Ramai yang bertanya, seronok ke jadi cikgu? Mesti seronok jadi cikgu
“Susahnye jadi cikguuu,…kenapa aku jadi cikgu ar?” Itu pula terdetik di hati saya.
Guru tidak hanya harus mengajar tapi juga mendidik. Mendidik manusia tuuu..ingat senang ke? Kalau mengajar je senang la. Guru akan sentiasa diperhatikan oleh anak-anak muridnya dari atas sampai bawah. Ingat senang ke nak maintain cun kalau semua orang dok perati! :p
2 minggu yang pertama ini memang saya terasa amat bebannya. Wajarlah saya rasa payah. Orang baru
Sekolah
Saya mengajar di SMK... (baca sendiri logo di atas). Tak perlu saya cerita banyak, pasti semua sudah tahu. Saya terpaksa berdepan dengan anak-anak didik yang memang tidak tahu lansung perihal luar bandar dan kampong, jurang mereka amat jauh dengan luar bandar. Bahkan terasa seperti jurang saya dan mereka juga jauh. Bayangkanlah, cikgu di situ bercerita semasa majlis buat bubur asyura, kebanyakan mereka tercengang-cengang dan melihat dengan pelik bubur asyura itu. Amat sedikit dari mereka yang makan. Saya rasa kalau saya tanya apa bezanya pacat dan lintah serta lembu dan kerbau, pasti mereka jawab sama jer,hahaha.
Semasa hari sukan, bukan bihun atau kuih muih yang dijadikan makanan untuk rumah-rumah sukan, tapi Burger King! Mak bapak kaya tak kesah la. Mereka banyak disponsor oleh ibu bapa.
Oh ya! Sekolah saya itu ada 4 blok bangunan, dengan setiap blog adalah setinggi 4 tingkat. Memang kena makan spirulina banyak-banyak. Kalau pregnant saya tak tahu la macam mana,hahaha.
Guru-guru
Sekolah saya ditadbir oleh seorang pengetua perempuan yang setakat ini ok, tidak cerewet saya kira. Beliau seorang yang bertudung labuh, dan saya selesa juga dengan beliau. Guru-guru yang lain juga amatlah mesra alam. Baru sehari saya di
Minggu pertama saya di sekolah, saya sendiri yang mengalami kejutan budaya :p Maksud saya budaya berpakaian di sekolah. Saya perhatikan di sekolah saya ini, nak pakai seksi pun boleh.
Apa-apa pun saya suka hubungan antara guru yang baik-baik sekali. Masuk aje bilik guru kita akan rasa amat lapang kepala hotak.
Anak-anak didik
Sekali lagi saya mengalami kejutan budaya. Mana tidaknya, sekolah tu memang fully english environment. Dengan guru-guru tidak lah sangat tapi dengan anak murid. “Aku ni ngajo kat sekolah
“Well, class, I’m eating belacan and not eating keju!” Haha.. lancar aje mulut saya mengeluarkan ayat tu semasa sesi perkenalan.
“Budu cikgu?”
Ceh! Tau juga hang budu ek? Sabo aje la budak-budak nih.
Mereka semua sangatlah excellent bahas Inggerisnya. Saya pula tidaklah seterer mana. Setakat boleh membaca English, faham, boleh menulis sikit-sikit, tapi untuk bercakap seperti air itu tidaklah sangat. Maka dengan itu saya terpaksa memporak perandakan pengajaran saya dengan menggunakan 50-50 penggunaan bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Dengan kelas form 1 ok lagi. Mereka tak kisah. Tapi ada satu kelas form 2 tu, ada seorang budak perempuan yang pada mulanya saya ingat Chinese, rupanya Melayu, nampak kurang senang dengan saya sambil menunjukkan muka-muka sinis.
Sedang saya membelakangkan kelas untuk menulis soalan di papan putih, dia tiba-tiba cakap, “ This is English class..”.
Saya segera berpaling pada dia dan saya lihat dia seakan-akan berbisik pada rakan di sebelahnya.
“This is not English subject! This is Science subject!!” Saya bertegas membetulkan ayat dia yang kononnya kelas saya ni kelas English. Mungkin sebab saya menggunakan kedua-dua bahasa Inggeris dan Melayu jadi dia tidak puas hati. Mentang2 dia terer cakap bi. Pooodaaah!! Budak-budak sekolah tu memang pandai English, tapi sekadar lancar bercakap. Kadang-kadang nak buat karangan pun tak reti. Dan bukan semua content science itu mereka tahu. Sekadar berlagak yang mereka itu lancar berbahasa Inggeris. Sampaikan Pendidikan Islam juga mereka mahu jawab dalam bahasa Inggeris.
Tapi bukan semua la macam itu, dalam satu kelas tu adalah seorang yang jadi hantunya. Sedangkan kawan-kawannya yang lain ok je.
"Kak Lida, tentu senang akak ajor BM kan? Tak payah cakap bi," kata saya pada senior di situ.
"Senang apenyer? Kadang2 kena translate bm tu ke bi. ada perkataan bm yang diorang tak phm. Melayu ke Cina ke sama je. Kena jgk explain dlm bi kdg2"
Kadang-kadang soalan mereka juga boleh buat kita sesak nafas dan jantung berhenti seketika. Memang jadi guru ni kena tahu segala cekadak mak nenek semua. Hatta lipan ada berapa kaki pun kena tahu. Menurut cikgu-cikgu yang dah lama di sini, adalah perkara biasa anak murid membetulkan ejaan kita, pronouns kita… Kita ambillah ia sebagai suatu yang positif untuk memperbaiki diri.
Kebanyakan dari mereka ini pergi tuisyen. Jadi tidak heran jika anda mengajar di depan, segelintir saja yang memberi tumpuan. Ahh.. Sakit ati memang la sakit ati..."Cikgu, saya pergi tuisyen, dah sampai bab 3!" sambil buat muka berlagak. Sedangkan saya baru mahu mula bab 1. Kalau semua satu kelas tu pergi tuisyen sampai bab 3, senanglah kerja saya, saya sambung aje bab 4! Tapi bukan semua pergi tuisyen.
Ada sesiapa yang ada idea untuk saya atasi pelajar yang berlagak pasal sudah pergi tuisyen ni? Kak aminbakish! Tolongggg!! hehe
Semasa Hari Muhibbah seminggu sebelum cuti sekolah lalu, saya duduk makan bersama dua parents Melayu. Kebetulan anak mereka di tingkatan 1 saya yang ajar. Seorangnya lawyer dan seorang lagi saya tak ingat pula kerja apa. Mereka juga bersembang menggunakan bahasa Inggeris dengan saya. Saya pun pelik, adakah bila kita menjadi golongan professional, maka kita perlu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris di rumah dan di luar rumah? Kalau Chinese or Indian saya tak kisah lagi. Tapi melayu? Eh, macam sensitip je isu ni. Abaikan je lah :p
Dan saya rasa saya perlu ke British Council selepas ini supaya saya juga setaraf dengan golongan professional ini. To all bloggers, wait until my blog turns to fully English version after dis!! Hahaha :p
Oh ya! Masa hari muhibbah tu Shiela Majid ada datang, bersama dengan suami mudanya yang encem tu. Tapi saya tak sempat mahu mengintai mereka, atas sebab kesibukan tugas yang lain. Anak dia ada di tingkatan 2. Kalau tidak, bolehlah saya menayangkan gambar saya berposing bersama suami Shiela Majid, suami yer, bukan Shiela Majid :p
Di sekolah ini juga amat payah mahu detect yang mana melayu atau bukan melayu, secara tak lansung susah mahu detect sama ada dia itu Islam atau tidak. Yang saya perhatikankan hanya ada 3-4 orang sahaja yang bertudung. Tambahan pula ramai di antara mereka yang mix. Amat payah untuk mendengar "Assalamualaikum cikgu" ketika bertembung. Yang banyak adalah "good morning teacher" "good afternoon teacher".
Kesimpulan
Macam laporan gitu :p Setelah apa yang saya alami semuanya ini, mahu tidak mahu saya harus jalaninya juga. Saya tak sepatutnya lari dari situasi yang tidak selesa ini kerana mungkin ada kebaikan yang menanti saya di kemudian hari. Saya hanya ingin menjadi seorang guru yang berjaya melunaskan semua amanah yang diberi. Saya kepingin jadi GTH - Great Teacher Hidayah :p Doakan saya yer kawan-kawan!
*saya kembali ke kl petang ini. sebelum itu akan ke Serendah dahulu. stay semalaman, dan terus ke kl esoknya.tp tidak terus balik ke rumah makcik, tapi melepakkan diri di hostel fakulti kejuruteraan UPM. untung saya ada ramai kawan usm yang juga tercampak ke kl dan sekitarnya*