Masa perhimpunan pagi tadi saya buat majlis penyampaian hadiah untuk mereka ni. Mereka ni la pemenang-pemenang Badminton Peringkat Zon Bangsar 3 minggu lepas. Tahun ni tahun ketiga saya pegang pasukan Badminton. Best juga pegang badminton, pasal tak perlu membakar diri semasa game. Badminton kan main dalam gelanggang tertutup :D
21 hb --> genap 2 tahun saya menjadi guru.
Masih seorang guru yang biasa-biasa.Yang sangat mahu menjadi luar biasa. Yang kurang giler pengalaman. Yang masih banyak salah dan silap. Dan kadangkala merungut-rungut akibat keje yang banyak. [ Tu la, sapa suh gatai isi pendidikan masa apply U. Padan ngan muke aku :p ] Tapi saya yakin, perancangan Dia adalah yang terbaik untuk saya.
Tahun pertama diarahkan jadi guru kelas Tingkatan 1. Tahun kedua guru kelas Tingkatan 3. Tahun ketiga ni guru kelas Tingkatan 5 pulak.
Semoga saya tabah menjadi guru dan pendidik.
Kepada rakan-rakan sekerja saya, seronok berjumpa, berkenalan dan bekerja di bawah satu bumbung dengan anda semua. [walaupun kengkadang ada gaduh2, kekeke] Kepada rakan-rakan yang masuk sama-sama ke sekolah ini, Nora, Azwa, Waida, Nor, Kak Yana, Kak Zila, Kak Esha, seronok kenal dengan korang semua. Jangan la pindah sekolah lagi tauuuu!
Saya dapat kata-kata di bawah ni dari Blog Cikgu Jimi :
If you want to enjoy and be happy for a day, organize a party,
If you want to enjoy and be happy for a week, go for a vacation,
If you want to enjoy and be happy for a year, grow a garden,
If you want to enjoy and be happy for a lifetime, develop human beings
Good luck for myself!!!
11 comments:
wahhh tuptaptuptap dah dua tahun... maknanya aku pun dah dua taun baca blog ko...hahaha
ayaq masak--> trimas kerna menjadi pembaca yang setia, hehehehe
tahniah 2 thn yg sgt hebat. :)
ayat2 motivasi diri sendiri??
kite mesti buat yg terbaik...utk mereka...
walau macamane sibuk pun, guru sejati adalah guru yang sentiasa memberi...
Dayah..dah 2 tahun..moga ada lagi lebih kurang 30 thn yg bakal ditempuhi sblom pencen..InsyaAllah..am sure u r going 2 b a gud teacher?? siapa penilai terbaik seorang guru??nazir??PPD??JPN??Hishamudin??no..no..and no..jawabnye..students!!feedback terbaik utk improve diri dtg dr students..
sekejap jer kan? pejam celik dah 2 tahun....semoga semakin cemerlang sebagai seorang guru :D
-k.wear
wah kejap je kan dah 2 tahun..
Salam ziarah
seronok kan kalo jd cikgu yg disayangi
Ayaq, aku setuju dgn kata2 hang! Sama la dgn. Hehehe...!
Good Luck utk hang Dayah. Teruskan kerjaya sbg guru yg cemerlang, gemilang dan terbilang. :)
semua-semua,
thanx for the comments :) and thanx for the support ;)
Post a Comment