Bulu-Bulu Halus

Suatu hari di pusat tuisyen...

Image Hosted by ImageShack.us

"Ok, next is ear canal. It is a 2.5 cm long, narrow tube lined with hair".

Tiba-tiba mereka buat muka pelik.

"Faham tak ayat nih? Dalam salur telinga ni ada bulu-bulu halus. Kan ke masa kita korek telinga, kadang-kadang ada keluar bulu-bulu halus tu.."

Semua geleng kepala.

" Takde pun cikgu???"

"Aiii..takkan korek telinga tak penah nampak bulu halus tu? Kadang-kadang ada melekat kat cotton bud tu. Ke hangpa tak korek telinga?"

"Tak penah jumpa pun cikgu???"

"Ada lah!!!" <---ayat mempertahankan diri,haha.

Anda semua macam mana? Korek telinga penah jumpa tak bulu-bulu halus tu???

Year 2007, 1428 Hijrah

Januari hampir melabuhkan tirainya...

Image Hosted by ImageShack.us
Khamis, 6:30 pm

Image Hosted by ImageShack.us
Jumaat, 8:30 am

Image Hosted by ImageShack.us
Jumaat, 6:30 pm

Image Hosted by ImageShack.us
Sabtu, 8:30 am

Image Hosted by ImageShack.us

Semoga ada sinar harapan buat saya...

Vita C

Tubuh saya telah kekurangan vitamin C!!!

"Binatang apa vitamin C?"kata P.Ramlee.

Gusi di gigi geraham kiri saya berdarah bila saya berkumur dengan kuat. Tapi bukan di tahap skurvi ;p

Sejak hampir 9 bulan tinggal di rumah, saya telah menjadi kurang berdisiplin. Saya telah tidak mengamalkan pemakanan yang sihat. Gizi saya tidak seimbang. Saya makan semuanya, dan saya tidak lagi melakukan senaman. (Tapi menyapu daun-daun di halaman rumah saya yang luas masih dikira senaman yang bisa mengeluarkan peluh).

Sejak hampir 9 bulan tinggal di rumah saya tidak lagi mengamalkan pengambilan supplement vitamin C, spirulina dan susu igg yang menjadi rutin saya di hostel. Saya jadi begitu malas untuk menelan semua itu. Mungkin sebab di rumah tiada perlu ke kuliah. Jika ke kuliah saya akan pastikan saya menelan ketiga-tiga gizi tersebut. Vitamin C untuk kulit, spirulina untuk awet muda *kononnn..* dan susu igg untuk tulang dan sebagai pembekal tenaga juga untuk awet muda *kononnn...*

Sejak hampir 9 bulan tinggal di rumah, botol-botol supplement tersebut tidak luak. Nyaris belum expired. Kelmarin dan kelmarin yang lepas gusi gigi saya masih berdarah. Syukur Dia mengisyaratkan gusi saya mengeluarkan darah, menandakan ada sesuatu yang kurang dalam tubuh saya. Nampaknya saya wajib kembali mengamalkan pemakanan yang sihat...

.........................

Saya akui kadang-kadang saya alpa. Dan saya sedia mendengar nasihat dan teguran. Tegurlah saya, ingatkanlah saya jika anda lihat saya terleka. Saya manusia biasa, tak lari dari membuat dosa.

Tapi perlukah saya bercerita, bergebang seantero dunia mencanang amal ibadat yang dibuat?

Saya terima saranan anda itu. Dan saya dalam proses menghayatinya. Tapi tak perlulah anda bertanya kembali dan terus membuat andaian yang saya tidak melakukannya. Kalaupun saya buat, saya jenis yang tak suka mahu menghebohkannya.

Ahhh..manusia. Cepat sangat melenting. Macam saya kot? Tapi seikhlas hati saya, saya mahu bagitahu, jika mahu nasihatkan seseorang biarlah dengan cara yang berhikmah. Janganlah menuduh yang bukan-bukan sampai yang kena nasihat itu terasa jatuh air mukanya.

Pabila Chef_Tak_Diva Bercerita

Saya telah mendapat request dari molekul zwitterion untuk mendapat resepi moist chocolate cake. Sebelum itu kepada zwitterion suka saya mengingatkan kalau resepi ni tidak jadi, itu salah anda sendiri,ekekeke.

KEK COKLAT

Bahan A

250 gm tepung gandum (ayak le dulu)
250 gm marjerin @ mentega
250 gm gula castor
6 biji telur
1/2 sudu besar backing powder (ayak sekali dgn tepung)

Bahan B

75 gm koko powder
125 ml air sejuk (dalam peti ais tu)
50 gm gula castor

Cara:
  1. Pukul marjerin dengan gula sampai kembang semangkuk.
  2. Masukkan telur sedikit demi sedikit sambil pukul lagi sampai kembang jugak.
  3. Masuk tepung + baking powder (sedikit demi sedikit).
  4. Bancuh bahan B, then campurkan dalam bahan A.
Bakar pada suhu 160 degree sampai la kek itu masak, yakni pabila dicucuk lidi, lidi itu bersih. Ada lekat sket2 tu kira halal la,hehe. Biasanya masa yang diambil untuk masak ni ikut bekas yang diguna. Kita aplikasikan semula pengetahuan kimia kita. Lagi besar luas permukaan maka lagi cepat dia masak, kan kan kan kak zwitt? ;) Kalo bekas bulat saya tu ambil masa lebih satu jam juga pasal bekasnya kecil, adunan jadi tinggi.

Image Hosted by ImageShack.us

Sekian saja resepi kek coklat moist dari Chef-yang-tak-berapa-Diva. Oh, ya! Saya biasanya guna mentega dan bukan marjerin. Tapi menurut yang saya baca, marjerin akan membuatkan kek kita itu sedikit moist. Resepi ni ambil dari kenalan semasa kursus. Dia guna marjerin, kata dia memang moist.

To kak zwitt, selamat mencoba :) Nak lagi sodap, buatlah toppingnya sekali ;)

Ok, tuan-tuan, puan-puan, kakak-kakak, adik-adik sekalian, kita ke resepi yang seterusnya iaitu Kek Keju yang direquest oleh nayzera dan nur@addeen.

KEK KEJU

Bahan untuk base :

120 gm biskut marie atau pun oreo(krim oreo tu buang)
50 gm butter
1 sudu besar madu (golden syrup pun boleh juga)
1 sudu besar susu sejat (kalau tak bubuh pun takpe, tidak memberi sebarang kesan sampingan)

Cara:

Hancurkan biskut dalam plastik (saya ketuk-ketuk guna lesung batu).
Cairkan butter, madu dan susu tadi tu atas api lebih kurang seminit.
Kemudian campurkan campuran butter-madu-susu tu dalam biskut. Gaul rata. Pastu press dalam acuan kek.

Bahan untuk kek :

500 gm cream cheese (saya guna PHILLADELPHIA)
100 gm gula castor
2 biji telur
1 penutup vanilla extract

Cara :
  1. Potong-potongkan cream cheese into pieces (spy sng nak beat nanti)
  2. Pukul gula dengan cheese sampai cheese lembut. Pastu masukkan vanilla.
  3. Masukkan telur dan pukul lagi sampai sebati.
  4. Bila adunan dah sebati asingkan dalam 3 sudu besar ke dalam mangkuk lain (ini untuk buat bentuk marble kat atas kek).
  5. Yang selebihnya tu tuang dalam acuan yang ada base biskut tadi tu.
  6. Adunan 3 sudu tadi tu campur sedikit dgn koko powder. Lepas tu pipingkan atas adunan dalam acuan tadi. Then ambil lidi or garfu lorek-lorekkan jadi bentuk macam marble.
Image Hosted by ImageShack.us
Rupa marble yang sepatutnya la, but mine you can refer to the previous entry Jubli Emas,ehe

Sebenarnya ikut kreativiti la, kalau tak nak buat corak marble tu pun ok, janji boleh makan sudahh :p

Resepi kek keju marble ni diambil dari chetam. Mekasih chetam ;)

Eh,saya lupa mahu bagitahu cara membakarnya. Kek keju ni dibakar pada suhu 160 degree juga. Tapi caranya lain sket. Letak acuan adunan tu dalam dulang yang berisi air. Pastu biarkan oven meneruskan aktiviti pembakarannya.

Kepada yang request selamat mencuba dan semoga berjaya...

Mimpi


Semalam saya ke Popular, meneman nurul dan adik saya mencari buku sekolahnya. Apakan daya, keadaan kewangan saya masih belum mengizinkan. Saya hanya mampu membelek-belek dan melihat-lihat saja dengan hati yang penuh geram untuk membeli semua buku-buku yang menarik hati saya.

Disebabkan saya tak mampu untuk membeli, saya terpaksa membaca dengan cepat satu buku itu sementara adik saya dan nurul membuat hal masing-masing mencari apa yang patut di dalam Popular tersebut. Saya tertarik dengan buku tentang cara menguasai minda separa sedar. Antara topik-topik dalam isi kandungannya saya teruja membaca topik "Telepati". Tahukah anda kita boleh menge'pow' rakan kita hanya dengan menggunakan telepati ;) Saya cuba membaca dengan penuh khusyuk kerana saya bercadang untuk mengaplikasikannya,haha.

Melalui telepati juga kita mampu membuatkan seseorang itu jatuh cinta dan sayang pada kita. Bila terpandangkan wajah kita seluruh jiwa, raga, cinta dan kasih hanya pada kita seorang. Suami isteri patut amat aplikasikan ini. Oh, tak lupa juga pada pasangan yang sedang berkasih-kasihan ;) Semua itu ada caranya. Kalau mahu tahu pergilah beli. Saya akan pastikan saya beli juga buku itu nanti.

Untuk latihan asas telepati, cuba pandang seseorang (make sure orang itu jauh sikit jaraknya dari anda). Arahkan orang itu memandang anda (sebut dalam hati, "pandang aku.. pandang aku..). Cuba banyak kali sampai orang itu terpandangkan anda. Boleh juga buat telepati dengan binatang, cara yang sama. Boleh cuba dengan kucing ataupun kambing :p Kalau dah terer yang ini baru boleh pergi latihan telepati yang lebih tinggi :)

Satu lagi subtopik yang paling menarik hati saya adalah "Mimpi". Rupa-rupanya mimpi kita adakalanya adalah petunjuk untuk kita menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian kita. Cuma kita saja yang tidak menyedarinya dan tidak tahu untuk menggunakan mimpi kita itu. Penulis memberi contoh Albert Einstein. Beliau berjaya menemui teori pergerakan cahaya apabila bermimpi menunggang cahaya. begitu juga dengan seorang ahli biologi yang telah menemui fosil sejenis tulang ikan yang tidak lengkap. Beliau akhirnya dapat menyudahkan lukisan penuh tulang ikan tersebut setelah bermimpi tentang bentuk asal tulang ikan itu. Serta beberapa contoh lain tentang mimpi Nabi Yusuf.

Bagaimana mimpi membantu kita menyelesaikan masalah? Dalam buku itu dinyatakan ketika tidur minda sedar kita tidak berfungsi lansung tetapi minda di bawah sedar berfungsi dengan baik sekali. Kita disarankan menyediakan satu diari untuk menulis semua mimpi kita setiap hari. Macam tulis diari harian tetapi ianya rekod mimpi peribadi anda. Seeloknya buku itu diletakkan bawah bantal beserta dengan pen sekali. Supaya apabila kita terjaga dari mimpi kita terus boleh menulisnya kerana jika menunggu esok hari kemungkinan besar kita telah lupa mimpi tersebut.

Sayangnya saya tidak sempat habis membaca cara-cara bagaimana mahu mentafsir mimpi itu supaya ia mampu membantu urusan hidup kita,hehe. Nampaknya memang kena cari duit untuk beli buku tu. Teringat pula mimpi saya 3 atau 4 hari lepas. Saya mimpi berada di suatu tempat, ada ramai orang. Tapi tak sure saya di mana. Tiba-tiba mimpi saya tu terus menunjukkan pemandangan dari udara. Apa yang saya lihat? Rupa-rupanya saya berada di kawasan rehat jambatan kedua Pulau Pinang,haha.

Jambatan kedua tu belum pun siap lagi tapi saya sudah sampai ke situ. Ape maksudnya yer? hehe...

Jubli Emas

Hari ini hari jadi abah saya, 18 Januari 2007, genap 50 usia abah. Tiada hadiah, pasal saya ini tidak berduit orangnya,hoho. Hanya mampu membuat seketul kek keju dengan corak yang ntah-hape-hape.

Image Hosted by ImageShack.us

Semua kos bahan-bahan ditaja oleh emak. Saya hanya keluar duit beli biskut oreo untuk dijadikan base kek saja.

Image Hosted by ImageShack.us

To abah : Selamat Hari Lahir. Dengan ucapan jangan garang sangat nanti saya takut mahu cakap ayat ini --> "abah, anje mahu kawen!" :p

Main Masak-Masak Lagi

Ok, saya tutup kes cicak. Nampaknya ramai yang menyokong pembunuhan yang penuh tragis itu,hehe. Sekarang saya mahu main masak-masak pula. Ini sajalah kerja yang mampu saya buat sebagai 'penunggu' rumah sepanjang masa selain terpaksa rela membuat kerja-kerja rumah,haha.

Sebagai seorang penuntut yang baik, setelah kita menuntut ilmu, seharusnya ilmu itu dipraktikkan ;) Saya seorang penuntut ilmu yang baik :p Atas kesungguhan saya maka terhasillah donut seperti dalam gambarajah di bawah. Saya sungguh teruja untuk menghasilkan donut ini kerana saya bercadang mahu menjualnya di sekolah-sekolah di Malaysia. Strukturnya lembut ketika masih panas. Ini telah mengakibatkan hati saya berbunga-bunga riang.

Image Hosted by ImageShack.us

Kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Sebaik saja donut ini sejuk, rupanya-rupanya ia tidaklah lembut lagi. Namun begitu bukanlah keras seperti batu. Anda jangan salah sangka tauuu ;) Tetapi ia tidak menjadi gebu seperti yang diharapkan.

Setelah dikaji selidik sedalam-dalamnya................... rupa-rupanya saya terlupa bubuh bread improver! Uwaaaaaa!!!!!

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Takpe..takpe, gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya ;p Lagipun masalah utama hanya tak bubuh bread improver je. Next time saya bubuh, sure menjadi gebu seperti...seperti ape ye? Seperti gebu yang sepatutnya lah!

Erk!!!!

Hari ini bukak emel, tetiba nampak ada emel dari YouTube Service mengatakan ada new comment on your video. Komen untuk video Cicak Mati rupanya.
You disgust me. That's torture. It's a poor little gecko, it can't harm you, nor can it defend itself against you. what is wrong with you? - fioregiallo
Oh, ape harus saya jawab? Makan dalam la pulak komen dia nih. Fioregiallo ni pastinya mat saleh. Memang betul jugak kata dia tu. Cicak tu bukan boleh menyakiti saya pun. Berdosa ke saya bunuh cicak? Isk, konpius pula...

Tambahan : Cicak ni mak saya yang lastik kat siling rumah. Dia jatuh mati dalam keadaan yang penuh nazak.Alahai,memang la kesian, tapi tiba-tiba saja datang idea saya untuk menjadi camerawoman merakam incident real dan tragis.

Haiiiyaaaa!!!

Suatu malam Uncle Teh datang rumah, menghantar pesanan mak.

“Eh, kamu tak posting lagi ker?”. Tanya Uncle Teh pada saya.

“Belum lagi la..jadi penganggur lagi,hehe”.

“Penganggur terhormat la kamu”.

Dalam dok sembang-sembang mak tanya, “Hei Teh, tahun ni tahun ape ar?”

“Tahun ni….tahun babi,”haha.

“Ha? Tahun babi? Alamak, orang lahir tahun babi la uncle Teh”.Kata saya.

“Kamu lahir tahun babi? Haiiiyaaaa!!! Tarak ong”.

“Tarak ong ker? Tu pasal tak dapat-dapat posting lagi ni kot,hahaha”.

Uncle Teh gelak aje. Uncle Teh ni nama aje keturunan cina tapi tak pandai bercakap, menulis dan membaca tulisan cina. Dah tu pulak, tiap kali bulan ramadhan dia puasa penuh siap dengan puasa enam sekali dia buat. Bila abah tanya bila mahu masuk Islam dia senyum-senyum aje.

Hurm.. Sudahlah lahir tahun babi, tahun ni pulak tahun babi. Sadis..sadis. Oh, saya bukanlah percaya dengan tahun cina itu. Saja buat lawak bodoh ;p

Harimaujan

Suatu malam kami berkumpul ramai-ramai, mak, abah, makcik, pakcik, sepupu-sepapat semua ada. Macam-macam topik keluar. Pasal agama, politik, masalah negara, tol, semua ada. Saya menjadi pendengar setia. Tiba-tiba abah bukak topik pasal harimau.

Dikatakan pada zaman dahulu ada seorang lelaki ni, bekerja di hutan, kira macam cari kayu la mungkin. Setelah penat bekerja dia pergilah panjat pokok, nak melelapkan mata barang seketika. Elok saja dia terjaga dilihatnya ada seekor harimau betina dengan seekor anaknya tengah dok landing bawah pokok tu.

"Alamak!!! Macam mana aku nak turun ni?"

Waktu itu hari sudah hampir malam, lelaki ini perlu pulang ke rumah. Mahu tidak mahu dia terpaksa la juga duduk atas pokok itu. Tiba-tiba anak harimau itu bertanya pada ibunya. Oh ya, kononnya pada zaman dahulu binatang-binatang boleh bercakap kan? Kononnye la!!

"Ibu, ibu..ape kekuatan kita sampai manusia semua takut kat kita?"
"Eh..ibu tak boleh bagi tahu. Itu rahsia kita. Kalau manusia dengar abes la kita."
"Ala ibu, mana ada manusia waktu begini, dalam hutan pulak tu."
"Baiklah, kalau kamu nak tahu, rahsia kekuatan kita terletak pada tiga tempat. Pertama pusar kita pada hujung ekor, kedua pusat kita pada tapak kaki, dan ketiga susu kita letak pada lelangit."
"ooooo...", jawab sang anak.

Tiba-tiba manusia atas pokok tu berkata," Woooo...aku tau dah rahsia kamu!!"

Mendengar saja manusia itu berkata begitu terus dua ekor harimau itu cabut lari. Maka, manusia tadi pun dapat pulang dengan selamat ;)

"Tu pasal, petua orang tua kata kalo jumpe ghimau, sebut tiga kekuatan pada dia tadi tu," abah.

"Eh abah! Harimau kan mamalia. Susu dia bukan kat perut macam kuceng tu ke?"

"Entah ler, takde le pulok tauu... Orang zaman dulu kata pada lelangit. Bila dia nak susukan anak dia, dia keluarkan susu dari mulut letak atas daun-daun. Nanti anaknye pegi la minum. Penah dengar cendawan susu harimau? Katakan cendawan tu tumbuh dari susu rimau yang tumpah atas tanah. Ala, ini cerita jer... Kalo jumpe ghimau try le buat," Hahaha.

Saya kira takde siapa ingat tiga rahsia Sang Belang ni kalau la betul tiba-tiba ada depan mata. Baik cabutttttt!!!

Oh ya, tapi ada satu yang berkesan. Ustaz saya semasa sekolah menengah ajarkan. Kata dia, kalau jumpa anjing, dan anjing tu macam nak kacau kita, sebut "Assalamualaika Ya Khatmir!". Khitmir, nama anjing ashabul kahfi :)

Saya sudah mempraktikkannya. Nampak berkesan. Tetapi apa yang penting anda perlu yakin ;p Ya, yakin! Sebab kawan saya cuba tapi tak berkesan. Pernah kami jalan ramai-ramai, datang anjing macam nak ganggu, kawan-kawan suruh saya sebut pasal diorang tiba-tiba lupa ape ayat ustaz cakap. Disebabkan keyakinan saya yang terlampau, maka kami selamat,haha. Eh, saya bukan riak! Jangan salah sangka,hehe.

Tapi kalau tang Pak Belang tadi tu. Ampun! Tobat! Saya tak sanggup ;p Tambah-tambah bila saya menggoogle pasal susu Pak Belang tadi, saya jumpa gambar ni.

Image Hosted by ImageShack.us

Walaupun ini harimau bintang, tapi ia tetap spesies harimau. Saya pasti beritahu abah fakta ni bila abah balik keje nanti.

"Abah!! Susu ghimau kat perut lah, macam kuceng,". Saya akan kembang-kempiskan hidung sambil menunjukkan aksi bangga bahawa saya telah berjaya mematahkan fakta orang dolu-dolu,haha!

Eh, makcik kat kelantan tu masa diserang harimau dia sempat hisap rokok daun. Terus dihembusnya asap tu kat muka ghimau. Ghimau pun terus lari. Maknanya, perokok-perokok tegar, anda selamat bila bertemu ghimau,hehe. Tapi jangan la hembus banyak sangat, bukan ghimau je boleh mati, orang sebelah pun boleh al-kojol,ehe :D

Hari Ini

Hari ini di tempat saya pukul 2 petang pun masih seperti pukul 8 pagi. Makanya saya telah mandi pagi pada pukul 2 petang. Anak saaaaaapa la ni!!

Lebih kurang pukul 2.30 hujan telah turun sehingga ke saat ini. Saya rasa mungkin sampai pagi besok. Wah, syok la saya tidur malam nih. Diselimuti toto tebal.

Saya nak pergi kursus roti dan pizza. Tapi seganlah nak mintak duit lagi kat mak. Memang menyusahkan mak betul saya ni. Anak saaaaaapa la ni! Dush dush!!

dua-kosong-kosong-enam

Di saat semua orang memasang azam demi azam untuk tahun 2007 saya masih terkenang-kenang akan jalinan hidup saya sepanjang setahun yang lalu. Saya kira-kira tiada lansung achievement sepanjang tahun yang lalu. Saya terasa seperti kosong, kosong seperti kosongnya angka kosong itu sendiri. Oh ya, mungkin kejayaan saya yang bisa menghabiskan pengajian on time boleh dikira juga sebagai achievement saya yang terlampau. Saya nyaris extend. Dan EXTEND adalah satu-satunya perkataan yang tidak sanggup saya lafazkan pada orang tua saya. Maka, di akhir semester saya telah mengambil 22 unit. Setiap kali disoal oleh rakan-rakan, “berapa unit sem ni?”. “Ermm..19 aje”

Di tempat saya belajar, pelajar hanya terhad mengambil paling banyak adalah 20 unit sahaja. Saya tidak akan menyebut 22 unit kerana saya tidak mahu mereka akan terkejut seperti beruk sambil guling-guling macam terkena sawan seterusnya pengsan. Ditambah pula, jika saya memberitahu jumlah unit yang sebenar, pasti saya akan menerima kata-kata yang akan menjatuhkan motivasi saya sehingga ke paras dasar laut. Kerana rata-rata yang mendengar orang yang mengambil unit yang lebih ini akan mengeluarkan kata-kata yang menakutkan.

Contohnya begini :

“haaa?? 22 unit? Banyaknya. Nape leh jadi gitu? Boleh buat ker?”

“Iskkkkkkk,boleh bawak ke tu? EXTEND je lah”

“22 unit? Si polan tu dulu, amek banyak sgt, last2 banyak yang kantoi. Ahirnya extend”

“Hang ni gila ka??? Leh buat ka? Aku 15 unit ni pun rasa terseksa”

Itulah sebabnya kita tidak digalakkan mendengar kata-kata negatif dari orang lain, kerana ia akan mengundang impak yang lebih negatif. So, juz follow ur heart. Becoz ur heart never lie to u. Tapi pastikan ur heart tu follow ur akal dululah.

Tuhan saja yang tahu perasaan saya tika itu. Tapi dalam hati saya kata. “Pasai tak nak extend la aku amek byk unit terus! Aku takmo extend laaa!!!”

Tapi kenapa sampai 22 unit? Ya kenapa ya? Kerana saya pernah kantoi, gagal subjek kimia dan juga ada faktor-faktor lain yang perlu dirahsiakan. Hanya nurul saja yang tahu, kan nurul kan? Hehe.

Saya pun tak tahu mengapa saya jadi begitu bodoh pada subjek kimia berlevel 3 nan satu itu. Dua kali saya ambil, dua kali juga gagal. Maka saya terpaksa repeat lagi sekali pada cuti panjang semester akhir, bermakna genap 3 kali saya ambil subjek yang sama. Bodohnya saya ini. Bukan subjek kimia itu saja yang perlu saya repeat bahkan juga satu subjek matematik, bernilai 4 unit, menjadikan jumlah keseluruhan unit sebenar saya pada semester akhir adalah 26 unit!!! Saya yakin jika ada rakan-rakan seperjuangan yang tahu pasti mereka tidak lagi terkejut beruk bahkan mereka terus koma. Saya tidak sanggup melihat mereka koma, maka lebih baik saya rahsiakan saja.

Siang malam saya berdoa, semoga Allah meluluskan saya dalam 2 subjek yang saya gagal ini. Terutama subjek matematik. Saya juga begitu bodoh dalam matematik. I hate maths. Saya lebih sanggup membaca buku biologi dari kulit ke kulit dari membuat pengiraan menggunakan pelbagai anu-anu yang ntah-hape-hape itu. Saya tak suka subjek mengira. Tapi syukur saya masih lagi pandai mengira duit.

Batin saya sungguh terseksa dalam masa menunggu result exam 2 subjek yang saya repeat itu. Dalam kepala otak macam-macam yang datang bermain. “AKU GAGAL, AKU KENA EXTEND, AKU TAK DPT GRADE BLN 8 NANTI, MACAM MANA NAK CAKAP DGN MAK ABAH, AKU TAK PANDAI”

Tapi segera juga saya meyakinkan hati saya, yang saya ini boleh lulus dan boleh grade on time. Bukankah setiap keyakinan dari hati itu adalah doa. Jika hati saya kata saya boleh lulus dan boleh grade, insya allah, jika Dia izinkan, maka saya akan grade. Maka berakhirlah penantian saya setelah saya menerima surat dari jabatan peperiksaan U mengatakan saya lulus dan boleh grade. Untuk lebih meyakinkan, saya telefon jabatan peperiksaan, dan saya bagaikan mahu terbang pabila suara kakak itu menyebut, “ Tahniah! Adik boleh berijazah”. Terasa hilang satu batu besar dalam tempurung kepala ini sehingga saya lupa untuk mengucapkan terima kasih pada kakak penjawab telefon itu. Tapi syukur saya masih ingat untuk buat sujud syukur.

Oleh itu, achievement saya yang terlampau pada tahun 2006 adalah mengambil 26 unit pada semester akhir dan berjaya lulus untuk semua 26 unit itu. Oh, memang terlampau sungguh achievement saya itu. Mungkin saya patut check dengan jabatan peperiksaan U ada atau tidak dalam rekod sesiapa yang pernah mengambil 26 unit atau lebih. Atau saya adalah satu-satunya rekod itu,haha.

Ok lah, saya ingin stop mengarut pasal achievement saya yang terlampau itu. Sekarang saya hanya mahu berkongsi rakaman fireworks kami sekeluarga di Pantai Teluk Batik pada malam tahun baru. Kami tidak beli bunga api ini, tapi ia adalah hasil daripada rampasan,ngeh ngeh! Bukanlah suke bangat mahu meraikan tahun baru dgn cara begini, tapi sekadar mahu menghabiskan stok bunga api yang berkotak-kotak di rumah. *Kalo tak diletupkan, tak pasal-pasal umah aku yang meletop* .Dan sepanjang tahun 2006 ini juga telah menyaksikan banyak aktiviti RAPAT UMUM yang kami jalankan bersama. Ya, terlalu banyak! Menambahkan rapat dan mesranya kami sekeluarga. Tak kira bersama family sebelah mak dan juga family sebelah abah. Masing-masing ceria apabila bersama.

Semoga tahun 2007 memberi sinar harapan buat saya walaupun saya sendiri masih kabur-kabur tentang perjalanan hidup saya ini.


Followers