Saya perlu berblog semula. Tidak boleh tidak, saya perlu pastikan saya masih tetap berblog. Rasa hilang soul untuk berblog la kebelakangan ini. Mungkin sebab ramai kawan-kawan blogger yang dah berfacebook. Boleh berinteraksi on the spot di sana, jadinya blog semakin kesepian.
Saya ada banyak cerita mahu dikongsi. Ada banyak cerita mahu digebang. Tapi jari-jari ini tidak ter"type" akan baris-baris ayat walaupun satu huruf sekalipun, hehehe.
Ok, hari ini mahu mula semula berblog setelah sebulan lebih bersawang :p
Banyak yang sudah saya pelajari, nikmati dan rasai sejak dari Tahun Baru 2010 ini. Yang bisa dicerita buat masa ini adalah, saya sudah pandai berenang ;) Satu pencapaian hidup yang boleh dibanggakan untuk diri saya, hehehe. Tapi tahu satu gaya saja. Breastroke. Freestyle dalam proses belajar. Tapi rasa susah sikit la nak buat freestyle. Tapi akan diusahakan :)
Ada 3 benda yang saya ingin belajar.
1. Berenang
2. Memanah
3. Menunggang kuda
Bukan mainnnnn :p
Berenang dah pass. Boleh la kan. Kiranya kalo jatuh dalam kedalaman air 1.8 meter tu takde hal lah, hahaha. Berlagak pulak :p
Kedua, memanah. Hari tu dah tanya Cikgu Zaki, dia guru memanah sekolah saya. Memang pakar memanah orangnya. Hensem pulak tu. Mungkin juga pakar memanah hati Sang Wanita, haha.
Dia kata nak belajar ok jer. Guna jer set memanah sekolah. Tapi saya kata, saya nak ada set sendiri. Tuuuu dia. Berlagak lagi. Kemainnn :p Saya tanya satu set tu RM200 ada tak? Gelak besar dia. Hampehhhh... Dah agak dah mesti mahal nak mampos bila dia gelak macam tu, hehehe.
Ghoper-ghopernye set yang paling murah pun RM 2 000. Dua ribu yer. Bukan 2 ringgit :D Kalau macam tu, saya guna set sekolah punye je lah! Hik hik.
Menunggang kuda? Aha, tak tau lagi bile. Itu lagi la kos mahal ye tak? Takpe, kita tanamkan azam dulu. Nanti pasti dapat.
Itu je kot cerita buat masa ni. Ada banyak benda nak cerita. Satu-satu lah ok! Hopefully lepas ni akan ada lagi posting terbaru dari saya. Saya tak pasti masih ada nazir yang melawat blog saya ini ataupun tidak.
Jika ada yang membaca, please say Hai to me :)