Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-49

Hari ini hari merdeka. Semua orang cuti. Saya kira mesti ramai yang mengeluh, nape la tak jatuh ari jumaat, boleh terus sambung sabtu dan ahad. Jatuh ari khamis pulak, nak balik kampung pun tak boleh,heh...

Kebetulan hari merdeka, saya rasa nak buat posting yang sedikit patriotik. Saya juga harap saya menjadi seorang yang sayangkan tanah air saya ini.


Saya surf punya surf tetiba dapat gambar Tok Janggut, seorang pejuang yang mempertahankan maruah di tanah air sendiri tetapi dianggap penderhaka oleh Sultan Kelantan pada masa tu, Tuan Long Senik Mulut Merah yang juga dikenali sebagai Sultan Muhammad I.


Dalam satu pertempuran dengan British Tok Janggut telah mati syahid. Jenazah Tok Janggut yang dibawa ke Kota Bharu telah diarak sekeliling bandar dan kemudian dibiarkan tergantung kepala ke bawah selama beberapa hari.

Pada masa ni tv menayangkan konsert merdeka, macam2 jenis penyanyi menyanyi. Saya rasa meluat nak tengok. Tak larat dah nak tengok anak-anak muda melayu nih terkinja-kinja kat konsert [saya bukan budget saya ni baik sangat yer], tapi saya rasa geram. Rasa nak jerit, tak payah la menyanyi2 untuk merdeka, tak gunaaa!! Tapi pastinya takde sape yang dengar, macam suara sang semut yang minta dirinya tidak dipijak [eh,semut leh berkata-kata ker? mungkin yer, sapa tahu kan?]

Saya kira betapa sukarnya meraih erti sebuah kemerdekaan ditambah pula dengan semangat generasi muda yang kini sudah melupai pahit getir sejarah silam. Yang mereka tahu tepat jam 12 tengah malam, ramai-ramai menjerit "Merdeka! Merdeka!". Tetapi untuk meraih kemerdekaan tidaklah semudah melaungkan jeritan "Merdeka!Merdeka!" itu...

9 comments:

akirasuri said...

sekarang ni, cara meraikan MERDEKA adalah melalui pesta jahiliah dengan sampah-sampah menyanyi terkinja-kinja sampai lupa dunia...itulah dia erti MERDEKA dalam ertikata ISLAM HADHARI...tahlil, bacaan yasin dan doa selamat untuk yang syahid sudah tiada...entahlah, bagi pak menteri...sampah-sampah lagi penting dari tokoh-tokoh yang syahid demi tanah air kita agaknya...

nota budak sekolah: dayah, saya dah pos siang tadi...ahaksss...nantikan ye..tunggu!!!

Anonymous said...

yer,btul akirasuri..hoho..
orait bebeh, saya nantikan abg posmen muda tu anto kat saya,hehe

wasabe said...

ada konsert TLG di tpt letak kereta depan Pasar Besar Kuala Kangsar (bekas tapak bazar lama)... tak pergi ke mengkaji ke'laghor'an orang kuale pulak..

Anonymous said...

sedihnye tgk gamar tuh. huhu

Anonymous said...

*gambar

typing error la pulak

Anonymous said...

wasabe--> ade konsert ker? tak tahu la pulak..saya bkn org kuale yg laghor, tu psl saya tak tahu ape2 psl konsert2 tuh ;)

balqis--> tu la, sdh kan..

hamka said...

indonesia bila merdeka?

sajer tanya walaupun tahu kau bukan org indo..he he he

Anonymous said...

hamka--> ampehhh..mn aku tau bile indon merdeka :p

Anonymous said...

Great items from you, man. I've take into accout your stuff previous to and you're just extremely great.
I really like what you've acquired here, certainly like what you are saying and the way through which you assert it. You're making
it enjoyable and you continue to take care of to stay
it wise. I can't wait to learn far more from you. This is actually a wonderful web site.

Feel free to visit my web-site :: ford ranger

Followers