Mula-mula sampai kami sudah hangin. Hangin bermula di KB Mall. Saja la teringin hendak masuk ke KB Mall. Belum masuk parking dah hangin. Mana tidaknya, banyak betul kereta nak masuk dalam mall. Dah tu pulak main potong-potong Q. Tengah-tengah jambatan 45 darjah tu dia boleh nak potong-potong pulak. Ini sudah melampau beb!
Kenderaan berpusu-pusu masuk. Kereta kami pun bergerak perlahan-lahan mencari parking. Wah, ada satu parking. Hati kami berbunga riang setelah sekian lama mencari petak kosong. Tiba-tiba kami jadi hangin balik! Sebuah kereta kancil dengan nombor plat DAG 176 sesuka hati bapak tiri laki mak dia datang dari arah bertentangan dan nak masukkan bontot kereta dia. Ini memanglah teramat melampau. Rasa nak tendang je bontot budak laki tu.
Ko tak reti cara-cara nak parking dalam mall ke? Dah tu pulak datang dari arah bertentangan. Tak reti ikut anak panah tunjuk MASUK or KELUAR ke? Nurul bukak tingkap kereta, saya rasa macam nak keluarkan S*** je. Tapi segera sedar, saya di Kota Bharu, Bandaraya Islam. Saya nampak banyak poster tulis begitu. Dengan segera hati saya cool down semula, eceh! :D
Saya silap banyak pasal tak snap je gambo budok tu. Padahal camera ada dalam beg.
Masuk dalam mall, saya tak beli apa pun. Saya nak keluarkan duit aje, ehe.
Pagi ahad kami bersiap-siap untuk majlis akad nikah. Ahad, 25 Nov adalah hari majlis perkahwinan senior saya Nik Suriani ( Kak Sue) dengan abang kepada Chieffy. Saya ni join family Chieffy as rombongan pengantin lelaki.
Selepas akad nikah kami balik semula ke tempat penginapan kami, Bahtera Lodge. Akan datang semula berarak ke rumah pengantin perempuan jam 2.30 petang nanti. Disebabkan masih ada masa, saya, Chieffy, Nurul dan mak Chieffy tergedik-gedik la mahu ke Pasar Siti Khadijah. Err, sebenarnya saya yang terlebih gedik-gedik mahu ke PSK. PSK adalah short form yang saya buat sendiri, pasal kalau nak sebut lengkap mengambil masa yang agak lama, 3.333 saat. Itu membuang masa ok.
Ingatkan hangin kami telah berakhir saja semalam semasa di KB Mall. Rupa-rupanya jauh panggang dari api. Kami sekali lagi hangin! Mana taknya, cari PSK tak jumpa-jumpa. Mula-mula dah nampak signboard Pasar Siti Khadijah, masuk kanan. Bila masuk kanan, terus ke depan, terus lost! Bukan signboard je hilang dengan tiang-tiang signboard dah takde. Pusing-pusing la kami. Tup-tup yang kami nampak signboard Mawi tengah cakap dalam tepon. Itu simpang nak balik ke Bahtera Lodge. Kami pun pergi la sekali lagi ke arah pusat bandar. Kali ini dengan satu harapan. Kalau tak jumpe jugak, balik je bilik balik. Tak payah dah ke PSK.
"Kalo tak jumpak jugak, balik terus lah. Aku dah bengang dah ni!". Kata Chieffy.
Alamak, dalam hati saya punya la terkinja-kinja mahu ke PSK.
Jam 2.30 kami pun berarak ke rumah pengantin. Cuaca panas. Berdiri tengah panas. Fuh! Banyakkan bersabo aje le yer. Majlis selesai lebih kurang jam 4 lebih kalau tak silap. Saya malas mahu mengulas tatacara perkahwinan di sana. Lain tempat, lain negeri, lain caranya kan.
Disebabkan paginya kami sesat di Kota Bharu untuk ke PSK, saya telah berjaya memaksa Kak Shana dan Kak Faza yang juga senior saya merangkap rakan Kak Sue, pergi ke PSK. Kak Shana kata dia tau jalan ke PSK. Akhirnya saya telah berjaya memuaskan nafsu saya dengan menghabiskan duit membeli apa yang saya mahu di PSK.
Eh, lupa pula nak cerita pasal En. Fotopages. En. Fotopages adalah nama pena yang telah Chieffy, Nurul dan saya berikan kepada Tukang Tangkap Gambar majlis kahwen Kak Sue ni. Kami memang bengang dengan En. Fotopages ni. Asik amek gambo pengantin je keje. Gambo kami sket pun dia cam tak heran. Jenuh la kami senyum luas-luas. Bergambar la kami duduk sebelah pengantin. Tapi yang kami perasan batang camera dia yang panjang tu asik zoom ke muka pengantin je. Wat penat mulut je sengeh!
Apa-apa pun tahniah pada En. Fotopages pasal gambar-gambar anda tangkap cantek-cantek belaka. Ye la, guna camera zoom panjang macam idong Pinnochio tu, kalau tak cantek jugak lebih baik campak aje camera tu kan, kekekeke. Dah tu, boleh pulak En. Fotopages ni tak reti nak guna camera saya. Yer, saya sedar, camera saya tu takde hidung panjang macam camera En. Fotopages. Takpe, takpe. Nanti ada duit saya rembat satu kat kedai.
Gambar-gambar perkahwinan Nik Suriani dan Harris yang telah disnap oleh En. Fotopages dengan bersungguh-sungguh boleh dilihat di sini.
Tibalah hari isnin. Hari kami pulang semula ke negeri masing-masing. Ondaway balik, sekali lagi kami sesat. Mula-mula memang nampak signboard Grik. Ada la 2,3 kali jumpe. Lepas tu dah takde. So kami pun anggap la jalan pulang kami itu betul. Tup-tup kami sudah lepas ke Kuala Krai. Mana Jeli? Patutnya untuk ke Grik mesti lalu Jeli dulu. Kami betul-betul sesat sampai ke balai polis Kuala Krai,hehe.
Rupa-rupanya kami dah terlajak lebih 25 km. Kena la patah balik. Ni la peri pentingnya signboard. Dengan ini saya ingin melantik Pa'chik secara rasminya untuk mengusulkan cadangan memperbanyakkan signboard supaya jalan-jalan raya di sana lebih mesra pengguna. Terutamanya pengguna luar seperti kami, kekeke :D
Weh, Chieffy! Aku dah tak larat nak nulih ni. Panjang pulak jadinya ni. Aku tak suke benornye nulih panjang-panjang. Cukup-cukup la masa SPM dulu aku tulis karangan panjang-panjang :p
Ni belum lagi cerita pasal benda-benda lain yang kita tak pueh hati, hehehe. Bila la kita dapat travel lagi sama-sama ni ar?
Oh, ya. Saya doakan Kak Sue berbahagia sepanjang hayatnya. Dunia dan akhirat :)
20 comments:
heheh..bnyk lagi tu x cita tuh..tp x palah..cubaan baik hg dpt cita serba sikit pasal signboard yg serba kekurangn kat bumi KB tuh..gud job!!hahah..x sgka lak hg ingt no.plate keta kuang ajar tu..hmm..hrp2 la dia baca entry hg ni..:)) teringt keta merah yg jd "penyejuk" hati kita tu:))
smoga kak sue berbahagia ke akhir hayat, amin...:) wak, kalau sy jumpe driver yg mcm kancil tu mmg sy kuar kete..hehe..penah gaduh ngan org cina sbb dia buat camtu, buat2 agresif je, mesti dia takut..hihi..
salam..hayad..cam ner PSK...ok ker tak ok utk pelancong?
Hahah <-- (gelak jahat)
Sesat!? Kat KB?
Takder sapa sapa jadi guide ker?
chieffy--> aku nyesal la tak amek gambo budak tu..huhuhu
faisal--> tu la, slp tak wat gtu.lg pun pyh, kete kt blkg berderet.nnt lg org marah
arsaili--> YES! very ok! penjual2nya pun mesra alam, tak mcm peniaga kt KB mall. lyn tak lyn je kami bertye utk beli
mazudi--> xde la. gamble je :D
hang bila plak? :p
kak hayad...xsangkut mana2 org KB ke?
aiseh, sesat di KB adalah perkara biasa
saffa pon dulu cmtu gak..
padahal tmpa2 yg nak di pegi tu dekat je
tapi main pusing2 ngehehehhe
ruru--> ntah! aku pun tak tau :p
hazwani--> tu la, maen pusing2 lak jln raya dia.sp la perancang bandar dia.bikin otak pusing jer,haha
wah, buat shortform PSK yer....tak terfikir pula pasal tu.
dulu ambil matrikulasi di PCB. tahulah serba-sedikit mengenai Kota Bharu.
sokong cadangan mengenai signboard tu...kita perlukan lebih banyak signboard di jalan raya :)
Aiseh tak sukanya kalau terkena dgn org2 kurang asam begitu. Mestilah angin kan! Bestnya jalan2 g Kelantan. Kiter dh bape belas tahun dh tak g Kelantan. Nnt balik kene buat jalan2 cuti2 Mesia plak lah :D
hafiz238--> yes, ada gak org yg bersetuju psl signbod,hehe
dandelion--> blk la mesia.nnt jln pueh2 sblm blk jepun nun :)
teringin nak gi kelantan...huhuhu
Hak hak hak, ni sessi melepaskan rasa yg terbuku di jiwa neh! Banyak sungguh cobaan time ko pi sana ek. Aku pi rileks jer. Tak pa, tak pa, len kali nak pi ajak aku skali. Muekekeke!!
Selamat Pengantin Baru utk pasangan itu!
wei.. ko ingat aku kontrek buat papan tanda ke... ekekek...
itu lah.. malu sesat tanya berjalan.. ekekke...
kat kebimo tuh.. hahha.. memang budak-budak keja situ banyak yang mangkuk dari pinggan... ekeeke... tambah budak kat butik libas tuh... benaknya teramatlah sangat... kalau tanya.. jawapan asek tak tau... tak tau...
kata pasar tuh.. mujo lah kalau ko jumpa yang baik... kalau jumpa puntianak ngan drakula.. mau kurus kering jugak beg dwit...
Aku dah tak larat nak nulih ni. Panjang pulak jadinya ni. Aku tak suke benornye nulih panjang-panjang. Cukup-cukup la masa SPM dulu aku tulis karangan panjang-panjang
kak luna--> p la kak luna.
nur@ddeen--> takpe, cabaran mematangkan minda..eceh!
pa'chik--> woooo, ya ka gtu? mmg bdk2 salesgurl kt KB Mall tu mcm blur jer. tye pape pun cm tak gheti gapo2 :p
la.. kat tanjung chat ke... tak lah jauh dari umah aku... err.. bahtera lodge tu kat ne? tak penah dengar pun... [untuk rekod: aku tak gila nak gi duk menyewa bilik kat kampung laman sendiri..]
sesat ke?huahuahua...kesian la plak...
pa'chik--> dkt ngan umah Pa'chik ke? isk isk..awat tak habaq?? :p
mazarina--> sesat sbb KB takdok signbod yg byk! :p
rasa bersalah la plak...tu arr, org ajak dok dulu kat umah,dok lama skit kb kena balik awai plak..nurul kena pi kl ke?
aah, nurul ari selasa tu p kl plak.bwk makcik dia jln
Post a Comment