dahi dengan memejam mata, haha.

"Cikgu ingat mula huruf A. Aaaa...Aaaa.. isk!"

"Apa ek cikgu? Ada kan?".

"Memang ada. Jap jap.. Ermmmm, ermmmm. Haaaa!!! Amir! Yes Amir!".

"Amir??? Betul ke cikgu ni? Macam mana eja?"

"Iyer, Amir. A-M-I-R. Amir!".

"Ok!".

Lepas habis kelas saya sms kawan saya tanya. Sekali kawan saya balas AMIL. Uwaaa, saya tersalah bagitau, hahaha. Nak kena bagi tahu balik kat H*z*m neh, hehehehehe :D

Cikgu manusia juga, sesekali tersilap juga, hik hik :D Tapi hampir-hampirlah tu. AMIR dan AMIL :D

11 comments:

Great G.U.R.U BaniHassim said...

ayyo cikgu...
amir ngn amil adalah dua dunia berbeza..
hehe...

Cikgu pun manusia jgk kan??
Xleh nak expect teacher knows-it-all kan???
Kang kene cover balik laaa...
Huhu....

cikgu jawe said...

aku kalau bdk2 tanya camtuh. aku sound balik.

"apa korang kurang iman ke sampai soalan mudah camtuh pun x blh jawab?"

SoFie NuR said...

besela..manusia kekdg tuh terlupe...huhu...

NuRuL said...

Amir & Amil...
buat dapat anak kembar bubuh dua nama nih sedap nih..hehee

hafiz238 said...

owh, masa exam boleh tanya cikgu ker? ingatkan mereka kena tahu tu semua sendiri.

mana-mana murid yang banyak tanya suruhlah dia rujuk buku lepas habis exam :)

Dandelion said...

subjek apa ni dayah sampai nak kene translate2 bagai? ke bebudak tu mmg jenis xreti cakap melayu ke? hehe. tak pun next time prepare je white board kt depan. tuliskan translation tu so sumer nmpk xdela tanya byk kali soklan yg sama :D

Pa'chik said...

mujur dia tak tanya bersetubuh tu macam mana... hahaha...
penin anak kaya nih...

Kasawari said...

wah byk jugak cabaran dan dugaan eh jadi cikgu ni..

tak per lah dayah eh.. he he

Acik Aminbakish said...

kesian cikgu dan ustaz ustazah yang mengajor... buat penat je ngajor kalau time ujian lagu ni gayanya..

hurmm....

tapi memang itulah realiti di mana pun...

JEFFROCKERS said...

masa tengah berfikir tu, nasib baik takda soalan tambahan ...

'cikgu, kenapa cikgu tak ingat .. tahun lepas cikgu bayar zakat ke tak?'

eHeHh .. gurau je. sabo 2x

Kopi Suam said...

lawak le teacher ni...amir dan amil tak sama lah teacher..amir tu nama adik saya..amil tu ayah saya yang tukang kutip zakat...heeh heeh

Followers