Dalam Blues...

Tak puas betul balik kampung hujung minggu yang baru ni. Tak puas saya makan buah rambutan, manggis dan durian. Tapi nasib baik bawa balik juga 2 guni rambutan, selonggok manggis dan 9 biji durian. Kesian kereta baru Cik Nurul menjadi mangsa buah kayu yang mak bekalkan. Sory tau Nurul, segala jasamu akan kukenang sampai bila-bila.

Balik kampung, melepas rindu pada famili, sempat saya meluahkan perasaan pada mak. Saya cerita pada mak, membe Si N sudah hampir bertemu jodohnya. Nampaknya saya bakal kehilangan membe kamceng teman untuk beronggeng. Saya cerita lagi, Si I, Si Y, Si Z, Si M, semuanya sudah mahu mengikat tali dengan jejaka masing-masing dalam tahun ini.

"Dulu budak yang kamu pergi kenduri kawen dia tu nak kat kamu, kamu tolak".

"Itu bukan salah orang. Dah dia tak cakap. Bila dia dah nak kawen baru dia cakap".

Saya ni bukan jenis suka berkias-kias. Saya bukan orang sastera. Saya jenis sound direct. Hehe. Saya kurang faham bahasa-bahasa kiasan ni. Tapi nasib baik saya masih berjaya mendapat A1 dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM, haha.

"Kita ni tak boleh tolak jodoh banyak kali. Nanti susah dah nak dapat jodoh". Sambung mak lagi.

"Haaa? Ye ke? Macam mana ni mak?!! Tahun lepas ada membe orang yang doktor tu, dia tanya ada membe dia doktor kat Langkawi nak cari bini. Dia tanya kat orang, ko nak tak? Pastu orang jawap TAKPE lahhh...".

"Tu la kamu. Lain kali apa-apa bincang dengan mak. Bagi tahu orang tua."

"Uwaaa, macam mana ni? Takutnya. Tak tau pasal apa orang cakap TAKPE lah. Ala, kalau tak dah dok Langkawi orang sekarang. Dapat shopping pinggan mangkuk selalu". Hehehe. Sempat lagi pikir shopping :D Gila!

Saya lupa yang saya dah 25 tahun. Apa-apa saya perlu bincang dengan mak. Kalau dulu memang yer saya takut mahu bicara soal cinta dan jodoh dengan mak. Pasal mak memang marah kalau couple2 ni. Di sekolah menengah saya tak pernah lansung merasai cinta monyet. Semuanya kerana saya tahu mak dan abah saya tidak suka. Kini saya sudah 25 tahun. Mak pun dah boleh terima jika saya berbicara soal ini.

Siapa yang gembira kawen ni? Membe aku ke aku? Pengantin tak lompat lebih-lebih, aku pulak lebih-lebih :p

Chefee sms, mengadu pasal jodoh juga. Sempat memberi tips. Kata dia amalkan surah Yusuf pagi-pagi. Kata dia, dia baru mula mengamalkan. Mungkin tahun depan jodoh dia, hehe.

Chefee, aku simpati pasal jurutera yang hang minat tu rupa-rupanya dah kahwen. Isteri menunggu masa untuk melahirkan pulak tu, hehehehe. Nasib badannnn :p

Ahhh, jangan layan sangat lah blues ni. Ntah-hape-hape-ntah! Cheers!!!! :D





Nak Balikkk!!!!

Macam dah lama pulak tak updet blog. Bukan apa, tak sempat sangat nak bermalas-malasan mengadap intenet. Ermm, bukan tak sempat sebenarnya. Sempat. Tapi paham-paham ajelah.Bila dah mengadap intenet ni, niat asal memang hanya nak updet blog, tapi kang terus melekat melebihi 4 jam depan laptop. Jika itu berlaku, maknanya ada kerja-kerja lain yang akan tertangguh pula.

Sekarang ni tengah sibuk nak menghabiskan silibus Science Tingkatan 3 dan hendak menyelesaikan markah Penilaian Kerja Amali Sains untuk markah PMR. Alhamdulillah, next week dah boleh habis silibus. Lepas tu ringan la sikit. Boleh buat revision or tengok-tengok video berkaitan dengan bebudak.

Esok, Sabtu, ada sekolah ganti untuk Deepavali kalau tak salah. Saya mohon cuti rehat. Nasib baik lulus. Kalau boss tak luluskan saya tetap nak cuti. Saya nak balik kampung. Serius! Saya dah homesick sangat-sangat ni. Dah sebulan lebih tak balik. Dari dua minggu lepas nak balik tapi tiap kali Sabtu ada je aktiviti di sekolah. Saya rindu kat famili saya terutama kat mak. Waaa, rasa nak nangis! Rindu kampung. Rindu rumah kampung. Rindu pokok-pokok buah kat kampung. Rindu kat kucing-kucing yang sememangnya dah tak kenal saya, huhu.

Ok lah, nak siap-siap beg. Nak balik kampung dengan Cik Nurul.

Salam semua! :)

Over Heated

Elok saja bunyi loceng selepas rehat menengah atas, saya ada kelas dengan 4J. Niat saya hanya satu, murni lagi suci. Saya nak masuk kelas, nak kutip lab report for the last week experiment. Lepas tu nak bagi latihan. Pasal saya dah habis mengajar topik tu.

Masuk kelas. Nak bagi salam pun kena suruh. Tidakkah itu cinabeng namanya? Si ketua kelas saya suruh bagi salam. Lepas tu disambut oleh yang lain dengan amatlah lemah longlai. Habis punah semangat saya nak mengajar. Saya sedikit hangin.

"Hey! Tak boleh bagi salam elok-elok ke? Awak ingat saya nak sangat masuk kelas awak ni. Bagi salam pun nak saya suruh!".

Lepas tu saya suruh mereka duduk.

"Ok, now, plz pass up your lab reports".

Saya mula bergerak dari satu meja ke satu meja. Mula dari meja depan dah bagi alasan. Orang sebelah kiri kanan pun bagi alasan. Saya sabar lagi. Ok, lets move to the back. What the hell is this? Semua tak siap. Sabtu Ahad buat ape?

Now, I start to change myself. Saya memang dah tak boleh sabar. Apa lagi. Memang dah naik syeikh. Saya bertempik. Senyap terus satu kelas. Suruh siapkan sekarang jugak sampai habis masa saya.

"Setiap kali saya bagi kerja, lepas tu setiap kali tu juga saya kena merayu suruh kamu hantar? Why u r so stupid? Never use your brain!!!". Sebenarnya ada banyak lagi perkataan yang nak saya hambur. Tapi masih waras dan tidak menggunakannya.

Saya tak tau la, memang tadi saya rasa marah ya amat plus rasa sedih student yang kita betul-betul nak ajar tapi tak nak diajar. Saya pergi depan dengan perasaan yang amat meluap-luap!

"Kamu pikir kepala otak kamu, angin kamu je yer? Kamu tak tengok angin saya lagi macam mana!!!!". Dengan tak semena-mena saya tolak dan tendang meja yang ada depan saya. Jatuh gedegang meja tu. Serius! Saya tak pernah jadi marah yang macam ni. Sebabnya kelas 4J ni memang dah melampau-lampau. Not only me complaint about this class, but most of the teachers who teach that class.

Memang nampak diorang terkejut dengan tindakan saya. Memang wajib mereka terkejut pasal ini pertama kali saya naik hangin tahap gaban.Masing-masing keluarkan kertas, tunduk dan buat lab report. Saya duduk depan. Muka memang takde mood. Ada sorang student tu nak tanya, tapi dia duduk balik. Mungkin tak berani. Tapi dah nak akhir-akhir waktu, mungkin mereka nampak saya dah cool, beberapa orang pelajar tanya dan saya ajar dan jawab dengan baik.

Ada sorang student melawan saya bila saya suruh dia drop Chemistry. "U better drop Chemistry!"

"I dont want to. Why should I drop?". Siap jeling-jeling lagi.

"I have thousands reason why u should drop my subject!". Saya jeling dia balik.

Dia terus buat muka dan bok bek bok bek tak puas hati . Nak ambil Chemistry konon. Tapi pemalas nak mampos! Ramai lagi yang dalam kelas tu yang sepatutnya tak berada dalam aliran Sains. Sekolah ni pun satu, result macam hampeh, benarkan jugak students ambil Science Stream atas alasan ibu bapa merayu dan itu adalah hak students. Nonsense!


__________
Habis kelas saya cool balik. Sebelum balik tadi Kak Ti tegur, "Hidayah, awak mengamuk tadi yer?" Hmm, rasanya satu floor tu dengar. Huhu.

Antara Amir dan Amil

Saya menjaga exam kertas Pendidikan Islam di kelas 3H yang saya ajar. Elok seminit start exam dah mula kedengaran suara-suara sumbang sambil mengangkat tangan.

"Teacher!". Saya pun datang. Bla bla bla...

Pastu,

"Teacher!". Pastu bersambung-sambung panggilan "Teacher!".

Saya dah naik angin.

"Hey, class! Plz stop asking me. Then i've to translate the words to english".

Masa jaga exam Geografi pun macam tu. Sakit jiwa raga. Kalo tak layan kang kesian pulak. Tapi kalo mula kat sorang, habis satu kelas mengangkat tangan. Nak tak nak kena juga menengking bergema satu kelas. Baru stop bertanya. Pastu buat muka cengih sikit. Tapi saya sendiri tak tau macam mana muka saya masa tu.

Hikmah, syafaat, rukun, nifas, dan banyak lagi terms yang diorang tak tahu. Jenuh la nak translate dalam english. Sabo je la...

Ada satu tu, "Teacher, what is bersetubuh?"

"Bersetubuh is having sex!".

"Oooo, tq teacher".

Apa lagi, satu kelas gelak. Sabo je la.

Lepas tu kelas senyap. Tiba-tiba H*z*m angkat tangan. "Cikgu, apa nama orang yang kita salam tangan dia masa bayar zakat tu?"

Saya renung muka H*z*m sambil mencari-cari jawapan.

"Errm jap jap. Apa aa kita panggil. Cikgu tak ingat. Jap jap pikir". Sambil letak tangan di dahi dengan memejam mata, haha.

"Cikgu ingat mula huruf A. Aaaa...Aaaa.. isk!"

"Apa ek cikgu? Ada kan?".

"Memang ada. Jap jap.. Ermmmm, ermmmm. Haaaa!!! Amir! Yes Amir!".

"Amir??? Betul ke cikgu ni? Macam mana eja?"

"Iyer, Amir. A-M-I-R. Amir!".

"Ok!".

Lepas habis kelas saya sms kawan saya tanya. Sekali kawan saya balas AMIL. Uwaaa, saya tersalah bagitau, hahaha. Nak kena bagi tahu balik kat H*z*m neh, hehehehehe :D

Cikgu manusia juga, sesekali tersilap juga, hik hik :D Tapi hampir-hampirlah tu. AMIR dan AMIL :D

Aku Yang Bernama Manusia

Hmmm..dah lama tak update blog. Blog kawan-kawan pun saya tak jenguk. Minta maaf sangat-sangat.

Manusia memang sering lupa. Dan bertindak mengikut akal.

Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Pandangan hati itu yang hakiki.




_______________
Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kejahilanku serta keterlanjuranku dalam urusanku.



Followers