Balik Kampung di Musim Buah

Sudah sebulan tidak update blog. Sungguh la bosan tanpa kehadiran intenet. Saya sudah pindah rumah. Tidak lagi menyewa bilik. Rumah baru saya sudah sedia ada line telefon tapi saya masih tiada masa ke kedai telekom untuk mengaktifkan semula line telefon tu.

Semalam pukul 8 pm saya sudah sampai ke kampung. Sekarang kan musim buah. Kalau tak balik dalam masa 2 minggu ni, alamatnya buah pun habis lah! Kebetulan isnin-rabu depan ada ujian bulanan kedua, maka dengan itu otak saya sedikit ringanlah kerana tiada P&P yang perlu dilaksanakan. Jadi balik kampung pada minggu ini amatlah sesuai.

Benda paling mengujakan saya adalah buah pulasan. Mak kata pulasan saya berbuah kali ni. Huhu...setelah 7 tahun akhirnya ia mengeluarkan hasil. Saya tanam di hari keluarnya result spm. Petangnya tu saya tanam. Mak kata tanam la, sempena memperingati result spm yang keluar. Macam bagus je result aku dapat,hahaha!! Kalau saya kawen lepas spm, bermakna anak saya sudah darjah satu,hik hik! Tapi saya tak kawen, saya tanam pokok! :p

Image Hosted by ImageShack.us

Betapa gembiranya hati pokok yang ditanam sudah berbuah. Dulu masa menganggur, kalau sapu laman selalu pi kat pokok pulasan ni. Cakap-cakap dengan dia suruh cepat berbuah, pastu suruh dia doakan saya cepat dapat keje. Tapi sekarang dah keje rasa macam takmo keje plak,ngeh ngeh!

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Lihatlah isi dia, wallaaaa sedap! Tengok tangan sapa la yang tanam kan? ;)

Oklah, saya mahu makan durian, rambutan dan manggis pulak. Esok dah nak balik kl. Kena makan sepuas-puasnya. Oh ya, kak luna telah mencemarkan duli saya, maka tiada lagi duli saya yang membolehkan saya menjadi halimunan. Kak luna jahat!! kekeke...

Followers