Saya dan NurulSensei ke Nilai pada Sabtu yang lalu. Sebenarnya nak pergi beraya ke rumah Kak Lis, seorang senior lama semasa di USM dulu. Kak Lis ni dok kat Taman Tenaga, Kajang. Tapi kami perlu ke Nilai dulu sebab CT, lagi seorang membe baik perlu join kami pasal dia je yang tau area Kajang dengan Bangi tu.
Sampai di stesen komuter Nilai, CT pun ambil kami, tapi kami minta dia dropkan kami kat Giant, pasal nak beli buah tangan untuk Kak Lis. Lepas dah beli-beli, tiba-tiba saya rasa semacam. Rasa tak keruan. Kebetulan CT kata dalam Giant ada Uncle John! Secara tidak sengaja saya terpaksa pergi. Kerana saya sudah tak keruan pasal pagi tadi saya tak dapat minum kopi. Saya dan kopi memang tak dapat dipisahkan seperti juga kulit Hitam Manis saya ini yang tidak dapat dipisahkan dari badan :p
Sementara menunggu CT menghabiskan kerja di opisnya, kami pun melepakkan la diri di Uncle John sambil menjamu mata kami dengan mengusha-usha pekerja-pekerja Uncle John yang semuanya lelaki itu, ada yang ensem, ada yang tak ensem! Sambil-sambil saya berfikir alangkah bestnya kalau saya dapat memiliki sebuah kedai kek! Ada kena mengena ke pekerja Uncle John dengan kedai kek ni? Merepek jer.... Sebenarnya depan kedai Uncle John ada kedai kek. Terujaaaanyaaaa....bukan teruja nak makan kek. Tapi rasa nak ada kedai macam tu, dengan keknya lawa-lawa pulak tu.
Dalam pukul 2 lebih kami bergerak kembali ke arah Kajang. Sampai di rumah Kak Lis lebih kurang jam 3. Sampai-sampai terus saya makan mee kari. Memang tengah lapor ar wei! Sembang punye sembang, tak lama tu datang pula rakan seopis suami Kak Lis. Semuanya anak dara macam kami semua juga,haha. Mereka ni perkerja-pekerja fakulti environment UPM. Sempat la bergambar kenangan.
Balik dari rumah Kak Lis, saya tengok jam masih cukup masa untuk saya singgah rumah Kak Wan. Sebelum tu memang dah roger Kak Wan, tapi in case sempat, akan saya singgah. Dah kebetulan saya di dalam kawasan liputan rumah Kak Wan kan. Alang-alang menyeluk pekasam la katakan. Lagipun dulu Kak Wan pernah datang area tempat saya kerja, tapi tak dapat nak jumpa pasal saya cuti rehat, pergi ke Port Dickson, tengok adik bertanding pidato peringkat Kebangsaan. Akhirnya dapat la bertemu Kak Wan di rumahnya. Kak Wan ni tinggi orangnya :) Terasa kemetot gile diriku ini, haha.
Selepas beraya rumah Kak Wan, kami balik ke Nilai semula. Kena balik cepat pasal nak tengok Majalah 3 mengenai angkasawan :p Malamnya tidur kekenyangan. Aktiviti hari ahad pula adalah juga berjalan-jalan bawa perut untuk diisi di rumah terbuka. Rumah pertama adalah rumah lecturer Murni Nursing College. CT kawan saya ni kerja di Murni Nursing College kat Nilai. Lecturer ni CT panggil Mak Mah aje di luar waktu kerja. Rumah dia rumah pusaka. Dia jaga dan kekalkan ciri-ciri tradisional.
"Mak Mah ni mak nurazreen zaharin yang Melodi TV3 tu!"
"Haa? Sapa? Tak kenal pun? Krew belakang tabir ke depan tabir?"
"Ala...ada, kadang2 depan tabir gak. Hang tak perasan kot".
Memang saya tak cam la. Tengok gambo keluarga dia di dinding pun saya tak cam mana satu krew Melodi yang jadi anak kepada Mak Mah ni. Lagipun saya ni jarang tengok Melodi.
CT dan rakan-rakan sekerjanya.
Makanan Mak Mah ni masak sedap-sedap belaka. Saya makan sepinggan nasi dengan ikan bakar dan juga sepinggan mee kari. Ditambah lagi dengan kek-kek. Ahhh... nikmat! Lepas rumah Mak Mah pergi rumah Pak Mat Noor pulak. Caterer kolej. 4 buah kereta kami berkonvoi. Semua rakan sekerja CT. Saya join je. Pasal makan, no hal! Lagipun saya spesies yang mesra alam lah jugak ;)
Saya dan NurulSensei balik ke KL dengan ERL. Sampai Bandar Tasik Selatan, kami ambil Star. Semasa dalam Star satu kejadian tidak diingini telah berlaku. Penumpang silih berganti di tempat duduk hadapan kami. Sampai la satu pakcik berketayap duduk. Mula-mula saya ok, tiba-tiba saya jadi terkejut!
"Nurul!!! Jom g depan! Nanti aku bagitau pasal ape!". Kebetulan kami duduk di hujung gerabak.
Nurul tercengang-cengang tapi tetap mengikut. Kami bergerak berdiri dekat pintu.
"Pasal ape?"
"Pakcik tu! Aku ternampak seluar dia terkoyak. Cinabeng betoi la! Tak pasal-pasal aku tengok dia punya. Tepat pulak tu depan aku. Eeee, geli. Memang la aku penah tengok, tapi dalam tenet je,hehe. Yang real mana penah. Adoi la!!"
Yang paling saya tak tahan soalan nurul yang satu nih.
"Besar tak?"
Nak tersembur dibueknyo!
"Weh! Weh! Maksud aku besar ke koyaknye? Hang ni jangan la pikir kotor pulak". Nurul dah cuak,hahaha.
Hahahaha, saya memang dah tak tahan. Orang dalam tren pun pelik tengok kami.
"Lenkali tanya bior terraaanggg!" :p
"Besor la koyaknya, dah terkeluar semua. Hampeh betul la. Aku takut dia tak siuman je, tapi muka dia takde la tak siuman, pakai kopiah lagi".
Nurul kata, dia perasan pakcik tu letak barang yang dia pegang kat tengah-tengah tak lama lepas kami beredar tu. Dia dah tau la tu kot pasal apa kami lari. Adehhh.... Penat! Penat ketawa,hehe.
Sekarang ni saya tengah senyum sampai ke telinga. Dan saya akan senyum sampai esok kot :D Pasal debaran saya sudah hilang. Sebelum balik dari sekolah tadi kerani telah menyerahkan surat yang amat ditunggu-tunggu :) Makna kata saya telah lulus interbiuuuu!!! ;)

11 comments:
tahniah dah dapat surat perlantikan. sementara tu bolehlah plan nak buka kedai kek pada masa depan yer :)
kadangkala kan, sukar nak tahu orang tu siuman atau tak berdasar paras rupa.
err... besar tak?
rumah kakwe...
Salam,
Haha...torgolak gak den baca pasal ni :)
Apapun, tahniah! (Mungkin janggal juga ye menerima tahniah dari orang yang baru 2 kali menyinggah.)
Ish...malu den :)
sy ada bc majalah. katanya kopi boleh jadikan rambut kt gugur.
Tahniah!!
Semoga cepat ko pandu Vios!!
Kan dah kata, Tahniah, Tahniah, TAHNIAH!!! Moga terus sukses dan menjadi guru cemerlang, gemilang, terbilang ;)
Er.. er .. sian pa'chik tuh eh eh pakcik tuh. Typo la plak hak hak hak ;)
aduh...bila baca entry hg nih + teirngat balik kejadian dalam lRT tuh..memang aku tergelak sorang-sorang..mujur larr mata aku masih suci dari tengok benada2 gitu..kekeke
pengalaman yg sadis
hehehe
:)
jangan dijawab lambat pakej setuju terima tawaran tu. mintak induksi cepat2 lepas ni. selamat bergelar PPPS dengan rasminya :)
tahniah..cepat2 sahkan jawatan plak
hafiz 238--> mekaseh..oo, kdg2 org siuman pun muka dia siuman ek?hehe
pa'chik--> besar, atas bukit lg ;)
cakapaje--> xpo2, den tak kesah!! :p
jimadie shah othman--> setakt ni tahap keguguran rambut saya masih di tahap normal ;)
nurnana--> masin la mulut ko hendaknye
nue@ddeen--> mekaseh! mekaseh! mekaseh! :) haha, slh typo la plak ek :p buat pengetahuan ko PA'CHIK masih siuman,kekekeke
nurul--> mata aku dah tak suci la ek?hakhak
ruru--> hehe, pengalaman adalah guru terbaik <--erk! skema gile ayat!
jeff--> baik, Tuan!!!
kemat--> sah??? sahhhh..... :p
Post a Comment