Raya Haji 2009


Raya datang lagi!!! :)


Saya cuti sampai Isnin. Selasa baru start SPM semula (bagi pelajar sastera la. Pelajar aliran sains, ari Isnin depan dah start xm).


Layan gambar lemang lah yer :)



Tukang masak lemang profesional! Abah saya.


Selamat Hari Raya Aidil Adha semua :)
Maaf Zahir dan Batin.







Kawen Zalin 21.11.2009

Jumaat lepas, ada satu paper EST di mana seorang calon sahaja yang ambil. Sebagai Timbalan Ketua Pengawas saya kena juga menghadirkan diri. Exam habis pukul 11. Saya balik rumah, rehat-rehat, jam 5 petang keluar ke Hentian Duta. Bus saya ke Kuala Kangsar jam 6 petang.


Saya balik sebab nak menghadirkan diri ke kenduri Zalini. Kawan satu kelas dari sekolah rendah lagi sehinggalah tingkatan 5. Dulu zalin ni ala-ala tomboy, hehe. Kawen jugak ko Zalin, yer, hehehe. Tahniah! Tahniah!


Gambar-gambar ini semua ditangkap oleh adik saya menggunkan NIKON D60. Saya memang nak suruh dia shoot foto kahwen. Tambahan pula, sem depan dia start buat pengkhususan fotografi.

Zalin ni ambil jugak khidmat fotografer. Sekali pakej dengan make up, baju dan pelamin. Isterinya tukang make up, tok lakinya tukang amek gambo. Tapi macam hampeh. Gambo semua skema. Lepas tu masa dia nak shoot dalam bilik, siap tak bagi kami kawan-kawan ni masuk lagi. (nampak sangat tak profesional :p) Dengan gambo outdoornye takde. Asek gambo pengantin berdua je, tanpa ada gambar orang lain bersama pengantin. Ape kes? Skema nak mampos.




Lepas keluar bilik tu, baru dia bagi kitorang nak ambil gambar sendiri dengan pengantin.

"Tadi gambo daring sikit dalam bilik". Kata suami mak andam tu.

Saya pun tanya zalin, "daring bebenor ke?"

"Tak daring lansung!". Kata zalin dalam nada berbisik.

"Haaa, lepas ni kita buat lagi daring, hahaha".

"Oraittt!"

Saya dengan Ida je yang datang kenduri ni dan tunggu sampai habis. Nasib kami la sebab takde komitmen lain lagi. Yang lain mostly dah kawen dan tak dapat datang. Rozy ada la datang dengan husbandnya. Tu pun tak lama, lepas makan, jumpe kejap, dia pun beransur balik... Dia tengah peknen 4 bulan sekarang.

1st time saya ulang makan dua kali di kenduri kawen. Maunya tak. Masakan kampung, masak sendiri ramai-ramai, bukan kontrak. Ayam goreng cicah air asam, keladi masak lemak (fuh! favourite saya tuh!), kerabu pucuk paku bersama perut lembu.. kecur air liur beb! Semua tu kesukaan saya, hehe.


Ok lah, esok kembali bertugas menjaga SPM semula. Sampai rabu. Lepas tu ada gap sampai 30hb. Rabu ni saya balik kampung lagi :)

Old Fren From Old Town

Hari ni sangat smooth. Paginya saya pergi ke SMK VI, menghadiri taklimat Pegawas SPM. Dan dengan bertuahnya telah dilantik menjadi Timbalan Ketua Pengawas. Saya terima dengan hati terbuka. Be positive! :)

Lepas meeting, saya balik semula ke sekolah, masa tu dah jam 11.30 pagi. Saya kena ke sekolah untuk settlekan apa yang patut.

Balik sekolah ada temujanji dengan dentist. Ada lagi 3 gigi kena tampal. Hujan sangat lebat petang tu. Rasa memang malas nak pergi klinik gigi. Tetapi memandangkan saya dah tak boleh tangguh-tangguh lagi, saya gagahkan diri pergi juga.

Ikutkan hati saya dah malas nak buat filling gigi ni. Tak tahan mesin gerudi gigi tu.

"Good evening!". Kata Tuan Doktor.

"Ya, Good Evening.."

"So hari ini tampal lagi tiga yang terakhir".

Saya cakap, "Doc, boleh tak saya nak buat satu jer?"

Dr. Yeoh hampir terduduk mendengarnya. Haha. "Buat habis laa.."

"Doc, saya tak tahan la. Sakit la kena mesin gigi. Lepas tu nanti tak boleh makan for 24 hours".

"Mana boleh tak makan 24 hours. You tak boleh makan benda-benda keras saja...".

"Mana ada makanan yang tak keras sekarang".


" You makan bubur la, haha. Takpe, takpe, you habiskan 3 lepas tu tak payah datang lagi dah".

Saya sebenarnya memang nak habiskan je. Tak larat dah nak datang klinik. Entah apa miracle hari ini, saya tak rasa sakit lansung masa rawatan.

"Ok finish! See you 6 bulan lagi".

"Wahhh, it's miracle! I don't feel hurt at all". Then Doc ketawa and say good.

Lepas bayar, jam hampir jam 5 petang. Saya tunggu Kak Sue dental nurse kat situ habis kerja. Kitorang nak pergi lepak-lepak sambil makan-makan. Kak Sue ajak makan di Kozee Cafe. Sambil makan dan tunggu tunang Kak Sue datang, kitorang tengok gambar-gambar di camera. Sekali Kak Sue terjerit semasa tengok camera saya.

"Hey, ni Ida kan?". Saya pun tengok. Yer, betul Ida. Rupa-rupanya Kak Sue ni kenal Ida. Kawan sama kerja part time dia 2 tahun lepas yang dah lama tak jumpa. Ida tu pulak kawan saya dari sekolah rendah sampai habis Tingkatan 5. Kecil betul dunia di akhir zaman ni. Lekas-lekas call Ida. Ida pun terkejut saya kenal Kak Sue. Lepas tu ida pun datang ke Kozee Cafe. Dia on da way balik kerja. Ida datang dengan tunangnya.

Lepas jumpe, apa lagi, bertelur sebijik, riuh sekampung la jawabnya.



Balik rumah dah jam 10 malam. Kak Sue dan tunangnya hantar saya balik. Alamak, dah pukul 12 ni. Esok nak jaga SPM lor!

Rombongan Cik Kiah ke Aquaria


Semalam pergi bawa pelajar-pelajar tingkatan 1 ke Aquaria, KLCC. Budak-budak dah habis xm, so kaunselor la yang anjurkan lawatan ni. Supaya budak-budak tak buat vandalisme kat sekolah la kot, hehe. So kami guru pengiring tumpang sekaki la. Jaga budaknya tak sangat, berposing je lebih. Ala, dalam tu selamat jer... Budak-budak pun akan explore sendiri.


Mulanya saya tak kena jadi guru pengiring, sekali Kak T sakit kaki, jatuh, tak larat nak pergi, dia suruh saya ganti. Apa lagi, kecil tapak tangan saya, tapak tangan gajah saya tadahkan :p Suke! hehe.



Cikgu posing je kejenye. Tapi saya kurang ambil gambar sendiri, tolong ambilkan gambar orang je, tak semangat nak bergambar kerana merasakan pakaian saya pada hari kejadian sangat super selekeh. Nape ntah jadi gitu. Hehe.

Majlis restu-merestu dan nangis-nangis

Bergambar kenangan bersama anak-anak murid saya. Saya ni guru kelas diorang. Sedih la pulak bila dah nak berpisah ni walaupun ada yang nakal-nakal dalam kelas ni.

Let the pics speak themselves...


Iryan-- Ketua Pengawas merangkap Ketua Murid dan dapat anugerah Tokoh Pelajar 2009.

Adi yang pemalu nak ambil gambar. Dua orang lagi tu kaki study dalam kelas, ala-ala skema sikit la, hehe.


Wif Rizal, the guitarist. Katanya ada 19 gitar dah yang dikumpulnya. "I want to hear u play Canon Rock by Jerry C". Kata dia, "kacang je lagu tu". Haha.


Benjamin--> Penolong Ketua Tingkatan yang selalu main dalam kelas.

I'm gonna miss this geng!

Haa, ini kategori angle dalam kelas :)


Thank you to all my students. Terima kasih kerana menjadi student cikgu. Without a student, I would not become a teacher :) Walaupun korang ada yang nakal, tapi bila dah nak berpisah ni, sedih la pulak. Cikgu doakan semua berjaya. Sorry for everything. Halalkan segala yang terlebih dan terkurang yer. Good Luck in your SPM.








2012


Semalam tengok 2012 dengan Azwa, Kak Zie dan faresha. Faresha kata citer ni best dan bombastic. Saya? Entah la, biasa-biasa jer. Best lagi Armageddon! Armageddon tu ada part yang sangat sedih, hehe.


Dah tu pulak saya duduk di sebelah lelaki Cha Ya Nun Alif. Giler busuk bau badan dan mulut dia. Gile longkanggg!!! Bau seorang perokok pun tak macam tuuu. Spoil betul la.

Saya bagi 3 bintang untuk 2012. Huhu.






__________
Yang saya tau, tahun 2012 nanti PPSMI dimansuhkan ;p

Takde Tajuk Daaa...


Menonton wayang Pisau Cukur dengan kawan-kawan geng bus sekolah. 2 minggu ini minggu peperiksaan. So dapat rilex sikit. Balik sekolah, tak perlu pikir sangat apa yang perlu diajar dan apa hendak dibuat dengan pelajar. Jadi boleh melapang-lapangkan diri dan memanjakan diri bersama kawan-kawan.


Dan saya juga sempat menghabiskan buku-buku yang sudah lama tertangguh untuk dibaca. Sambil jaga exam pun saya baca. Walaupun itu adalah perbuatan yang salah. Sambil baca sambil mata dok jeling-jeling jugak la. Tapi kalau boss nampak memang kena la kot, hehehe. Tak kesah la, janji saya tak buang masa dan dapat baca.

Nasib baik la kat sekolah saya ni ramai lagi geng-tak-kawen-lagi. So masih ada la kawan-kawan yang seangkatan yang boleh diajak ke mana-mana.

Sebelah saya tu kawan bertekak saya dalam bilik guru. Kami mengajar subjek yang sama. Duduk di kelompok yang sama dalam bilik guru. Walaupun selalu bertegang leher, tapi tetap masih tolong-menolong. Mungkin disebabkan kami berkongsi tarikh lahir yang sama, tahun lain-lain :D





The Nadra Tragedy

Terima kasih Azwa Lavida kerana meninjamkan hamba buku yang giler best ini. Saya tidak tahu-menahu lansung tentang kisah benar Tragedi Nadra sehinggalah Azwa memperkenalkan buku ni.



Maria Hertogh adalah gadis keturunan Belanda yang diserahkan oleh ibunya, Adelaine dan neneknya, Nor Louise kepada Che Aminah untuk dipelihara tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.



Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika, dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan tarian di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Arthur Locke dan Sarjan Hertogh.




Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Che Aminah yang diwakili peguam bela Encik Ahmad Ibrahim, menang kes rayuannya dan Natrah dikeluarkan daripada York Hill. Kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun dan Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin tetapi mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya.



Konflik agama dan isu penjagaan telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura.



Pada 9 Julai 2009 yang lalu, Maria Hertogh @ Nadra @ Natrah meninggal dunia pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda akibat leukemia.



Teater Natrah akan dipentaskan di Istana Budaya pada 30 Nov - 9 Disember 2009 ini. Ape lagi. Jom nonton!


Yang sedihnya, dalam bab terakhir buku ni, Maria@Nadra meluahkan perasaannya mengatakan dia tak gembira tinggal di Holland dan selalu teringatkan Malaya terutama sekali ibu angkatnya Aminah yang dianggap adalah ibunya sendiri.

Maria selalu ingin kembali ke Malaya tetapi kesempitan wang dan keadaan dirinya yang sudah berkeluarga dan mempunyai 10 orang anak, membantutkan segala.

Tragedi Natrah ini tragis. Sedih. You should read it's 367 pages yourself to make things crytal clear.

CUCI

Hari ini hari Ahad. Jam 10 pagi keluar ke Midvalley. Tugasan saya dan 4 rakan yang lain adalah mencari dan membeli hadiah untuk lucky draw majlis Hi-Tea Sabtu, 7 hb ini nanti. Balik rumah jam 6 petang. Sangat penat ok setelah hampir 6 jam mencari, membeli dan menunggu hadiah dibalut. Hopefully all the teachers akan puas hati dengan hadiah yang bakal diorang dapat. Sebab kali ini kami AJK-AJK baru Kelab Guru sesi 2009/2010 mengubah konsep cabutan bertuah di mana tak semua yang akan dapat. 32 orang sahaja yang bertuah dan bakal mendapat hadiah. Kiranya separuh daripada jumlah kehadiran la.

Disebabkan tak semua yang akan bertuah, maka hadiah utama kami adalah yang bernilai RM400 [takde la mahal sangat ye dok? hehe]. Tapi ok la, daripada tahun-tahun lepas di mana semua dapat lucky draw sehingga sekecik-kecik objek pun diterima yang mungkin harganya macam hampehhh. Nama lagi lucky draw, so tak semua la lucky kan? Bila buat macam ni, baru la boleh beli hadiah yang grand dengan budget yang ada itu.

Hopefully semua berpuas hati walaupun kami yakin akan ada kata-kata dan ketidakpuashatian dari hati yang bernama manusia di muka bumi ini. [tak kesah la tu. kita tak mampu untuk puaskan hati semua orang ye tak?]

Itu cerita hari ini.

Semalam pula saya dan Azwa pergi tengok teater CUCI the musical. It was awesome! That is my opinion. So layan gambar je la yer :)

[Oh, ya! Dulu di awal-awal berblog saya tidak me'reveal'kan diri saya. Tapi sekarang sejak setahun, 2 tahun ini, saya rasa, muka saya dah beratus-ratus kali muncul di skrin komputer yang membaca blog saya ini. Dulu rasa mahu menjadi yang tidak dikenali. Tapi lama-lama terasa ingin memunculkan diri. Positifnya menjadi yang tidak dikenali adalah, ianya membuatkan orang tertanya-tanya lalu blog anda akan menjadi sedikit fofular. Tapi setelah dikenali, kemungkinan besar kefofularan itu menjadi berkadar terus atau berkadar songsang, hahaha].

Ok lah, layan gambar artis ok :p


2 artis popular, hahaha

Berusaha menunggu turn berbaris untuk jumpe artis. Macam hampeh :p

Adibah Noor comel!

Wah, Azwa! Sama tebal mekap ko dengan Adibah.

Cantek la Vanidah Imran ni.

Oh Hans! I like ur body figure, hak hak hak!


Ok lah, badan dah rasa sakit la. Mungkin ini kesan mengangkat kotak-kotak hadiah lucky draw dan menolak troli berjam-jam lamanya, huhu.

Followers