Erk!!!!

Hari ini bukak emel, tetiba nampak ada emel dari YouTube Service mengatakan ada new comment on your video. Komen untuk video Cicak Mati rupanya.
You disgust me. That's torture. It's a poor little gecko, it can't harm you, nor can it defend itself against you. what is wrong with you? - fioregiallo
Oh, ape harus saya jawab? Makan dalam la pulak komen dia nih. Fioregiallo ni pastinya mat saleh. Memang betul jugak kata dia tu. Cicak tu bukan boleh menyakiti saya pun. Berdosa ke saya bunuh cicak? Isk, konpius pula...

Tambahan : Cicak ni mak saya yang lastik kat siling rumah. Dia jatuh mati dalam keadaan yang penuh nazak.Alahai,memang la kesian, tapi tiba-tiba saja datang idea saya untuk menjadi camerawoman merakam incident real dan tragis.

17 comments:

Anonymous said...

kita org melayu ni dah terbiasa dengan bunuh cicak tu sunat. sebab tu tak ramai yang rasa bersalah membunuh cicak. tapi elok juga kalau kita sentiasa ingat mengingatkan (walopun dia mat saleh).. kerana semasa berlakunya setiap kematian di depan kita, tak kira cicak nyamuk atau semut .. apatah lagi manusia, sebenarnya Izrail dah dekat dgn kita. Cuma kita jek tak nampak. :)

13may said...

jom lastik cicak!!

huarghhh!!! ganas ganas!!!

hahha!

INDERA KENCANA said...

Cicak adalah haiwan pengotor yang elok dibunuh. Tetapi jika ada cara lain mencegahnya dari membunuh, itu lebih baik...

Ayaq said...

Eyyy bukan bunuh cicak dapat pahala ka? Ni mau bukak pasai cerita nabi kat mat saleh tuh sebenaqnya huhu...

Anonymous said...

Heh.. kira melanggar hak asasi cicak sedunia nih.. ;-) Pernah tgk tajuk kat metro..komen mufti ke ustaz ntah (isu filem cicak man).. pasal tak dek nas jelas pasal dapat pahala bunuh cicak.. hurm.. Something to ponder..

Anonymous said...

jeff--> alamak,ms cicak tu mati maknanya izrail ada dekat sy le masa tu ek? grrr..takut la pulak

13may--> jom2!!

indera kencana--> hurm...ape ek cara lain tu? cicak ni tak mkn saman gak

ayaq masak--> kang dia pun fenin, tak psl2 dia kata islam ni terrorist lak,hoho

fuad--> ooo,ea? kena byk cari maklumat psl cicak la lps nih,ehe

Anonymous said...

sampai hati ko.. isk isk isk.. hehehe.. betul apa mat saleh tuh cakap, bukan cicak tuh kacau ko.. hehehe.. tapi kalau tak silap aku (please correct me if i am wrong) ada hadis yang menyuruh kita membunuh cicak sebab cicak ni binatang yang jahat.. selain daripada dia suke berak bersepah-sepah dan dalam makanan, dia jugak hampir menyebabkan Nabi Muhammad ditangkap semasa bersembunyi didalam gua Hira'..

P/s: Sejak tengok cerita Cicakman, aku perasan ada semakin banyak cicak dalam rumah aku, dan semua cicak ni jadi peramah dan tak takut manusia..

me3n said...

pinjam lastik. ku nak lastik cicak kat umah aku plak. ;p

Anonymous said...

kalau saye mmg tak sanggup nak bunuh cicak ni.walaupon dituntut bunuh cicak. sebagai jalan penyelesaian saye suruh kucing saye je buru cicak.hehe...anyways..masalah kat rumah saye skrg ni bukan cicak, tp cik ti..yaikksss!!!!!

-chubbychan-

WRA said...

yer...cicak tak perlu dikasihani sbb dia jahat...dia tolong org kafir...akak tak pernah rasa kasihan kat cicak....biar la org kata akak ni tak baik, tapi cicak tetap akan kubenci....huhuhuhu

achik said...

hehe tu la adik aku dulu pun masa kecik2 dulu hari jumaat je mesti nak lastik cicak... konon nak dapat pahala ;p

Anonymous said...

winterbride--> haha, cicakman telah membiakkan cicak kot

ad3ck--> ala, ko g mintak kat abg posmen getah putih yg tebal utk ikat srt tu, itu la lastik cicak kt umah aku :p

chubbychan--> cik ti lagi la menyakitkan hati. Suh je askat2 berbulu mu itu tangkap cik ti :)

kak wan--> uiyooo,bgs kak wan! semangat penentangan ttp ada tuh ;)

achik--> hehe :D

kakLuna said...

ye,ye, akak pun x suka cicak...suka berak rata2..pastu suka menyibuk kat celah2 almari dapur.

zwitterion said...

x suka cicak gak

DeeN said...

cicak? hhuu meskipun ianya haiwan ciptaanNYA, tapi haiwan itu dapat pahala jika dibunuh tatkala jumaat menyinsing.

Salam kenal mengenal H A Y A D aka D A Y A H. Betulkan? hehe.. selalu nengok nama nih, tp lom kenal lagi tuannya. Permisi dulu. Hola! Nanti jemput la datang 'umah' yer.

Pa'chik said...

kau cakap ngan dia tu, cicak tu berak dalam air kopi kau. dan kau dah ter...

Anonymous said...

kak luna--> balik lemari la tempat feveret depa

zwitterion--> uish, ramai penyokong x suke cicak nih,hehe

nuraddeen--> Hola! nnt saya dtg umah :)

pa'chik--> eeee...tak sanggup aku nk ckp,haha

Followers