Genap Setahun

Pejam celik, pejam celik, sedar-sedar hari ini sudah genap setahun saya berkonvokesyen. Saya teringat pun pasal membe seangkatan saya berkonvo semalam, pada sidang terakhir konvokesyen USM.

Memang best tahap ultraman masa berkonvo. Terasa diri ni la yang paling cun-melecun,paling best dan bermacam-macam paling lagi,haha! Keterujaan saya itu rasanya setaraf dengan keterujaan orang yang bergelar raja sehari. Tambahan pula saya dapat juga grade di saat genting di mana nasib saya berada di hujung tanduk kerbau yakni nyaris extend la wei! Dan dapat grade di saat genting juga adalah merupakan kejayaan saya yang terlampau pada tahun 2006 :D

Image Hosted by ImageShack.us

Saya yang masih di dalam mood perasan cun! hehe

Ini adalah hasilnya setelah bertungkus-lumus mengambil 26 unit di semester akhir. Memang saya giler.

Image Hosted by ImageShack.us


Tidak langsung bertujuan untuk riak dengan mempamerkan sekeping kertas ni. Saya sedikit pun tidak berasa bangga dengan diri saya yang memiliki sekeping kertas ni. Jika masa boleh diputar ingin saja saya mengubahnya kepada yang lain. Dan bukan ijazah ini yang saya miliki. Tapi masa mana boleh patah balik.

Tapi seriusly, saya seakan rasa tiada kepuasan dan tiada achievement pun dalam hidup saya yang boleh saya banggakan. Kini saya hanya sekadar bekerja dan bukannya mencapai cita-cita. Kadang-kadang ia amat menyeksakan. Apa harus saya buat yer? Cari peluang lain? Peluang apa yang saya ada? Dan ramai orang berkata, kena bersyukur dengan apa yang ada. Manusia memang tak pernah rasa cukup. Saya la manusia tu!

Satu-satunya yang amat saya harapkan adalah supaya saya sentiasa ikhlas dan dapat menjalankan amanah saya sebaik mungkin. Kerana saya tahu rezeki itu mesti sentiasa dari sumber yang halal. Dan untuk mendapatkan yang halal hati sentiasa mesti ikhlas.

Macam mana nak ikhlas? Oh ya! Pegi belajo dengan Si Fandi sinetron Kiamat Sudah Dekat :p

*Saya tiba-tiba rasa downnnnnnnnn. Tapi bukan Down Syndrome ok!*

17 comments:

nurnana said...

Kalo Sindrom Down pon apa salahnye!!

Anonymous said...

eh..dah setahun pun kita konvo yer..aku pun terlupa jap tarikh keramat tuh..i miss our old times lar..huhu -nurul-

chubbyCHAN said...

molek sungguh kamu dgn pink ye dayah.. :D

arianna adrizal said...

lps ni tak payahla tunggu cuti sekolah baru nk jengok blog dayah ye.. hihi!

pinky gurl~ ;D

jeff said...

iya .. tahu yg kamu bukannya nak menunjuk2 dgn gambo ijazah tu. tapi tak salah berasa bangga dan puas dengan adanya ijazah tu :)

kerjaya kamu adalah sesuatu yang mulia. byk yg boleh kamu lakukan dan bukan hanya sekadar bekerja

dah temuduga DG41 ke belum ni ?

hayad said...

nurnana--> tak salah ker? pandei la ko!

nurul--> seb baik kau ingat,hehe

chubbychan--> yer, tau..kekekke

kak anne--> setakat ni x msk tenet lg la kak anne..so saya hy muncul di musim cuti sek aje lah

jeff--> tak temuduga lg..tp ramai membe yg dah dapat

khairnaj said...

senang jer. sebelum keluar dari rumah untuk berkerja niat dalam hati aku kerja kerana Allah. Kerja itu ibadah. Niat sebelum tidur pun bagus, kata dato dr. fadzilah kamsah ler. ikut kata prof. madya Izuddin Ali plak senyum-senyum selalu, selamat beramal....

kata frog boss plak, happy2 jer. takyah tension2...

nUr@dDeEn said...

hehehe blajo ilmu ikhlas ek? Mohon sangat, sangat!!

Weh! Selamat bercuti, Dayah!!

Ainul said...

nape rase down ni? menjadi cikgu adalah satu peningkatan diri, sebab kite kene sentiasa update dgn ilmu dari yg basic sampai yg terkini utk kite kembangkan pada students..
jangan putus asa k(sambil2 nasihat pada diri sendiri)..
cayok2!!

ruru said...

"Saya sedikit pun tidak berasa bangga dengan diri saya yang memiliki sekeping kertas ni"

nape pula kamu tak bangga? itukan hasil usaha ko.kalau ko ingt balik hari pertama ko kat usm sampai ko konvo..nesti ko rasa terharu dan sebak,di situ terselit rasa bangga.

hehehe..

akirasuri said...

weh!
hang suka kaler pink ke dayah :D
emmm.
aku pun tengah down ni.
ha ha ha.
down seber..
hahak..

hayad said...

khainaj--> ok, tima kasih kerna bg nasihat tu ;)

nur@ddeen--> ya, mohon sangat sangat!! :D

ainul--> aah, kan tul jgk, np la ku tidak terpikir begitu..

ruru--> ntah la, tak sebak pun,hikhik :p

akirasuri--> takde le suke benor...aku suke kaler lain sebenornye. tp bila terpandang pink mst jatuh suke jdnyer

Pa'chik said...

pakgad tempat aku sekolahan dulu, pernah gak rasa down... down teh, dia ingatkan ganja... [sebenarnya, method dia tu silap, ganja orang cium bau, bukan rasa, itu untuk debu je..]

takde kaitan, saja nak komen, sambil menjadi peguam buruk...

Dandelion said...

Xreti nk ckp apa. Apa yg nk dicakap org2 kt atas tu dh ckp. Papepun moga dlm cuti skolah ni dpt mengembalikan semula mood Dayah yg down tu. Kumpulkan semangat bebanyak masa cuti ni ye.

izinni said...

TAHNIAH!

tuan tanah said...

Kimia tu... perghhh!!!

hayad said...

pa'chik--> suke loyar buruk! nyampahhh!!

dandelion--> :D :D :D xreti nk bls ape jgk :D

izinni--> dah lama dah peristiwa ni terjadi,hehe

tuan tanah--> nak "Perghh!!" jgk lah,haha

Followers