Sepanjang cuti seminggu ni tiada aktiviti apa pun. Duduk terperap di rumah aje. Cadangnya nak buat power point untuk mengajar nanti, tapi haaaaraamm tak di buat! Bila balik rumah segala-galanya jadi lain. Perkara yang sepatutnya buat, saya tidak buat.
Tapi, sempat juga saya buat kek coklat resepi dari Ina. Terima kasih ye Ina. The cake is really moist. Macam pakai moisteriser plak, keke. Cheesecake Ina tu tak jadi la nak buat. Pasal dah tak larat, hehe. Nanti raya lah buat pulak :)
Saya buat tiga, satu mahu diberi pada kakak-kakak pejabat kat sekolah. Satu untuk kakak-kakak makmal dan satu lagi untuk housemates saya. Tapi takut jugak nak bagi. Takut diorang makan rasa tak sedap,huhu. Tak reti tatacara menghias kek. Main hentam kromo aje la jawabnya.
Keluar ke Bandar Diraja siang tadi, saya ter-berminat untuk membeli dua objek ini.
"Kamu nak buat apa rotan tu? Jangan nak rotan-rotan budak pulak!"
Nada mak macam risau jer, hehe. Mana ada saya nak rotan. Saja je beli. Sebab tak mahal. Seringgit je. Tu pasal saya beli :D Tak tahu nak bawa ke kelas ke tidak. Kalau bawa pun sekadar untuk pukul kat meja je kot. Tak larat la nak jerit-jerit bila tetiba kelas jadi di luar kawalan. Setakat ini saya tak pernah lagi sakit tekak. Orang kata jadi guru kena pandai guna suara dari perut. Baru tak sakit tekak. Tapi macam mana nak keluarkan suara dari perut yer? Kena pegi belajar dengan Cikgu Siti Hajar AF kot!
Rasa-rasanya tidak akan dibawa ke kelas. Segan jugak kat cikgu senior. Kang apa pulak diorang kata. Lebih-lebih pulak cikgu baru ni. Tak pasal-pasal je kena kang, haha. Saya letak kat meja saya dalam bilik guru ajelah. Buat hiasan :p Apa-apa pun saya tidak sabar untuk pakai beg rotan baru tu ke sekolah, ngeh ngeh!
PA'CHIK! Saya tak sempatlah nak buat poll tu. Biarkan aje lah. Biarkan dahulu rakyat Malaysia yang lain pakai Persona dulu. Yang pastinya saya tak mahu jadi tikus putih, hehe. Walaubagaimanapun, idea-idea bernas dari Acai amat mengujakan saya. Memang amat boleh diterima pakai. Terima kasih ye bro :) Kereta idaman saya pun sebenarnya adalah yang berjenama HONDA. Macam gambar di bawah ni la :p
Cuti merdeka yang direct jumaat-ahad ini saya tak balik kampung. Pasal membe saya Ina kata tiket ke Kuala Kangsar sudah habis. Maka dalam kepala ni sedang merancang-rancang apakah aktiviti yang wajib saya buat. Mungkin saya boleh melawat cik akirasuri. Boleh ek cik akirasuri? ;)
Kalau tidak pun saya teringin untuk ke Zoo Negara. Tapi siapa yang mahu temani saya? Bila saya lontarkan hasrat hati untuk pergi ke Muzium Negara lagi la takde sape yang nak temankan saya. Rakan-rakan saya tak seorang pun cenderong ke arah sejarah-sejarah peradaban manusia nih. Dulu masa melawat Terengganu saya sorang je yang terover excited untuk melawat Muzium Terengganu. Sudah-sudahnya saya bergambar aje la depan tangga muzium. Sedih..sedih..
Oklah, panjang umur kita bertemu lagi. Aminbakish, terima kasih datang rumah. Jangan lupa burn banyak cerita Japang! Nanti cuti raya gue datang rumah angkat itu cd :D
See u later fren! :-h