The Nadra Tragedy

Terima kasih Azwa Lavida kerana meninjamkan hamba buku yang giler best ini. Saya tidak tahu-menahu lansung tentang kisah benar Tragedi Nadra sehinggalah Azwa memperkenalkan buku ni.



Maria Hertogh adalah gadis keturunan Belanda yang diserahkan oleh ibunya, Adelaine dan neneknya, Nor Louise kepada Che Aminah untuk dipelihara tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.



Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika, dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan tarian di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Arthur Locke dan Sarjan Hertogh.




Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Che Aminah yang diwakili peguam bela Encik Ahmad Ibrahim, menang kes rayuannya dan Natrah dikeluarkan daripada York Hill. Kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun dan Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin tetapi mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya.



Konflik agama dan isu penjagaan telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura.



Pada 9 Julai 2009 yang lalu, Maria Hertogh @ Nadra @ Natrah meninggal dunia pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda akibat leukemia.



Teater Natrah akan dipentaskan di Istana Budaya pada 30 Nov - 9 Disember 2009 ini. Ape lagi. Jom nonton!


Yang sedihnya, dalam bab terakhir buku ni, Maria@Nadra meluahkan perasaannya mengatakan dia tak gembira tinggal di Holland dan selalu teringatkan Malaya terutama sekali ibu angkatnya Aminah yang dianggap adalah ibunya sendiri.

Maria selalu ingin kembali ke Malaya tetapi kesempitan wang dan keadaan dirinya yang sudah berkeluarga dan mempunyai 10 orang anak, membantutkan segala.

Tragedi Natrah ini tragis. Sedih. You should read it's 367 pages yourself to make things crytal clear.

8 comments:

Najwa Aiman said...

Format biografi atau cerita ek?

hayad said...

format cerita.

khairul najmi yusof said...

kes natrah ni best untuk dibaca. peguam yang ambil kes natrah ni skrg kalau tak silap pensyarah undang2 kat univesiti mana dah tak ingat. dia selalu ambik kes natrah sebagai contoh kes. senior bilik saya berkerja untuk buku tentang natrah tapi bukan yg ni rasanye. ada jugak tlg2 dia menaip manuskrip pasal natrah ni. dlm kes natrah ni tunjuk kan org melayu boleh bersatu padu. memula tau dan nak sgt tau pasal kes natrah ni lepas tgk 1957 hati malaya. dlm tu ada satu scene yg tunjuk kan tunku berbincang pasal kes natrah ni.

Abang Long said...

Kisah berdarah Islam Singapura.

Hafiz said...

hmm, tak pernah tahu pasal kisah Natrah ni. terima kasih kerana menulis sinopsis buku ni yer.

WRA said...

memang tragis...
dayah, akak sambung pasal LOA kat blog muhasabah diri hehehe

nhhas said...

salam,
ziarah..
good sharing. where can we find dis book? terbitan baru ke?

hayad said...

nihas--> saya pun kurang pasti. saya pinjam dari kawan, cetakan buku yg saya baca ni pun tahun 1980-an. cuba google tgk kot ada.

Followers