Eskrim... !! Eskrim...!! Mari beli eskrim!!

Apa saya buat hari ni? Hari ni saya belajar buat aiskrim dari makcik saya. Senang aje ghopernye nak buat aiskrim ni. Ini adalah sebahagian daripada persiapan saya jika ditakdirkan memiliki anak sedozen nanti, haha! Tak perlu la saya beli aiskrim. Semuanya hanya boleh dibuat dengan hujung jari :p

Image Hosted by ImageShack.us

Sebenarnya mak saya yang beria-ria mahu belajar sebab dia nak jual di koperasi sekolah dia. Saya amatlah jeles dengan mak saya ni. Sudahlah dia jual kerepek pisang, seminggu leh dapat seratus lebih ringgit malaysia. Ni nak tambah pula dengan aiskrim buatan sendiri yang akan dipelbagaikan perisa serta hiasan-hiasan yang akan menarik perhatian bebudak tak cukup umur itu untuk beli. Duit gajinya memang sep gile. Perbelanjaan mak hanya hasil dari jualan kerepek tiap-tiap minggu. Duit gaji tak diusik. Argghhh!! Jelesnye saya...hehehe.

Image Hosted by ImageShack.us

Nanti ditambah pula dengan wang bakal pemberian anaknya yang solehah ini,hikhik. Lagilah bertambah duit mak saya. Argghhh!!! Jelesnya saya! Err..mak, leh tak mak support separoh duit ansuran kereta jika ditakdirkan saya terpaksa memiliki kereta??? hehehe... (isk..isk...tak patut betoi aku nih!)

Image Hosted by ImageShack.us
Aiskrim perisa jagung. Walaupun tak sehebat Baskin Robin or Haagen Dasz, tapi jadilah... :p

Teringat pula zaman budak-budak dulu saya ajak mak buat aiskrim malaysia perisa asam masin dengan perisa cendol. Promote kat kawan-kawan sepermainan dan mereka pun beli :D (ada ciri-ciri usahawan dah ni dari kecik-kecik, ahaks! perasan!)

Epi Oliday

Assalamualaikum dan salam sejahtera tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Seperti yang dijanjikan saya kembali setelah menghilangkan diri seketika akibat gangguan siaran yang memang disengajakan.

Sebelum saya meneruskan acara penulisan silalah mengucapkan "Selamat Hari Guru" pada saya. Hahaha!!! Memang sungguh kurang sopan permintaan saya. Ibarat masuk bakul angkat sendiri. Tapi saya pedulik hape, hehe. Kalau boleh janganlah sekadar ucapan, tetapi sertakanlah sekali hadiah-hadiah yang lumayan!! Muahahaha..

Image Hosted by ImageShack.us

Saya telah selamat sampai ke kampung halaman yang aman-damai jam 11 malam semalam. Sebenarnya jumaat yang lepas saya balik kampung juga. Semuanya gara-gara saya berasa amat tension tahap gaban, tahap otroman serta tahap kesatria baja hitam. Saya tinggalkan segala kerja-kerja sekolah dan terus blah balik kampung.

Pada hari terakhir persekolahan sebelum budak-budak sekolah di Malaya ni bercuti penggal pertama, telah berlansungnya acara sambutan hari guru peringkat sekolah di sekolah saya. Amatlah seronok kerana tiada P&P, hehe. Kadang-kadang cikgu pun takde mood gak nak mengajor pasal ingat nak cuti sekolah je :p

Apa lagi..layan gambo je ah ek? ;)

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us
Perhimpunan pagi sebelum majlis mula

Image Hosted by ImageShack.us
Sedang menanti hadiah dari barisan pengawas sekolah.
Saya amat excited, siap bukak beg nak simpan adiah tu.
"Apa lah agaknye yer?"
"Cet!! Gula-gula jer???" Ampehhh.. ;p

Image Hosted by ImageShack.us
Kejutan yang best. Selepas pengetua rasmi, tetiba turun belon dari langit! hehe

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us
Guru-guru berebutkan belon

Image Hosted by ImageShack.us
Acara sukaneka antara kumpulan

Image Hosted by ImageShack.us
Group saya yang budget macam leh dapat johan...

Image Hosted by ImageShack.us
Padahal main tipu je lebih... Semua group cikgu men tipu. Pengawas yang handle pun penin tgk kami main,haha!

Image Hosted by ImageShack.us
Masing-masing tengah asyik tengok persembahan dari students

Image Hosted by ImageShack.us
Bebudak pun seronok tengok

Image Hosted by ImageShack.us
Dan ini yang paling saya seronok, muahahaha!!!
Azam tahun depan adalah untuk mengumpul lebih banyak hadiah, wakakakka.
"Oiii cikgu! Orang azam nak jadi cikgu yang lebih baik dari sehari ke sehari!!"
"Erk! Ok2.. ! Aku tersalah azam" :p

Saya rasa saya tak patut dapat walau sebarang hadiah pun lagi. Kerana saya kira masih sedikit sumbangan yang saya lakukan pada students saya. Kadang-kadang rasa macam nak resign aje. Tapi bila dapat penghargaan dari students walaupun seorang, hati jadi sejuk semula. Entah la... biasa la, ada kalanya motivasi kita setinggi gunung dan kadangkala pula merudum terus.

Apa-apa pun saya akan sentiasa memperbaiki persembahan pengajaran saya di hadapan students. Saya mahu jadi guru yang ada 'BRAND' tersendiri pada students ;)

Pada semua yang bergelar guru, saya ucapkan Selamat Hari Guru!! :) Sedikit terlambat,hehe...

Followers