Old Fren From Old Town

Hari ni sangat smooth. Paginya saya pergi ke SMK VI, menghadiri taklimat Pegawas SPM. Dan dengan bertuahnya telah dilantik menjadi Timbalan Ketua Pengawas. Saya terima dengan hati terbuka. Be positive! :)

Lepas meeting, saya balik semula ke sekolah, masa tu dah jam 11.30 pagi. Saya kena ke sekolah untuk settlekan apa yang patut.

Balik sekolah ada temujanji dengan dentist. Ada lagi 3 gigi kena tampal. Hujan sangat lebat petang tu. Rasa memang malas nak pergi klinik gigi. Tetapi memandangkan saya dah tak boleh tangguh-tangguh lagi, saya gagahkan diri pergi juga.

Ikutkan hati saya dah malas nak buat filling gigi ni. Tak tahan mesin gerudi gigi tu.

"Good evening!". Kata Tuan Doktor.

"Ya, Good Evening.."

"So hari ini tampal lagi tiga yang terakhir".

Saya cakap, "Doc, boleh tak saya nak buat satu jer?"

Dr. Yeoh hampir terduduk mendengarnya. Haha. "Buat habis laa.."

"Doc, saya tak tahan la. Sakit la kena mesin gigi. Lepas tu nanti tak boleh makan for 24 hours".

"Mana boleh tak makan 24 hours. You tak boleh makan benda-benda keras saja...".

"Mana ada makanan yang tak keras sekarang".


" You makan bubur la, haha. Takpe, takpe, you habiskan 3 lepas tu tak payah datang lagi dah".

Saya sebenarnya memang nak habiskan je. Tak larat dah nak datang klinik. Entah apa miracle hari ini, saya tak rasa sakit lansung masa rawatan.

"Ok finish! See you 6 bulan lagi".

"Wahhh, it's miracle! I don't feel hurt at all". Then Doc ketawa and say good.

Lepas bayar, jam hampir jam 5 petang. Saya tunggu Kak Sue dental nurse kat situ habis kerja. Kitorang nak pergi lepak-lepak sambil makan-makan. Kak Sue ajak makan di Kozee Cafe. Sambil makan dan tunggu tunang Kak Sue datang, kitorang tengok gambar-gambar di camera. Sekali Kak Sue terjerit semasa tengok camera saya.

"Hey, ni Ida kan?". Saya pun tengok. Yer, betul Ida. Rupa-rupanya Kak Sue ni kenal Ida. Kawan sama kerja part time dia 2 tahun lepas yang dah lama tak jumpa. Ida tu pulak kawan saya dari sekolah rendah sampai habis Tingkatan 5. Kecil betul dunia di akhir zaman ni. Lekas-lekas call Ida. Ida pun terkejut saya kenal Kak Sue. Lepas tu ida pun datang ke Kozee Cafe. Dia on da way balik kerja. Ida datang dengan tunangnya.

Lepas jumpe, apa lagi, bertelur sebijik, riuh sekampung la jawabnya.



Balik rumah dah jam 10 malam. Kak Sue dan tunangnya hantar saya balik. Alamak, dah pukul 12 ni. Esok nak jaga SPM lor!

6 comments:

achik said...

daku pun nak kena gi jumpa dentist ni.. asyik duk tangguh je.. ;p

hayad said...

achik--> haa, pi jumpe cepat! :p

Hafiz said...

berapa banyak yer jumlah gigi yg kena tampal ni?

hayad said...

hafiz--> 9 semuanya hafiz, hehe. sekarang sume dah setel. 6 bln lg br jumpe pulak utk checkup seperti biasa. ini la padahnya dulu2 takmo jumpe dentist :p

DeeN said...

sama la dgn achik.. asyik tangguh nak check gigi. memanjang lagu tuh, bila da teruk baru terhegeh2 nak pi. Hahahaha...!

Selamat jaga exam!!

hayad said...

Deen--> jgn tunggu lama2, nanti lg kronik, duit pun byk yg perlu dilebur, hehe

Followers