See You At The End Of May

Blog ini sekali lagi akan mengalami gangguan siaran buat beberapa ketika dan akan beroperasi semula pabila budak-budak sekolah di Malaya ini bercuti sekolah yakni bermula 26 mei sehinggalah 10 jun yang akan datang.

Menurut students yang saya tanya, kata mereka ada beberapa komputer yang mempunyai sambungan intenet. Walaubagaimana pun saya kira saya tiada masa pun untuk membuang masa di hadapan komputer di sekolah kerana ada seribu macam saknike-mak-nenek tugas lain yang perlu dibuat. (Biasa la, penyapu baru kan..konon budget cam rajinnnn...harharhar!)

Image Hosted by ImageShack.us

Sehingga jumpa lagi! Daaa... !!! ;)

**Dapat gaji gedebuk nanti, akan kupastikan En.Streamyx sentiasa berada di sisi menemani kesunyianku di bilik sewa :D

Fahri di PWTC :p

Semalam tiba-tiba saya mendapat sms dari nombor yang tidak dikenali. Rupa-rupanya daripada Nurul.
Dyh, nrl ni.xde kredit tpxcited nk gtau.tau x,penulis ayat2 cinta ada kt pwtc ni.Aku trs bli novel dia tu td.
Ntah henfon sape dipinjamnya untuk sms saya.
Ha yeke? bestnyer! mst hg mntk tanda tgn dia.Ensem tak penulis tu?ehe...
Muka penulis tu tenang je td.sejuk hati tgk..hehe.mmg ramai la org p smbang ngan dia.Hg jgn riso,aku dh mntakkan signature dia utk hg ;)
Bgs2! mekaseh tau! :)
Aku ni ingat kt kwn aku,keke..Siap aku suh tls utk nur hidayah lg.Kena ada upah ni tau :p pameran tu smpai next week. Aku nk ingatkan hg ni,jgn lupe doa cari jodoh tu tau..kekeke.

Ooo..nak upah ek? upahnya doa cari jodoh tu la,muahahaha!!
Saya memang sedia maklum ada pameran buku di pwtc, tapi saya tetap mahu balik kampung. Lagi pun duit tengah tarak ni. Saya sudahlah jenis yang akan jadi giler meroyan bila tengok buku banyak-banyak gitu. Dengan keadaan poket yang keuzuran lebih baik la saya menjauhkan diri dari pameran-pameran buku buat sementara ini. Lagi pun pameran buku yang akan-akan datang pasti juga ada. Ada rezeki nanti saya akan pergi.

Assalamualaikum!!! ;)

Yeeehaaa!!! Cuti datang lagi!! Dapatlah saya berdeting sepuas-puasnya dengan abg streamyx. Sudah sebulan lebih saya menahan rindu dendam pada abg streamyx. Di tempat saya tinggal sekarang tiada abg streamyx. Ketiadaan abg streamyx amatlah membebankan, menjadikan hidup saya tidak keruan seperti pungguk rindukan bulan. Hari-hari teringatkan abg streamyx yang gagah perkasa,haha.

Saya cuti sehingga hari rabu. Itupun baru semalam baru dapat balik. Kalau tidak kerana sekolah ada Majlis Hari Anugerah, dah lama saya cabut balik kampung. Naseb baik masih ada tiket ke Kuala Kangsar. Itupun saya hampir menangis pasal sebaik saja sampai di stesen Jalan Duta, penjual tiket kata semua tiket ke Utara sudah habis. Saya cuba bertenang, dan ambil keputusan ke Pudu. Itupun setelah telefon rakan serantauan Ina dan Nurul. Mereka suruh saya cuba cari tiket di Pudu pula. Salah saya juga pasal tak beli tiket awal-awal. Mungkin saya masih terikut-ikut fiil semasa tinggal di Penang, masa nak balik kampung baru beli tiket ondaspot!

Akhirnya dapat tiket pukul 4.30 petang. Dan saya terpaksa menunggu hampir 2 jam setengah di Pudu sambil buat bodoh. Takdalah buat bodoh sangat pasal saya sempat sembang-sembang dengan uncle cina di sebelah kiri dan makcik melayu di sebelah kanan. Ramah-tamah kan saya ni. Sesuai dibuat calon menantu,haha!

Sudah sebulan lebih saya tidak balik kampung. Rindu pada segala-galanya terutamanya abg streamyx la,hehe. Rindu juga pada semua bloggers yang tersenarai di tepi kiri blog saya ini. Dan sekarang saya ingin stop merapu dan meraban kerana saya mahu mengexplore blog-blog anda semua yang telah banyak saya ketinggalan ;)

Followers