Minggu Sekolah Selamat 2009

Saya masih ingat lagi, tahun lepas. Di saat saya berkobar-kobar masuk ke kelas, baru je 10 minit mengajar, tiba-tiba loceng kebakaran yang panjang amat berdering.Budak-budak saya pun malas turun.

Kali ini, pagi tadi. Saya dengan bersemangatnya masuk kelas,[kelas yang sama macam tahun lepas] bagitau diorang turun ke makmal, bawa lab report, bawa buku nota. Sebaik je beberapa langkah saya keluar dari kelas, tiba-tiba loceng yang panjang berbunyi. Hampeh! Bikin spoil ana punya programmmm...

Budak-budak bersorak seronok. [seronok la pulak. tahun lepas korang malas nak turun]. Kelas-kelas lain pun saya lihat budak-budak bersorak. Gamat jadinya sekolah. [hampeh betul budak-budak sekarang, seronok kalau takde kelas].


Encik-encik Bomba sedang prepare bahan api.


Api dah dinyalakan.

Apa lagi? Korang blajo la padam api.

Tahun lepas saya ada cuba wat demo padam api ni. Tahun ni malas pulak bila diorang panggil guru untuk volunteer.

Tapi dah namanya latihan, bukan kebakaran sebenar, masing-masing jalan melenggang kangkung + lenggang mak ngah nak pegi kenduri. Huhuhu.

Teringat dulu semasa di USM. Suatu malam tu tiba-tiba loceng berbunyi panjang. Pukul 2 pagi kalau tak salah. Saya tak tidur lagi, tapi ramai juga ahli Desasiswa Indah Kembara yang dah tidur. Siap ada yang turun pakai baju kelawar. [yang pompuan ada yang tak sempat pakai B**, pasal baru bangun dari tidur, hahahaha]. Kami semua berkumpul di padang kawad. Siap bomba buat demonstrasi menyelamat pelajar yang terperangkap kat blok lagi. Sape la student yang jadi sukarelawan tu? hmm?

Itu baru best punyer latihan kebakaran. Tak inform. Dan buat lepas tengah malam. Haaa, baru kelam-kabut dibuatnya!




3 comments:

Kasawari said...

wah seronok main api dan padam api.. kalau tak dpat padam.. kasawari bersedia membantu..

abang2 bomba pun ensem2 tu.. he he

Ina said...

haha yg masa kt univ dlu sama la dgn kolej kiter. tp geng2 kiter mcm dh dgr ura2 so kami tdo pn dlm keadaan sopan la. ada budak2 yg xtau langsung tu siap mamai2 n terpinga2 sbb dipaksa turun. yg malu girls la kan...dgn xbertudung, seluar sependek2nya, baju singlet je n mcm2 lagi huhu. bdk laki la best masa tu nk jamu mata.

hayad said...

kasawari--> burung kasawari leh tlg pdm api ke?

dandelion--> hehehe, sm kes la kita. mcm2 rupa ada ms bdk pomp trn. bdk laki mmg jamu mata la.

Followers