Cuti Dah Abehhh...

Saya dah nak balik Kolumpo. Terpaksa stop berblog setakat ini dulu. Nak masuk stimix tak masuk-masuk lagi. Bosan betul!

Sepanjang cuti seminggu ni tiada aktiviti apa pun. Duduk terperap di rumah aje. Cadangnya nak buat power point untuk mengajar nanti, tapi haaaaraamm tak di buat! Bila balik rumah segala-galanya jadi lain. Perkara yang sepatutnya buat, saya tidak buat.

Tapi, sempat juga saya buat kek coklat resepi dari Ina. Terima kasih ye Ina. The cake is really moist. Macam pakai moisteriser plak, keke. Cheesecake Ina tu tak jadi la nak buat. Pasal dah tak larat, hehe. Nanti raya lah buat pulak :)

Image Hosted by ImageShack.us


Saya buat tiga, satu mahu diberi pada kakak-kakak pejabat kat sekolah. Satu untuk kakak-kakak makmal dan satu lagi untuk housemates saya. Tapi takut jugak nak bagi. Takut diorang makan rasa tak sedap,huhu. Tak reti tatacara menghias kek. Main hentam kromo aje la jawabnya.

Keluar ke Bandar Diraja siang tadi, saya ter-berminat untuk membeli dua objek ini.

Image Hosted by ImageShack.us


"Kamu nak buat apa rotan tu? Jangan nak rotan-rotan budak pulak!"

Nada mak macam risau jer, hehe. Mana ada saya nak rotan. Saja je beli. Sebab tak mahal. Seringgit je. Tu pasal saya beli :D Tak tahu nak bawa ke kelas ke tidak. Kalau bawa pun sekadar untuk pukul kat meja je kot. Tak larat la nak jerit-jerit bila tetiba kelas jadi di luar kawalan. Setakat ini saya tak pernah lagi sakit tekak. Orang kata jadi guru kena pandai guna suara dari perut. Baru tak sakit tekak. Tapi macam mana nak keluarkan suara dari perut yer? Kena pegi belajar dengan Cikgu Siti Hajar AF kot!

Rasa-rasanya tidak akan dibawa ke kelas. Segan jugak kat cikgu senior. Kang apa pulak diorang kata. Lebih-lebih pulak cikgu baru ni. Tak pasal-pasal je kena kang, haha. Saya letak kat meja saya dalam bilik guru ajelah. Buat hiasan :p Apa-apa pun saya tidak sabar untuk pakai beg rotan baru tu ke sekolah, ngeh ngeh!

PA'CHIK! Saya tak sempatlah nak buat poll tu. Biarkan aje lah. Biarkan dahulu rakyat Malaysia yang lain pakai Persona dulu. Yang pastinya saya tak mahu jadi tikus putih, hehe. Walaubagaimanapun, idea-idea bernas dari Acai amat mengujakan saya. Memang amat boleh diterima pakai. Terima kasih ye bro :) Kereta idaman saya pun sebenarnya adalah yang berjenama HONDA. Macam gambar di bawah ni la :p

Image Hosted by ImageShack.us


Cuti merdeka yang direct jumaat-ahad ini saya tak balik kampung. Pasal membe saya Ina kata tiket ke Kuala Kangsar sudah habis. Maka dalam kepala ni sedang merancang-rancang apakah aktiviti yang wajib saya buat. Mungkin saya boleh melawat cik akirasuri. Boleh ek cik akirasuri? ;)

Kalau tidak pun saya teringin untuk ke Zoo Negara. Tapi siapa yang mahu temani saya? Bila saya lontarkan hasrat hati untuk pergi ke Muzium Negara lagi la takde sape yang nak temankan saya. Rakan-rakan saya tak seorang pun cenderong ke arah sejarah-sejarah peradaban manusia nih. Dulu masa melawat Terengganu saya sorang je yang terover excited untuk melawat Muzium Terengganu. Sudah-sudahnya saya bergambar aje la depan tangga muzium. Sedih..sedih..

Oklah, panjang umur kita bertemu lagi. Aminbakish, terima kasih datang rumah. Jangan lupa burn banyak cerita Japang! Nanti cuti raya gue datang rumah angkat itu cd :D

See u later fren! :-h

19 comments:

NuRuL said...

untuk den takde ker kek tuh cik dayah..kekeke.
jgn tak tau..aku sendiri dah bawak rotan ke kelas tapi tak lar sampai merotan..setakat rotan kat meja jer bila dah geram sangat..huhu..tapi tu pun tak makan saman budak-budak tuh.

NuRuL said...

lupo pulak satu hal..jom ar cuti merdeka kita pi pesta flora..hehe

hayad said...

NURUL : eh,bkn hang kata hang nk concentrate study utk intebiu ker? hehe. tp bgs gak, jom ar kita p putarjaya!! :D

Ina said...

Wah buat sampai 3 biji. Tanak bg kiter 1 ke? hehe. Tq Dayah sbb cuba resepi tu. Papepun kiter berterima kasih juga pada Mama FaMi dan org2 sebelumnya yg sudi share resepi tu kan. Sharing is caring! Nnt cuba la cheesecake tu mmg kiter jamin sgt2 sedap. Kitorg first time cuba terus jd favorite skrg.

PS~Kete idaman kiter pn Honda juga hehe. Slamat kembali mengajar ye Dayah..

NAzzXXra said...

huh..nyum nyum!!!

Anonymous said...

dah sampai KL tu meh aarr tengok bungapi kat PICC

achik said...

aku pun suka Honda.. skang ni pun pakai Honda dah.. tapi Honda Boon Siew je la.. hehe ;p

zwitterion said...

lar..sian dayah..makhluk2 tak berkenaan masuk..

hayad said...

ni ape ke hal nye wat rosak komen2 aku ni!!!

hayad said...

haa..amek! aku dah delete dah pun komen2 cam ampeh.dah la bhs omputeh, lg mls nk kubaca :D

Anonymous said...

hehe elokla dayah dh delete sumer. kiter terkejut n pelik betul komen2 tu boleh sesat. tp mmg sakit hati bila baca komen2 tu dayah. kiter baca sumer n setiap kali teringat menanah je rasa. melampau betul cara diorg berckp. tp adala sket yg diorg ckp tu betul juga sbnrnya. ntahla susah nk ckp hehe

Ina

akirasuri said...

oit!
aku tak ada kat KL dalam 2 minggu..
he he he..
kalau hang nak mai ghumah dalam minggu depan buleh le...
he he he :D

Anonymous said...

selamat hari mardekha!!!
nak kek :D

me3n said...

ang abes chuti, blog ang plak chuti hohe.

DeeN said...

Wah! Kangen sama kamu, dayah! Nanti merdeka tahun depan mai umah aku plak hak hak ...

Bila lagi cuti sekolah nih...er.. tak nak buat bisnes kuih raye ke, dayah?

Anonymous said...

salam ramadhan =)

Anonymous said...

salam ramadhan 2U. :)

Unknown said...

Selamat Berpuasa Dayah :D

Anonymous said...

dayah..
hang kalo dh bli keta..
sila la jln2 ke ampang...

hehe

Followers