Cuti Sambil Kerja

Sudah balik dari Tanah Tinggi Cameron. Mula-mula set dalam kepala, tak mahu beli ape pun. Sekali dekat 300 ratus jugak duit habis, keluar macam air.

Kami duduk kat sini. [azwa suke bergambo kontrol ayuuu.. nyampah aku! haha]

View from my window at level 10.

Kalau bosan-bosan tunggu budak punyer aktiviti kat hall, kami pi merayau kat kedai-kedai kat Brinchang neh.

Gadis dan Bunga :p

Sesi akhir, fotografi beramai-ramai. Teachers with students.

Hari last, lepas check out pagi tadi, kitorang pegi BOH Tea Plantation. Lawa giler tempat ni. Jauh masuk ke dalam. Ada bus sekolah disediakan. Bus sekolah buruk tu. Tapi masih gagah mendaki dan menuruni lereng-lereng bukit. Giler mencabar perjalanan. Untung saya tidak gayat. Masih boleh mengeluarkan kepala dari tingkap bus dan memandang ke bawah cerun bukit. F*ar*is budak Ting.5 yang saya ajar tutup-tutup muka bila bas hampir-hampir di lereng bukit, hehe. Tapi Uncle Bus tu memang dah pakar. Selamat perjalanan pergi dan balik kami. Syukur.


Dari tingkap bus.


Kalau bertembung macam ni memang kecut perut sedikit dibuatnya. Tapi pemandu-pemandu bus kat sini dah mahir.


Ok lah, nak titon dulu. Esok sekolah lor.... Ciow!

Oh ye! Korang nak strawberry? Jemput le ke ghumoh! :p


_______________
Lepas ni bila orang tanya, ape rasa cinta? Cinta itu rasanya ibarat strawberry cicah susu pekat cap junjung! Ahhhh, heaven! :D





11 comments:

CJ said...

nk strawberi cicah teh boh panas. kekeke

baru aku tau rupanya boleh masuk dlm ladang teh. selalu dok tgk dr jauh jek. haha!

achik said...

x buat stoberi cicah coklat ke?? ekeke.. ;p

hayad said...

CJ--> laa, mmg boley la CJ. dr dlu lg kalo aku g cameron mst msk ladang teh. ko jgn riso. pekerja bangladesh tu tak marah ko punyer :p


Achik--> tak sedap lah. sedap lg cecah susu pekat cap junjung :P

:|: TinTa Kibod :|: said...

utk mengekalkan keaslian..xyah cicah apa²..thn manis+masam!..ekekek

TEACHER OF SOMEONE said...

wah...bestnyer g cameron...
nak strawbery ;-)

TEACHER OF SOMEONE said...

lupe plak nak wish...
happy belated bezday...

hayad said...

@yue---> cuba la cicah susu pekat. pasti terangkat! :)

TEACHER OF SOMEONE--> thanx for the wish :) nak strawberry? dah habis dah pun, ehe.

Cikgu Ije said...

strawberry ada lagik?

hayad said...

ije--> habis sudaaa...

Ah Win said...

seriau tgk gaung tu..double seriau bialamana tgk gambar bas berselisih kat jalan sempit tu

hayad said...

nik awin--> mmg seriau jgk sikit. tp best. adrenalin merembes dgn pesatnya waktu itu, hehe

Followers