My True Color

Saya dan Mira ke PWTC. Pergi pameran usahawan. Best jugak. Dapat belajar benda baru, itu yang penting. Macam-macam produk ada dijual. Kalau tak tahan nafsu mau habis beratus jugak kat situ. Banyak produk usahawan Melayu dan pastinya produk-produk ni halal la. Tapi satu je, susah nak dapat di pasaran.

Contoh : Ada satu booth ni jual produk sos, frozen food, kopi pracampuran, semua buatan orang Islam. Tapi bila tanya, boleh beli di mana, mostly cakap kena kontek ejen. Ada juga la beberapa produk yang katanya dah mula pasar di Carrefour, Tesco, Mydin. Tapi tak banyak. Pasaraya-pasaraya tu banyak lagi jual produk-produk buatan bukan Islam. Kalau produk-produk keluaran bumiputera ni ada merata-rata kan senang.

Tapi paling best tadi di booth Colour Vibration Therapy. Sekarang saya dah tahu warna perisai diri saya. Warna pink! Hahaha. Warna keperempuanan sungguh!


"Orang warna pink lebih kepada emosi. Awak seorang yang sensitif, cepat terasa, dan kalau marah lebih suka memendam perasaan. Orang takkan tau pun awak sedang marah atau terasa. Awak lebih banyak pendam sendiri. Tu pasal orang warna pink banyak menangis dalam bilik air".

Hehehe, yes, menangis dalam bilik air :D

"Disebabkan awak jenis yang memendam sendiri, jadi awak senang dapat penyakit di sekitar dada dan jantung. Dan kalau awak dapat sakit di tempat lain selain dada dan jantung ianya cepat sembuh berbanding sakit di sekitar dada dan jantung".

Hurmmm... [sambil angguk-angguk]. Saya memang jenis pemendam perasaan... Orang memang takkan tahu saya tengah ada masalah, tengah sedih or tengah tension.

"Orang warna pink kekuatannya pada mata. Orang pink suka lihat benda-benda yang cantik. Awak tak suka tengok selerak-selerak, awak suka gambar yang cantik, pemandangan yang cantik. Awak tak suka pada hitam dan putih. Awak suka warna-warni. Jika buat nota mesti nak highlight kan dengan macam-macam kaler. Awak suka pada seni".

Yes, saya memang tak suka warna hitam dan putih. Saya tak pakai pun tudung hitam atau putih. Baju-baju pun boleh dibilang kaler hitam dan putih.

"Cikgu kan? Kalau kat kelas tu awak mesti nak cantikkan kelas awak, letak langsir semua, hias-hias bagi cantik".

[memang pun. saya siap nak beli langsir baru untuk kelas saya tu. dan suruh diorang cat. tapi bebudak memasing malas nak bagi kerjasama. sakit hati sungguh!]

"Awak tak suka pada perhiasan-perhiasan gelang, cincin, emas semua-semua tu".

Wow! ni memang tahap gaban punye betul, haha!

"Saya takde la suke giler warna pink ni. Bukan kaler fav la kiranya.."

"Yer, memang. Warna dalaman kita bukan warna fav kita. Kalau dia jadi warna fav means something is wrong".

"Tapi saya suka warna kuning".

"Kalau awak suka warna kuning means awak ada masalah di bahagian perut. Bila perut awak bermasalah, ia akan mempengaruhi perasaan awak menjadi was-was. Contoh : "Aku dah tutup ke belum iron tadi ek?" "Suiz elektrik tadi dah off ke blom?"

Alamak, saya memang selalu jugak gini.

"Macam mana nak hilangkan?"

"Saya cadangkan awak ambil garam booster, garam sodium rendah yang telah dicampur gelombang tenaga bunga".

Nasib baik murah. So saya nak cuba ambil garam ni. Takut jugak ada perasaan was-was ni. Bahaya!

Orang kaler pink ni ada satu kelemahan yang memang betul cocok dengan saya. Hehehe. Kelemahan tersebut adalah mudah diperdaya.

"Kalau orang datang jual apa pun, awak senang je nak beli. Pasal apa? Pasal awak mudah rasa kesian dan simpati".

Memang payah ada kelemahan gini. Apa orang promote semua saya beli. Ada juga la yang tak beli. Itu pun bila duit memang betul-betul dah mencapai tahap maksimum ketidakcukupannya :p

Jadi anda sudah tahu kelemahan saya. Jadi saya minta tolong anda semua tolong la jangan memperdayakan saya, hehehe. Mira osmet saya pula warna perisainya warna putih. Dan memang bukan warna yang dia suka pun, hehehe.

Lepas tu kami jalan-jalan lagi. Sampai la ke satu booth yang menarik dan tertarik. Boleh cek perjalanan darah. Guna jari manis. Jari manis kita disapu dengan gel, lepas tu letak jari manis tu di bawah microscope electron berkuasa tinggi la kot, pasal boleh tembus sampai dalam. Siap boleh nampak kapilari darah dan darah yang bergerak kat dalam kapilari tu. Saya punya aliran darah normal, laju dan smooth. Nasib baikkkk.. Memang boleh nampak. Ada pakcik tu aliran darah dalam kapilari dia slow amat.

Tapi orang yang tukang cek tu kata saya banyak toksik. Tompok-tompok putih tu adalah toksik.

"Suke makan maggi ea?"

"Errr...suke la jugak, eheeee".

"Kena kurangkan yer".


[ok ok! Saya janji] :D

Saya tanya, "Kenapa guna jari manis untuk diagnos ni?"

"Haa, dari tadi takde sape pun tanya". Kata Puan tu. [erk! terbangge le pulok teman! Kekeke]

"Guna jari manis pasal jari manis bersambung ke jantung, dan jantung mengepam darah beroksigen terus ke otak. Then otak mengawal semua fungsi badan".

Itu la yang Puan tu bagitau. Accurate atau tak alat microscope tu saya pun tak tau. Apa-apa pun Health is wealth and Prevention is better than cure.


_____________
Saya baru je hias meja kerja saya di sekolah dengan pembalut meja kaler biru. Adoi la. Takkan nak koyak balik letak warna pink! Tapi Doc tu kata at least ada kertas yang berwarna pink pun takpe. Pasal itu warna kekuatan saya.



6 comments:

chekgu Bani Hassim said...

waaa...
lepan ni pi skolah sedondon pink la ye...
hahah...

ni ko pi sempena festival keusahawanan melayu tu ek??

org melayu kalau bisnes, byk sgt halangannya kan??
susah nk maju...

DeeN said...

Alaa skang dah tak leh pi pameran2 kat pwtc. Hukalokkkk.. dah jauh di mata!! Uwaaaa.!!

Er.. dulu waktu diagnos, warna aura aku hijau. Er..same tak dgn yg ko buat tuh, tak pasti la plak.

WRA said...

akak dah pernah amik ubat CVT ni dulu masa tahun 2000 hehehhe...dan warna akak juga adalah pink kekekeke....cuma sekarang ni tak tau la masih pink ke tidak...(asyik sama je kita kan Dayah?).

Dan akak tak boleh pakai warna oren (kalau ikut kata doktor tu la) sbb warna oren akan makin terukkan sakit akak huhuhu....

Memang setiap kita ni musti akan ada penyakit punya....cuma berat ngan tidak jer...so, memang betul la tu, prevention is better supaya yg ringan tidak berat....:D

hayad said...

Chekgu BH--> idok la tetiap ari teman pakai pink. tak sio teman, hehe

aha, aku tak tau nama pameran tu apa, yg aku tau pameran usahawan :D

Deen--> mana2 sama je kot, teman pun tak tau. tu la, bgs jgk dok kl ni. mcm2 pameran ada.

kak wan--> PINK? laa, sm lg kita ni. aura sama kita ni kak wan, hehehe.

tgh tunggu kak wan updet psl The Secret of Skin ni ;)

Ah Win said...

sayangnya...
banyak potensi org malayu ni..
sape sangka kan..

apepun..kita jaki sangat dgn cikgu sbb dpt g expo tu...

jelesnya....mcm bes la pulak,kan??

~huhuhuhuhu T_T

hayad said...

nik awin-->g apa2 expo or pameran mmg best benornye :D

Followers