Cakap terrraaanggg

Khamis lepas saya masuk Bab 5 : PETA untuk subjek Geografi. Saya bawa pamplet pelancongan sebagai set induksi. Dan saya tunjukkan Peta Lakar yang ada pada pamplet-pamplet yang saya bawa.

Saya sempat capai pamplet Taman Negara, Pahang sebelum ke sekolah pagi tu walaupun saya ada menyimpan banyak lagi pamplet-pamplet pelancongan dalam negara ni yang memang menjadi koleksi saya.


"Ok kelas. Hari ni cikgu nak ajar pasal peta. Cuti sekolah dulu, cikgu pergi Taman Negara, dan cikgu simpan beberapa pamplet Taman Negara untuk simpanan cikgu. Kamu nanti pun kalau pergi melancong ke mana-mana jangan lupe ambil pamplet tempat yang kamu melawat tu dan simpan. Bla..bla..bla... " (Pengajaran pun berjalan seperti biasa)

Sebelum kelas tamat, saya pun bagitahu pada kelas...

"Baik, sebagai kerja rumah, cikgu nak kamu semua lekatkan Peta Lakar yang kamu dapati dari pamplet pelancongan. Faham?". Sambil saya mengangkat lebih tinggi Pamplet Taman Negara yang saya bawa itu.

Tiba-tiba ada beberapa suara kedengaran...

"Cikgu, tak kan nak kena pegi Taman Negara kot?"

Erk! Adoi laa...

"Saya takde la suruh kamu pegi Taman Negara. Cari la apa-apa pamplet tempat-tempat pelancongan di Malaysia ni. Peta Kuala Lumpur pun boleh.."

"Cikgu, peta Sunway Lagoon boleh tak cikgu?". Tanya salah seorang dari mereka.

"Haa, boleh jer!". Kata saya.

"Cikgu, peta orang kawen boleh?". Tanya sorang lagi. Berderai tawa satu kelas.

"Hurmmm..kalo dah takde sangat, boh je la peta orang kawen tuh!".

Sabo je la budak-budak tingkatan satu ni. Dah saya tunjuk pamplet Taman Negara, diorang ingat saya nak yang Taman Negara punye jugak. Adoi la! Saya terlupa, budak-budak ni baru je 1 bulan setengah menjejakkan kaki sebagai pelajar sekolah menengah. Dah tentu fikiran sekolah rendah masih terbawa-bawa. [agaknya la].

Moral of the story untuk cikgu, lenkali cakap biaq terrraaanggg. Baru budak faham, hehe.

Taman Negara, tempat paling best setakat ni yang saya pegi. Tak boleh lawan Gunung Macinchang, Langkawi, hehe.

Tenang ajer! Bila la dapat pegi Taman Negara lagi neh...







__________________
Boleh tak, nak honeymoon kat Taman Negara je nanti? hehehe...

7 comments:

Shah CJ said...

mak aih! terapung! hehe

nlh jek ko hanimun kt sana. apa kata kenduri pun buat kt taman negara. hihi. *kiddin*

hayad said...

CJ--> kenapa? tak pecaya? kekeke


hampeh! perli aku la tu!

DeeN said...

Pergh! Jeles aku tgk hang terapung. Dah lamo aku tak menenangkan diri camtuh (walopun aku xpandai berenang) ekekeke.

Hang pi taman negara pakai pakej ker, just redah camtuh jer, Dayah?

achik said...

bestnya taman negara.. bila la aku nak gi.. isk isk..

hayad said...

deen--> redah camtu je deen, hehe. tp book dlu la chalet. then chalet tu dah sediakan pakej sekali. so kita ikut je la plan diorang. tp kt sana nnt leh kautim2 lg.

achik--> jom la kita g nak?

Ah Win said...

dayah...
budak tngkatan 1..biasa la..mentality mcm budak SK lagi..
memang kena cakap sebijik2..sebab diorang ni...masih budak2 sangat..

ntah2..baligh pun belum lagi

hayad said...

nik awin--> aha, dayah kena belajo jgk memahamkan perangai diorang tu. ada jgk yg suke sangat mengadu. sikit2 ngadu. kwan conteng buku dia pun ngadu. kwn tarik tie pun ngadu. adoi laa

Followers